01 March 2010

Mac Datang Lagi... Selamat Hari Lahir

"Happy Birthday 2 you..
Happy Birthday 2 you.. Happy Birthday 2 you......."

Terima kasih tak terhitung buat Mak..
ibu yang mengandungkan 9 bulan sepuluh hari.. Tanggal 10.03.1980 ku dilahirkan ke dunia ini..
Terima kasih mak, kerana telah bersabung nyawa demi melahirkanku.
Mak, masih segar diingatan ini tatkala genap usia ku ke-20.
 Aku jauh di rantau orang.. Di bumi Darul Iman, ucapan Selamat Hari Lahir yang kau bisikkan di corong telefon buat aku terpaku... buatku terharu.. Rupanya mak sayangkan aku..
cuma selama ini aku fikir aku dipinggir antara adik-beradikku..
sebab aku selalu kena marah..
sebab aku selalu dibandingkan antara adik-beradikku..
sebab aku tu, selalu menyisih.. selalu buat kerja sendiri..
sebab itu juga.. aku manja dan lebih rapat dengan arwah ayah.
Namun, sejak itu aku akui..
 tiada seorang ibu di dunia ini yang tidak menyayangi anaknya.
Terima kasih, mak..
Insyaallah.. selagi ku termampu, akan ku bantu hidupmu..
luahkanlah apa yang kau rasa.. agar lapang di dada..
ku setia di sini untuk mendengar keluhanmu..
andai aku punya rumah sendiri, inginku bawa Mak tinggal di sini..
biar tenang jiwamu.. biar lapang di mindamu..
aku tahu kau tak pernah rehat..
sejak kecik hinggalah ke saat ini.. letih aku tengok..
emm berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
Mak.. Kaulah srikandiku..

Mac datang lagi..
Antara bulan yang teristimewa dalam dairi hidupku..
Mac juga bulan istimewa buat mereka yang turut meraikan lahir pada bulan ini..
Selamat hari lahir buat ibu mertuaku
Semoga sentiasa sihat dan peroleh keberkatan dariNya. Mak, bukanlah pintu hatimu sedikit lagi untuk anak menantumu menumpang kasih.
Selamat hari lahir buat Siti Sumira & Wan Norhafizah
Semoga kalian tetap menjadi sahabatku sampai bila-bila. Ku doakan agar kalian sentiasa berada di dalam nurkasihNya.. juga moga ada putera idaman yang mengetuk pintu hatimu.. bukalah hatimu biarlah dia singgah dan menyerikan lagi hidup dan cintamu..
Selamat hari lahir buat kakak iparku, Rozaini & kawan lamaku, Abu Zarin
Sukanya.. kita bertiga berkongsi tarikh lahir yang sama.. Buat Kak Ni, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan dimurahkan rezeki olehNya. Buat Abu, apalah khabarmu di waktu ini.. lama sungguh kita terputus khabar.. diharapkan sihat sejahtera hendaknya..
Selamat hari lahir buat Siti Nur Ermiza & Siti Nur Baizura..
Koranglah kawan lamaku.. Kawan dari bangku sekolah..
Kawan lepak-lepak.. Semoga kekal bahagia di samping suami tercinta jua anak-anak tersayang..
Selamat hari lahir buat Rahayu
Terima kasih kerana tak pernah lupakan aku sebagai temanmu. Walaupun perkenalan singkat kita 12 tahun dahulu namun ianya kekal hingga ke hari ini. Semoga persahabatan kita kekal buat selamanya. Ku jua doakanmu agar sentiasa dilimpahkan rahmat dariNya serta berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.
Selamat hari lahir buat birasku, Siti Harnani
Kau dah ku anggap seperti adik kandungku.. cubit paha kanan, paha kiri pun berasa sakitnya. Semoga kau tabah dengan segala dugaanNya dan semoga ada sinar nur dariNya dalam menerangi hidupmu agar sentiasa ceria dan bahagia hingga ke akhir hayatmu.
Selamat hari lahir buat Noraini
Teman seperjuang semasa di kolej dulu.. Dah lama tak jumpa dan dengar khabar berita. Semoga dikau sentiasa bahagia bersama pasanganmu.. jua ku doakan agar kalian cepat menimang cahaya mata bagi pelengkap mahligai yang dibina.
Selamat hari lahir buat semua...
Semoga dengan bertambahnya nombor pada usia kita.. menjadikan kita seorang lebih matang dalam meniti hidup ini. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan tabah menghadapi dugaanNya. Bersama-samalah kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diri, keluarga, kerja, hidup dan di sisi Allah s.w.t. Amin.

Inilah rahsia bulan kelahiran Mac..
(menurut kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah)
  • Mudah didampingi.
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong. 
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. 
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan. 
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. 
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
Buat Rs : Teruslah ajariku bahasa cintamu.. pimpinlah daku untuk jalan ke Firdaus.. Akan ku teruskan usahaku untuk menjadi bidadarimu buat selamanya.. Insyaallah.

3 comments:

Khaizarien said...

slamat hari lahir buat anda & semua yg meyambut hari lahir d buln tiga

Khaizarien @ atie Blog

Nurkasih said...

Tima kasih sudi wish besday kite..hehe..rasa mcm dah tua la...

Sofya said...

Terima kasih semua kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...