22 June 2010

My Hero is Ultraman?!

Jumaat baru ni Syakir jatuh dari kusyen
takda luka @ darah
tapi dia nangis
sakit katanya
ku pujuk, ku sapu minyak
dia pun diam dan tido
bila sedar, dia cakap tangan Syakir sakit..
aku mula takut
ku dukung Syakir tunjuk kat Pak Njang dia
katanya ok.. kalau patah @ renggang tentu dah bengkak
aku rasa lega skit
tapi tetap sapu minyak kat bahu dia tu
tup2 petang semalam dia cakap sakit
tak bagi sentuh kat bahu dia tu
hubby pujuk2 sampai dia tido
baru dapat pegang tempat sakit tu
hubby terus tepon aku kat opis
ada bengkak kat tulang selangka dia
aku mula risau
ku ajak hubby check klinik dari awal dia kata ok tak da apa2
tapi ni aku minta tolong hubby
bawa Syakir pergi klinik malam semalam
sampai kat klinik, ramainya orang
bila la nak sampai turn ni?
hubby ajak tukar klinik
mula aku bantah sebab doktor klinik tu kasar ngan budak
tapi pk2 dah lewat aku turut la juga
klinik ni tak ramai sangat org
sampai turn Syakir
rasa cam nak nangis ada
bila kasar tangan doktor tu pegang bahu Syakir
kata doktor
kes ni kena refer hospital
dia buat skit surat untuk diserahkan di bahagian kecemasan
alhamdulillah Syakir tak membantah senang plak kena pujuk
mana taknya.. doktor dok melayan cerita ultraman ngan dia
Syakir ni peminat No.1 Ultraman
Hari2 tengok ultraman
Nak ajak pergi klinik pun nak pakai baju Ultraman
masa nak x-ray pun dia pikir nak jadi ultraman
bila dapat result aku terkejut
rupanya tulang selangka dia patah
tapi sedikit jer
kata doktor bagaikan sehelai rambut jer
sebab dah malam kami terpaksa datang pagi esoknya
untuk susulan, jumpa pakar ortopedik
pagi tadi kami ambik surat & x-ray kat bahagian kecemasan
terus ke unit ortopedik


Syakir masih aktif
tak macam orang sakit jer kalau tengok
lama gak menunggu turn
setelah diperiksa dan disoal oleh doktor2 kat dalam tu
doktor cuma kata..
datang 6 minggu lagi untuk x-ray
nak tengok perkembangan tulang tu
itu sahaja..

dalam perjalanan pulang, singgah klinik semalam
ambik ubat aku plak
demam selema dah berjangkit la
dapat 1 hari MC, jimat cuti rehat
aku cerita bab syakir dah doktor tanya
n dia nasihatkan pakai anduh
supaya keadaan tak bertambah teruk
so singgah la farmasi belikan anduh untuk Syakir


kesian plak tengok dia ngan anduh ni
tapi kejap jer
budak2 mana mau ikat2 ni
sekejap je, dia kembali aktif cam biasa
tengok tu dah mula mewarna


hai la anak mama & papa ni
tahan lasak sungguh
sesekali ja mengadu sakit
kuatnya..


"Ya Allah, panjangkanlah umur anak2 kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak2 kami menjadi anak yang soleh, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya.
Amin ya rabbal ‘Alamin."

2 comments:

NuRKaSiH said...

syakir kuat mcm ultraman..hehe..smg cepat sembuh yer..

Sofya said...

Terima kasih NurKasih..
Harap2 begitulah hendaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...