Cepat lidah
A tongue quick to speak without forethought.
Kadang-kadang apabila kita marah
- terlalu cepat lidah membela diri,
kita mengeluarkan kata-kata yang tajam.
Sometimes when we are upset
- too quick to defend ourselves without thinking,
we utter words that can hurt.
aDuH saKiTNya HaTi iNi
CaMNa NaK buaT?
NaK MaRaH..buDaK2
aNaK oRaNg LaK Tu
DaH baNyaK KaLi aKu CaKap
Tapi TaK FaHaM2
MuNgKiN jugaK buaT TaK FaHaM2
aDuH saKiTNya HaTi iNi
LaNgsuNg TaKDa REaKsi
aKu NaK buaT MaCaM MaNa NgaN buDaK ni
sERabuT KEpaLa aKu
sabaR2..
sETaKaT HaRi Ni,
aKu MasiH bOLEH sabaR
HaRap2 aKu LEH KEKaL sabaR aKu Ni
agaR DapaT ELaK sEsuaTu yaNg TaK ELOK bERLaKu
Ya Allah, bantu dan lindungilah aku dari menjadi sebahagian dari golongan IFRATH.
Golongan ifrath iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.
Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:
* Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
* Diam atau tidak berbicara.
* Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
* Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
Kesimpulan Tentang Marah :-
Kesimpulan Tentang Marah :-
Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.
Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara.
No comments:
Post a Comment