Ikatan Ukhwah yang terjalin antara kita
Ibarat air yang di cincang takkan putus
Darah yang mengalir dalam tubuh ku juga sama denganmu
Entah mengapa..
Aku tak mampu untuk cuba mengerti
Sakit hati, sakit kepala bila cuba ku fikirkan
Itukah yang dinamakan cinta
Namun mengapa perlu ada yang terluka
Apa erti sayang
Jika hati tak senang
Inikah yang dinamakan kasih
Andai kau tersalah pilih
Usahlah pejamkan mata hati
Dan bukalah minda
Fikirlah masak2
Fikirlah yang terbaik buatmu
Jangan kerana dia telah hadir
dan telah bertahta di hatimu
Kau lupa semua
Kau buang semua
Adilkah?
Tergamakkah kau buat sebegitu
Melukakan hati insan yang melahirkanmu
Menimbulkan resah di hati insan yang bergelar ibu
Itukan MAK
Dia yang patut kita jaga hatinya
Bukan setakat makan pakainya
Diakan MAK
Dia telah lama merasa susahnya
Untuk membesarkan kita
Tak bolehkah kita senangkan hatinya
Bukan menambah sakit dalam hidupnya
Seorang ibu tak pernah mengharap balasan dari anaknya
Tapi tak bolehkah seorang anak melapangkan dada ibunya
Terutama di usia emas ini
Fikirlah..
Pilihlah dengan mata hati mu
Jangan kerana orang asing itu
Kau buang MAK
Kau buang saudara sedarah sedagingmu ini
Semoga Tuhan beri cahaya petunjuk buatmu
Amin.
No comments:
Post a Comment