Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

11 January 2012

He3 Sori la.. baru nak start balik stori mori..

Assalamualaikum..
Cepatnya masa berlalu..
Sedar2 kita dah dipertengahan bulan januari..
Tapi inilah 1st n3 untuk this year..

Aku suka2 hari2 yang aku lalui sekarang ni..
Tapi bukan bermakna sepanjang masa gembira..
Kalau sentiasa gembira tu.. bukan realiti hidup yg sebenar la..
Baru  bulan satu tapi macam2 dah aku lalui..
Aku gembira sebab aku rasa aku mampu mengawal emosi..
Harap aku berjaya kawal emosi ni setiap masa..

Rafiq dah darjah satu..
Kat sekolah buat masa ni ok xda masalah..
Pagi kena kejut awal.. setiap pagi sarapan dulu..
Budak kuat makan cam Rafiq ni kena bagi makan dulu..
Takut2 plak takleh nak tumpu perhatian dalam kelas sebab sakit perut..
1st day cakap nak bawa bekal tapi bila break tak makan bekal..
Dia pergi beli yang lain plak kat kantin..
Erm pandai ooii membeli.. bagi RM2, xda langsung bakinya..
Duit nak pergi mengaji petang tu asing plak.. hu3
Semalam dia cakap cikgu lantik dia jadi Ketua Kelas..
Papa cakap selalunya cikgu pilih pelajar yg paling menonjol..
Yang aktif sangat or memang ada takjak..
Ish! Kena train Rafiq jd ketua yg cemerlang la..
Kalau tak wat malu ja..hu3
Harap awak boleh ya Rafiq..

Syakir plak masuk 5 tahun...
Tukar sekolah KEMAS, sekolah lama Rafiq..
1st day melekat ja.. macam2 alasan nak keluar balik..
2nd day, papa hantar terus xmau masuk sekolah.
Mama gak kena p antar.. Masuk dalam sekolah tapi nak mama teman..
Mama bagi alasan nak keluar beli coklat..
Tapi mama terus keluar sekolah..
Nangis la anak mama ni.. tapi kejap ja cikgu kata..
3rd day, pakai baju melayu.. cikgu plak puji..
Dah jadi peel dia.. kalau org yang dia tak biasa dok puji2 dia..
Siap la.. tunduk tak panggung2 kepala sambil tarik muka masam..
Tapi mujurlah kejap ja..
Sekarang ni dah ok.. dah ada semangat nak jadi pandai jadi abang..
Nak jadi No.1.. Amin.. moga tercapai impian adik tu..

Dalam bulan ni ada gak yang buat hati ni rasa tak best..
Baru beli basikal kat Rafiq ngan Syakir tak sampai sebulan..
Tapi tempat kayuh dah tinggal satu..
Ini tercabut.. itu tercabut... sedihnya..
Dah la guna duit raya depa..
Bukan depa yang bagi rosak..
Tapi sepupu depa yang 2 tahun tu..
Ambil spanar ketuk2 sampai jadi  camtu..
Last2 dua2 basikal tu wat balik kat umah..
Tak tinggal dah kat umah tok dia..
Tapi sedih.. sebak tengok keadaan basikal2 tu..

07 December 2011

Rafiq cari Mama...

Bila baca berita metro hari ni 'Saya cari ibu', teringat aku peristiwa sebulan lepas....

Hari jumaat lebih kurang 8 malam..
Kami pergi pasar malam.
Oleh kerana parking xda walau dah banyak kali pusing..
Papa n Syakir tinggal kat kereta.
Mama n Rafiq turun beli makan..

Beli nasi bungkus.. mood malas masak malam tu..
Pastu Rafiq ajak jalan ke depan lagi..
Katanya nak tengok2 mainan ja bukan nak beli pun..

Hujan mula turun renai2.. Sampai la kat org jual mainan banyak tu dia cakap, "Mama, sat abg nak tengok mainan ni.." xpalah.. aku jawab.. pastu aku pusing belakang ada orang jual sosej/bebola.. stall jual sosej/bebola tu memang betul2 bertentangan dengan stall mainan tu.. Aku bagitau Rafiq nak beli sosej..

Lepas beli aku pusing belakang.. Rafiq dah xda.. cuak memang cuak.. mana dia pergi ke depan lagi ka ke belakang ni.. berderau darah Tuhan ja yang tahu.. Rasa lemah dah lutut macam nak jatuh.. Tapi aku takleh lemah.. Ya Allah kuatkanlah hati aku.. Selamatkan anakku Ya Allah.. Jangan ada orang ambik dia..

Hujan pulak makin lebat ni.. Hati makin tak tentu arah.. aku berlari cari ke depan.. pastu lari patah balik.. anak orang pun dah aku nampak macam anak aku dah.. Ya Allah.. Tolonglah..

Satu pasar malam aku cari takda.. Jadi aku terus meluru ke kereta dengan harapan Papa leh tolong cari.. Sampai ja kat kereta.. Papa kata Rafiq dah ada kat belakang tu..

Ya Allah syukur... aku tengok Rafiq teresak2 menangis.. Papa cakap jangan tanya apa2 lagi biar dia cool dulu.. aku peluk dakap Rafiq.. Ya Allah tak sanggupnya aku hilang anak.. Syukur kau kembalikan dia pada kami dengan selamat..

Selepas2 tu Rafiq cerita..
Katanya bila dia pusing belakang dia tak nampak aku..
Dia pun xdengar aku cakap nak pergi beli sosej..
Mungkin tengah excited tengok mainan kot..
Rafiq cari mama.. Rafiq tengok orang tu pakai baju macam mama tapi bukan mama..
Pastu Rafiq jalan sampai situ.. tunggu situ..
Pastu abang jual air tu tanya nak pi mana..
Rafiq tunjuk kereta papa.. dia tolong hantar Rafiq lintas jalan..

Syakir plak tanya, "awat mama tinggal abang...?"

Ish.. takkanlah mama nak tinggal abang..
Lain kali pegang tangan mama k..

Walaupun 10 minit ja aku kehilangan anak..
Teringat bagaimanalah perasaan Ibubapa yang anaknya hilang tak jumpa2..
Perasaan tu hanya Dia yang tahu..
Syukur atas peringatNya pada kami..
Supaya lebih waspada di lain masa dan ketika..

28 October 2011

Tersenyum lagi

Assalamualaikum...
Ingat lagi tak kisah Rafiq..?
Kali ni Syakir pulak buat Mama & Papa tersenyum..

Alkisahnya..
Semalam Cikgu Maznah tepon Mama..
Cikgu tanya kenapa Syakir xpergi sekolah banyak hari..
Mama tergelak tapi dalam hati...
Alamak! Syakir nak ke sekolah, Mama yg cakap xyah
Sekolah menengah ngan sekolah rendah cuti seminggu..
Hari isnin tu Rafiq p sekolah..
Hanya dia ngan 2 lagi sepupunya yang hadir
Yang len.. Xnak ke sekolah sebab kakak abg xsekolah..
Sekolah Syakir pun sama.. tinggal 2 org ja..
Camtu la Mama xplain kat Cikgu Maznah
Cikgu kata Syakir xmai.. tinggal kwn dia sorg ja mai..
Kesian plak..
Cikgu minta Syakir p sekolah hari..
Nak bawa raptai untuk Majlis Penyerahan Sijil
Dan cikgu bagitau yg dia ambik Syakir jadi calon kanak2 cemerlang..
Kanak2 cemerlang?! Berkali Mama tanya cikgu..
La haii xsangka anak Mama & Papa sorang ni pun xkurang hebatnya
Bila Mama cerita kat Papa..
Papa cakap cam nak sesak nafas ja.. Terkejut!!

Nak tau kenapa Mama & Papa terkejut?!
Sebab 6 bulan mama hantar kat sekolah..
Syakir hanya tau kaler ja..
Tapi lepas Cikgu Maznah tukar masuk sekolah tu..
Start bulan 7 sampai sekarang..
Memang Mama & Papa nampak perubahan pada Syakir..
Dia ingat/minat buat kerja sekolah tanpa suruh..
Ajak Rafiq/Mama/Papa membaca juga menulis..
Mungkin juga tumpang semangat abang dia yang rajin dan dapat banyak hadiah

Apapun Mama & Papa bangga dengan pencapaian Anak2 mama sehingga hari ini
So.. sebagai hadiah usaha anak2.. he3 Insyaallah kita akan pergi bercuti...

27 October 2011

Bila sesekali dapat bertemu..

Salam buat semua..
Kalau asyik cerita bab sakit xbest gak kan..
Fikiran mmg xleh nak tipu..
Tapi takkanlah nak sedia bersedih..
Sekarang ni teruskan ikhtiar juga tawakal..

Aku nak start senyum di blog dengan gambar2 buah2 hati ku..
Ni gambar yang diambil waktu hari raya lepas..
Macam ni la bila 5 beradik ni bertemu
Baju merah tu anak abang..
Yang lelaki tu namanya Muhammad Rifdi Ifwat
Yang perempuan tu plak namanya Iris Sakinah
Yang baju biru tu anak adik, namanya Muhammad Haziq
Tengok ja la gelagat anak2ku ni..
Ni masa pergi umah sepupu..
Time kat umah tok dia.. lagi sakan la..
layanz




Psst : Rindu plak saat2 camni..

27 September 2011

Aku akur dengan ujianMu

Dugaan demi dugaan..
Selagi hayat dikandung badan..
Ujian itu belum terhenti..
Kerana ujian itu mengeratkan hati2 kita pada Pemilik Mutlak

Hari ahad 25.09.2011
Papa bawa syakir (depan), Aiman (tengah), Rafiq (belakang)
Dari umah Tok dia balik umah.. dekat ja xsampai 5 minit pun..
Tapi benda nak jadi..
Kaki Rafiq luka sebab termasuk rim motor..
Terkeluar kulit ja..
Tapi mengerang2 kesakitan..
Jenuh la pujuk dia dalam kereta tu..
"Ni papa la.. papa buat Rafiq.."
"Papa bawa laju sangat.. angin tiup kaki Rafiq.."
** ringan sangat ka kaki dia tu.. huh!
"Sakit.. sakit.. habislah nt depa simen kaki Rafiq.."
"Sakitnya.. dah xleh jalan dah.."
"Nanti jadi cam tok wan.. sakit ni.."
Mati kutu dibuatnya..
Mama hanya mampu kata sabar2 n sebut Allah banyak2 xbaik menjerit camni..

Lepas cuci n balut..
Mama : Hah! Esok leh jalan dah ni..
Rafiq : Erm lega dah ni.. satgi leh jalan dah..
Mama : Amboi! Tu la kan mama kata xda apa2, sikit ja..

Dalam kereta..
Papa : Len kali nak naik motor kena baca doa.. Bismikallah..
Rafiq : Papa, kita bukan naik kereta..
Papa : Tu doa naik kenderaan.. naik kereta ka naik motor ka van, bas semua kena baca
Mama : Tu la seronok terlebih, syaitan suka la kacau.. Syaitan memang suka bagi manusia dapat susah, bergaduh, sakit..

Petang sikit..
Mama : Len kali kalau kita sakit abang sebut Ya Allah banyak2.. xbaik nangis kuat..
Rafiq : Mama.. Allah xmau tolong kita dah ka..?
Mama : Ish! Bukan Allah xmau tolong..
Rafiq : Habis tu?!
Mama : Allah akan tolong kita tapi kita kena la sentiasa ingat Dia.

Memang agak susah nak ajar anak..
Memang susah nak explain kat anak..
Memang susah nak fahamkan anak..
Tapi apa yang terjadi membuatkan proses mendidiknya menjadi lebih mudah..
Dan apa yang terjadi juga mengajarku untuk lebih berusaha menjadi yang lebih baik..

Malam tu..
Papa pulak demam urat..
Kesian tengok orang2 yang kita sayang sakit..
Apapun aku kena kuat..
Inilah ujian yang insyaallah mengeratkan ikatan hati2 kami..
Juga ujian yang mendekatkan hati2 kami pada Pemilik hati2 ini..

20 September 2011

Ajak anak belajar?!

Sudah semestinya impian ibubapa ialah ingin anaknya menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat. Begitu juga aku.. punya 2 hero yang nyata berbeza rentak dan sikapnya.

Biarpun hari silih berganti, ada juga ilmu yang terisi di minda mereka..
Aku tetap tidak berhenti untuk mencari dan memberi yang terbaik buat anak2 ku..

Ke mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. itu ku akui
Bapak borek, anak rintik.. perlukah ku relakan?!

Sifat, minat, bakat dan kecenderung anak biarlah yang baik2 saja dari ibubapanya..:)
Sungguhku berharap kiranya..
Aku masih belum terlambat nak melentur rebung yang baru mula bertunas

Kata2 arwah ayahku masih segar di ingatan ini walau lebih sedekad masa berlalu
"Ayah bodoh.. tapi ayah xmau anak2 ayah xda pelajaran"
"Ayah miskin.. tapi ayah xmau anak2 ayah xcukup makan pakai"

Kata2 ayah adalah azimat yang tersemat di hati ini..

Anak2 baru tadika dah nak kecoh ka?

Yup.. sebab aku xnak anak2 aku jadi macam aku..
Kerana pengalaman hidup juga satu ilmu yang harus dikongsi dan jadi iktibar

jom semak :

14 September 2011

Tersenyum sampai ke telinga dah ni..

Ini kisah semalam..
Rafiq masuk pertandingan mengeja wakil tadika dia..
Ada 2 lagi kawan dia yang dipilih oleh cikgu..
Iaitu tu kembar (adik & kakak)

Alhamdulillah..
Mama suka Rafiq ke arah ini..

Rafiq suka masuk apa2 saja pertandingan kat sekolah..
Dulu asyik masuk peraduan mewarna..
Sekarang ni dah selangkah ke depan..

Masa aku balik kerja..
Jelas keriangan terpancar di muka Rafiq..
Bercerita pada papa dan mama dengan penuh semangat..

Katanya penat rafiq tunggu orang panggil nama Muhammad Rafiq Syarafuddin Bin Rosli Suhaimi. Lambat sungguh orang nak panggil. Tapi semua orang tanya semua Rafiq boleh jawab.. Pastu dapatlah cenderahati pencilbox & tuala kecil.

Dan hari ni.. baru kejap tadi.. cikgu tepon papa..
Minta biodata untuk calon pelajar cemerlang..

Rafiq..
Mama & Papa bangga ngan abang..
Moga Rafiq teruslah minat, semangat dan usaha..
Mama & Papa sentiasa sokong abang..
We love you..

06 September 2011

Telan magnet?!

Adoi la...
Semalam tengah2 wat kerja dalam mood raya.. he3
Tiba2 hubby sms..
Rafiq tertelan magnet..

Ya Allah.... Rasa macam oksigen tak sampai kat otak nak berfikir dah ni..
Cemas aku.. tepon adik (biras) xdapat.. tepon kakak (biras) xdapat gak..
Berkali2 aku cuba nak tau camna keadaan Rafiq..
Last  mak mertua angkat tepon..

Katanya xtau camna Rafiq leh telan magnet tu..
Kakak (biras) baru ja bawa Rafiq pergi Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, Perlis
Aku cuba tepon kakak tapi xdapat..

Aku tepon Hubby ajak balik..
Tapi dia kata, kita tunggu dulu camna..
Kalau kena hantar hospital kita terus ja pergi..
Sebab nt bertembung kot jalan plak..
Yang aku ni.. dah rasa sesak nafas dah...

Tak lama tu kakak tepon..
Org klinik kata xda apa2..
Tunggu 4 jam.. nt dia berak ok la..
xda bagi ubat apa pun..hu3

Pastu kata kakak, Rafiq nampak ok.. cam xda apa2 pun..
Siap pakai kasut bola dah nak p training..hurm..

Otw balik dr opis hubby ada crita yang dia dulu pernah tertelan duit 20 sen..
(ermm bapak borek anak rintik la ni..)
Sampai umah aku tanya dia magnet tu besar mana..
Magnet tu besar kelingking bujur.. beli keropok apa ntah dapat..

Mama : Kenapa yang pi telan magnet?! Dah abih dah ka kuih raya..?!
Rafiq : Tak telan pun termasuk.. letak atas dahi ja dok men2..
Mama : Rafiq.. Nak try yang ni plak.. (sambil tunjuk alu lesung batu)
Rafiq : Nak wat pa?
Mama : Try makan yang ni plak.. besar sikit.. herm

Geram tul la.. Dah 6 tahun.. bukan budak kecik lagi..
Masa kat klinik pun org ingat yang tertelan tu sepupu dia yang 2 tahun tu (ikut sekali)
Rupanya budak besar... hish apalah.. kata nak jadi budak bijak.. bijak sangat la pi telan magnet tu.. adoiii.. Macam2..

16 August 2011

Adik Bisu?!

Petang tadi...
Tengah2 kalut nak hidang lauk2 untuk berbuka..
He3 lauk2 beli ja.. xsempat pulak masak hari ni..
Lepas kerja tadi, hubby ajak singgah kedai tepon..


Tengah sibuk2 kat dapur tu..
Syakir aka adik kata padaku..
"Mama.. adik bisu.."
"Apa?!" Aku silap dengar ka?
"Adik bisu..hik hik hik.."
"Bisu?! tu adik cakap.. boleh pun.."


Sebab mama xfaham dia ngadu plak kat papa..
"Papa.. adik bisu.. hik hik hik.."
"Bisu...?!"
Adik angguk sambil hik hik hik
"La adik.. tu bukan BISU la... tu SEDU.."


La sedu ka.. ingat apa la tadi..
Syakir... Syakir..

08 August 2011

Dialog sepetang

Mama : Rafiq puasa tak hari ni? (padahal dah tau dah.. )
Rafiq : Tak.. (sambil geleng kepala)
Mama : Kenapa xpuasa?
Rafiq : Rafiq sakit perut.. ishhh xtau la kenapa xbaik2 ni.. 
          Jadi macam mama kot..
Mama : Pandai la.. alasan...
Rafiq : Betul.. xcaya sudah..

2 hari cuti boleh plak dia tahan perut dia tu..
Tapi biasa la bila dok ngan tok.. MANJA..
Lagipun bukan orang rajin nak layan pujuk2 dia jangan buka puasa..
Apapun dia masih budak.. erti puasa sebenar pun belum faham lagi..
Xleh nak paksa.. slow2 la..

04 August 2011

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Salam buat semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Aii bila la kabel TM kat kampung tu nak disambung balik..
Start dari tengah malam Isnin tu tak boleh sampai la sekarang ni..
Selesa pagi nampak org TM dah mai tapi bila boleh depa nak pasang ni..hu3
Mungkinkah sebab minggu lepas baru pasang..
Depa lengahkan masa nak sambung balik..
Adeh.. rugilah dok bayar bil Streamyx saja ni..
Sehari dua ja boleh pastu seminggu xleh..
Bencinya!!!

Dahlah tengah semangat nak updated blog n fb..
Ingat nak upload gambar..
Semua tu terhad bila kat opis..
Waktu break ja nak leh on fb..
Nak bluetooth langsung takleh..

Harap semua kembali seperti sediakala..
Opss lupa plak nak snap Rafiq yang dah kembali ke sekolah hari ni..
Tapi lega rasa bila Rafiq dah bangkit..
Kalau tak, mama risau sangat..
Tapi masih bergantung pada ubat..
Belum sihat sepenuhnya..
Jadi mama xbagi puasa lagi..
Lepas ni oklah boleh la start berlatih puasa..


Pic of 2nd Ramadhan

29 July 2011

Anak minat.. Mama pun minat

Selepas kejadian kabel TM kena curi kat area rumah.. Ni lah baru ada mood nak stori mori skit.. Biasalah.. aku bukanlah blogger tegar yang penuh dengan idea serta mood blogger yang sentiasa ada.

Hari ni last day sarapan or lunch kat opis. Pasni kalau yang uzur tu.. pandai2lah cover skit hormat org yang berpuasa kan... Selamat berpuasa buat semua.

Kali ni cuma kongsi minat anak sulungku, Rafiq (6 tahun)

Subjek yang paling dia suka kat sekolah matematik. Ada juga yang turut mama.. matematik itu mudah.. xperlu nak baca2..he3 nampak sangat masa sekolah dulu aku ni malas membaca.. he3 memang pun..

Tapi Rafiq pun dah pandai baca dan makin rajin baca tapi ikut kerelaan hati la.. he3 kalau suruh, xla disentuhnya.. Katanya lepas ni dia nak masuk peraduan membaca.. Oh! Tu pasai la rajin sangat.. xsakit tekak mama nak suruh2 ambik buku, baca..

Program tv plak sekarang ni suka sangat3..

Syoknya Sains!
Sains Comot
Anda berani? Cubalah..
Backyard Science
Semalam, sekolah Rafiq ada wat lawatan ke Taman Ular Perlis, Muzium Padi dan Pusat Sains Wilayah Utara kat Gunung Keriang, Kedah. Bila tanya Rafiq, mana satu antara 3 tempat ni yang paling best.. Rafiq pilih Pusat Sains.. Kalau boleh nak pergi lagi.. Boleh tak nanti Papa bawa pi sana lagi?!

He3 nampaknya minat pada sains mula berkembang.. 
Baguslah.. Mama pun suka ngan minat Rafiq ni..

14 July 2011

Cucu Pak Tani

Hari ni balik kerja...
Cam biasa, pergi ambik anak2 kat umah mertua..
Sampai sana..
Abang atas mesin padi..
Adik plak atas traktor..
Hermm cucu tokwan..



28 June 2011

Beri salah ubat maut!

Bayi dua bulan diberi salah ubat maut.
Berita penuh klik sini.


Kesian kat baby yang tak berdosa tu.. :(

Setengah budak suka ubat..
Setengah lagi susahnya nak bagi makan ubat..

Masa baby Rafiq & Syakir susah nak bagi makan ubat..
Bila sakit, demam.. mama ngan papa risau sangat..
Macam mana nak bagi baik kalau tak makan ubat..
Bila paksa2, muntah segala isi perut..
Ada yang suggest bubuh dalam susu..
Tapi aku xbuat camtu sebab time sakit anak2 takmau makan apa2
Hanya bergantung pada susu ja nak bagi tenaga
Takut bila dah masukkan dalam susu, len rasanya..
Terus xnak apa2, lagilah parah..
So, memang spare ubat yg leh masukkan ke punggung (ubat demam)
Untuk elak badan terlampau panas, takut lain pulak jadinya..

Tapi sekarang ni dah tak takut dah nak makan ubat
Terutama Syakir..
Boleh pulak dia buat2 demam lah batuk lah.. sebab nak makan ubat
Kadang2 dia buka2 peti sejuk terus dia cakap
"Adik demam la mama.. pegang ni panas ni.." or
"Adik batuk lah..uhuk3"
Bukan dia kira ubat apa, ubat sapa.. dia kira nak belasah ja..
Mujur dia tanya dulu..
Bila xbagi merajuklah...
"Adik takmau kawan ngan mama..hu3"

Ekceli berapa lama leh tahan ubat yang kita simpan dalam peti sejuk tu?
 

23 June 2011

Excited


"Yea.. yea.. esok dah leh p sekolah.."
Itulah ayat yg terpancul keluar dr mulut Rafiq sesampai ja aku di pintu rumah mertuaku petang semalam setelah abis kerja. Sebenarnya Rafiq kurang sihat dan doktor nasihatkan rehat di rumah ja. Jadi pening2 muntah2 dan demam sikit. Sekarang ni ramai kanak2 yg dilanda sakit sebegini kat area ku. Ini juga penyebab aku cuti dari blog. Hilang semua rasa bila anak jadi camni. Tapi semua dah kembali sediakala.. Alhamdulillah.

17 June 2011

Anak2ku dan badminton

Aku baru ja balik dari men badminton
Papa minat badminton, anak2 dah gian nak main
Kalau tak bawa pergi mesti bising
Mula2 tu janji kalau esok tak sekolah boleh ikut
Tapi dah genap sebulan ni
Setiap jumaat malam papa booking 1 court special 
1 jam ja pun...
Untuk train anak2 men badminton
ha3 berangan anak2 nak jadi pemain negara suatu hari nanti
Semangat kesukanan anak2 aku tu memang ada
Sama naik ngan semangat makan..ha3
Mana taknya.. keluar ja dari pintu ja
Terus nampak stall burger
Men 1 jam, pastu bantai burger 2 bijik...
Lepas makan terus tido.. erm letihnya anak2ku


ps : maaf.. hari ni sibuk skit.. n dan lewat ni.. letih sudah.. yg mn saya xsempat singgah, jgn marah.. saya pasti singgah tapi lewat sikit la..

16 June 2011

Aim and Trick

Tak lama dulu..
Agak2 lebih kurang sebulan sudah la..
Mama tengah bancuhkan susu Omega buat papa..

Mama  : Ok Pa.. dah siap susu ais.
Syakir : Wow! Adik nak jugak...
Mama  : Ni susu Papa.. Adik xleh minum yang ni.
Syakir : Awat plak..?! Adik nak yg tu gak..
Mama  : Susu adik tu untuk bagi kuat. Susu ni untuk orang sakit pinggang.
Syakir : ermm
Mama  : Nt Mama buat len utk adik.



Minggu lepas..
Mama tengah sapu sampah kat luar..
Tiba2 Syakir datang sambil pegang pinggang.

Syakir : Mama.. Mama.. adik sakit pinggang ni..
Mama  : Aik?! Awat plak kena apa?
Syakir : Xtau la.. adik sakit pinggang ni.. (buat dengan muka2 sekali)
Mama  : Kalau camtu, adik ambil botol susu meh mama bancuh.. minum susu nt oklah tu.
Syakir : Takpa adik minum susu papa yg dalam peti ais ni la..
Erm patutlah.. rupanya dia dah aim dah...hu3

Malam tadi..
Mama bancuh Omega kat papa..
Tapi kali ni Omega panas..
Syakir mula menempek..

Syakir : Papa, adik sakit pinggang la..
Mama  : (tersenyum ja.. taktik sama nampak..)
Papa   : Sakit pinggang. Adik watpa sampai sakit2 pinggang?
Syakir : Adik tolong wan angkat baja tadi.

Tergelak kami..
Padahal dia nak minum susu Omega tu..
Takleh nak bagi kat dia sebab xsesuai dgn umur dia tu..
Tapi dok minta2 sgt... bagi gaklah rasa.

15 June 2011

Tahi lalat

Bila terpandang iklan cer cerita cinta di tv..
Syakir : Papa, apa benda tu? Bulat2 hitam2 kat pipi dia tu?
Papa   : Oh, tu tahi lalat.
Syakir : Tahi lalat?!
Papa   : Masa di kecik2 dulu, lalat berak kat pipi dia..
Syakir : Ooo
Itulah bila papa layan anak2..

13 June 2011

Syakir wif belon

Saja nak wat kenangan kat blog ni
Kisah Syakir ngan belon
Budak mana yg tak minat belon?! Ada ka?! Xda kott
Ini masa Syakir pergi lawan tarik tali hari tu
Ada belon perasmian..
Dari jauh aku tengok ramainya yang minat ngan belon ni..
Bila ditiup angin naik turun..
Ada pulak budak2 yg saja tarik2 macam cubaan nak ambil belon ja..
Dalam hati, " Hai sempat ka tuanku nak rasmi ni"
Tapi nasib baik selamat dirasmikan
Bila dah rasmi ramai pulak yg berebut nak dapatkan belon2 tu..
Termasuklah Syakir..
Walaupun dia duduk jauh dari belon tu..
"Mama, boleh tak adik ngan ambik gak belon tu?"
Mana taknya.. tengok ramai yg dok berebut..
Belum sempat mama nak jawab ya ka tidak..
Syakir dah berlari ke arah belon..
Mama pun follow la..

Belon yg sempat aku capai. Mama offer kat Syakir, tapi dia cakap.. "xpa.. adik ambik sendiri" 

See.. ramaikan yang berebut.. Mak2 budak pun sama naik..ha3
Syakir.. dok tunggu situ ja.. sapa nak bagi..
Last2 ambik gak belon yg mama offer tadi.
Mama ikat kat benang kat jari dia. Mana tau nt terbang, teruklah mama nak cari len.
Hepinya dia dapat men belon walaupun matahari atas kepala.

Beralih hari..

Salam semua..
Hari ini banyak yg berubah..
Yang menang AF9 semalam pun, hari ni dah lain la yerk..
Mungkin akan sibuk menjadi artis..
Tahniah buat Hazama..Kawtim.. juga yg lain2

Hari ni dah habis cuti tau..
Pakat kena pergi sekolah baliklah..
Teruknya Rafiq pagi ni..
Dah siap2 leh plak tertido kat depan tv..
Jalan masuk dalam kereta lepas aku kunci umah tengok2 la la tertido plak..
Sakan sungguh la..
Tapi leh plak buka mata nak singgah kedai beli nasi wat bekal..

Syakir plak..
Nak kejut bangun pagi..
Banyak tempat sungguh dia ubah..
Last2 angkat terus masuk dalam bilik air..
Lepas mandi, dah ok..

Cuti lama sangat... camni la..hu3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...