Dah anak sulung mama & papa ni..
11.06.2010 dah genap Rafiq 5 tahun..
Bukan mama lupa sayang..
Untuk buat n3 pasal birthday anak mama yang sorang ni..
Cuma mama belum berkesempatan
nak upload gambar2 khas untuk n3 birthday abang
Tapi sayang mama..
Sejujurnya mama & papa sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 kami
Rafiq sayang..
Sekarang Rafiq dah 5 tahun
Dah besar dah anak mama ni
Dulu kalau tanya Besar nanti nak jadi apa
dia akan jawap
Rafiq nak jadi angkasawan
Wah tingginya cita2 anak mama seorang ni
Mama & Papa pun tak pernah terfikir sampai ke situ
Sekarang ni Rafiq minat sangat nak cerita Detective Conan
Peminat setia ni..
Kalau nak minta suruh watpa pun takleh
Kena tunggu iklan or habis cerita ni
Katanya, "Kalau kita nak jadi polis.. kita kena lah tengok cerita macam ni."
Anak mama nak jadi polis plak ker..?
Tapi pengaruh tv ni memang beri effect pada pemikiran kanak2 terutamanya
Nak tahu tak?!
Masa dalam perjalanan ke Perak tempoh hari
Kami terperangkap dalam traffic jam
Biasalah.. Mama & Papa pikir mesti kat depan tu ada eksiden
sebab ambulan, polis minta laluan
Sekali Rafiq bersuara, "Mama.. Ni mesti kat depan tu ada pembunuhan!"
Tergelak Mama & Papa
Tu la asyik sangat tengok Detective Conan
Walau apapun cita2 abang..
Selagi ia baik, Mama & Papa
Tetap sokong dari belakang
Semoga abang jadi insan yang berguna
juga anak yang soleh
Rafiq..
Maafkan Mama..
kerana tak dapat nak tunaikan segala permintaan Rafiq
Kata Papa, xelok manjakan sangat anak
tapi tak bermakna kami tak sayang abang
Sekarang abang dah besar dan kuat
abang tak leh lagi nangis2
Kan abang ada cakap pada mama & papa
yang abang nak jadi goodboy
so Rafiq kena belajar patuh cakap mama & papa
Kena belajar mengalah ngan adik
Dah tak boleh minum susu dalam botol lagi..
malu kan kalau orang tengok
ee dah besar tapi minum susu dalam botol
N abang kena kontrol makan juga kena rajin exercise
Mama & Papa buat semua ni
sebab nak abang jadi budak yang bijak juga sihat
SeLaMaT HaRi LaHiR RaFiQ
SeMoga ALLAH PeRKeNaNKaN Doa KaMi
SaLaM SayaNg
No comments:
Post a Comment