07 July 2010

Nak, tengoklah...

Ya Allah..
Yearrkk!! Loyanya rasa..
Macam nak muntah aku..
 Tengah asyik buat report untuk hantar ke HQ
Tiba2 fax tu tak henti keluar paper..
B fax surat yang sama berkali2
Dah la 1 surat 9 helai..
Hai abih la A4 paper opis aku ni..
B tu client Pn.V..
Pn.V pun jadi pening ngan B tu..
Mula la Pn.V terlepas cakap pada aku

Hari tu B mai opis jumpa Pn.V
Tengah2 berbincang tu
Pn.V tanya dia bila dia tunjuk kad OKU
Nama sihat jer macam mana leh ada kad ni
Tanpa dia menjawab sepatah pun
Tup2.. nak tengoklah kalau tak caya
Pn.V kata macam nak pitam
Nak tahu kenapa?
Dia buat keluar biji mata dia tak atas tangan
Bulat macam bola ping pong
Errkk! Geli tekak aku rasa nak muntah jer
Mau kalau aku la..
Pengsan terus la..

Ish! tak masuk akal sungguh
Kenapa nak buat camtu
Kalau cakap pun bukan orang tak nak caya
Baru ku tahu rupa2nya dia tu jua pesakit mental
Patutlah noo..

06 July 2010

Dibuai Mimpi

Aku seorang yang sukar bermimpi tika tidur
Entahlah dari kecil lagi aku jarang2 dapat bermimpi
Tapi sejak akhir2 ni aku selalu bermimpi..
Mungkin juga terbawa apa yang kubaca dari buku2 tu
Mungkin juga terbawa apa yang aku lakukan sepanjang waktu sedarku
Mungkin juga ini mainan tidur

Malam tu aku mimpi macam nak jumpa arwah ayah n arwah pakcik
Itulah lelaki yang paling sayangkan aku sebelum suamiku
Tapi tak ada rezeki agaknya
Dalam mimpi tu tak berkesempatan untukku tatap wajah2 yang ku rindu
Al-fathihah buat mereka, moga damai di sana
Mungkin siang tu aku asyik dok baca buku "Mak, Abah Redailah Anakmu"
Ada part yang menyatakan bahawa setelah meninggal ibubapa kita
Bukan bermakna terputus ikatan antara keluarganya, teman2nya
Malah kita perlu mengeratkan silaturrahim antara mereka semua

Semalam aku mimpi lagi
Waktu pejabat, hubby tepon guna tepon baru dia beli
Cakap kejap jer pastu terputus
Bila aku call balik..
Orang len yang angkat..
Suara pompuan lak tu..
Hai mula la hati ku rasa tak sedap..
Aku salah call ka? Bila aku tengok kat Handphone aku..
Betullah aku dail nombor my hubby
Bila aku hello sekali lagi baru aku dengar suaranya
Tergelak2 juga suara tawa pompuan tu
Terus aku letak phone dan menangis
Dan terjaga dari tidur
Tak sanggup rasanya sakitnya hati dengan mimpi ni
Apakah kerana aku baca buku Keranamu Aku Cemburu?

Mimpi tu mainan tidur, kan?
Kadang kerana mimpi kita boleh rasa macam2
Mimpi boleh buat kita ketawa
Mimpi juga boleh buat kita menangis
Kadang mimpi menimbulkan rasa marah membara dijiwa
Mimpi jua memberi peluang kita melepaskan rindu yang terbuku




05 July 2010

Inilah DugaanNya

Adoii.. Sakitnya perutku..
Entah kenapa aku pun tak pasti..
Subuh tadi terasa sakit sangat bila aku bangun dari tido..
Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu
Bukan rasa memulas tapi rasa macam urat2 dalam perut ni kejang n bersimpul2
Puas panggil hubby tolong ambikkan minyak NR aku tu
Lama gak aku menangis keseorangan
Pelbagai rasa bercampur aduk
Teringat juga akak JP tu, dia sakit kanser usus
Minggu lepas aku terserempak ngan dia masa nak naik lift
Sempat juga bertanya khabar
Katanya kadang2 terasa penat bila buat kerja banyak2
Semoga akak tu & family dia tabah menghadapi dugaan ini
Semoga akak tu cepat pulih seperti sediakala
Kisah aku plak..
Alhamdulillah bila dapat sapu minyak NR di perut tu
Sakitku makin berkurangan
Barulah aku dapat gerakkan tubuh ni untuk bangun
Alhamdulillah.. aku masih diberi peluang olehNya untuk teruskan hidup ini

03 July 2010

APC

Dah lama teringin nak kongsi pengalaman pergi Putrajaya tempoh hari.
25.06.2010 jam 11.00 mlm aku & hubby naik bas menuju ke destinasi. Terpaksa tinggal anak2 dengan tok dia. Pergi sana sbb nak terima APC bagi tahun 2009. Hubby tolong temankan sbb aku tak pernah lagi pergi sana sorang2. Itulah 1st time kami naik bas 2 tingkat. Terasa gayat tapi Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik. Kat sana tumpang umah bujang adik kat presint 19.

Pukul 2 raptai majlis start tapi kami masih mencari bangunan BHEUU. Ni 1st gak nak pergi HQ. Jalan ditutup plak sbb ada lumba basikal. Nasib baik seorang pegawai dari kedah tu dapat tolong kami tunjukkan jalan.

Habis raptai aku & hubby pusing2 kot sekitar dengan kereta tunang adik. Adik & tunang dia pergi kenduri kat semarak. Pukul 7.30 mlm dah start program. Dan dijangka habis pukul 11.30 mlm. Hubby & adik kata takpalah sempat depa tengok game bola mlm tu.

Majlis APC kali ni biasa2 saja tak meriah sbb budget tak brp nak ada kata Dato' KP. Majlis ni digabung sekali ngan pertandingan Akhir BHEUU Starz dan penyampaian hadiah Sukan BHEUU sebagai selingan.

Oklah.. Ramai gak yang aku tak kenal dari yang kenal dapat anugerah malam tu. Aku pun baru ja dalam servis ni. Mungkin rezeki aku awal untuk terima APC ni. Lepas ni kena kerja lagi kuat la. Bak kata hubby bukan senang untuk menjadi yang cemerlang tapi lebih sukar untuk mengekalkan kecemerlangan itu. Harap2 semangat kerja ku akan kembali..


01 July 2010


Pedih..
Hatiku pedih
Bila penantianku jadi sia2
Sakit..
Sakit sungguh hatiku
Bila kau terus berlalu tanpa menyapaku
Salahkah aku
Mengharap belai kasihmu
Menunggu detik waktu kita kan bersama
Maafkanlah sayang
Ku tak mampu untuk menipu diri sendiri
Ingin ku bawa hati ini jauh2
Jauh darimu
Agar hati ini tidak lagi sakit
Ingin ku buang kau jauh dari hatiku
Puas ku pujuk hati yang lara ni
Tapi ku tak mampu
Aku tetap memerlukan hati dan dirimu
Untuk menjadi pendamping
Untuk mengubat luka lara hati yang berdarah ini
Sayangku..
Ku rayu padamu
Kembalikanlah sinar cinta kita 
Setia ku di sini menunggumu

Mertua Vs Menantu

Terbaca di ruangan Mega Agama Utusan Malaysia semalam. Tajuknya " Bersikap Terbuka Dengan Mertua".

Sudah menjadi asam garam kehidupan. Selalunya mertua ngan menantu perempuan la ada masalah. Sampai ada plak cerita khas buat kaum hawa ni " Mertua Vs Menantu".

Kenapa ini semua terjadi? Bolehkah diperbaiki hubungan ini? Sikap manusia ni berbeza2. Untuk memahami sikap seseorang memerlukan ruang masa dan kehendak hati yang ikhlas. Sebaiknya kedua2 pihak perlu cuba untuk memahami sesama sendiri agar tidak timbulnya perselisihan faham.

Jika kita sudah berusaha untuk mencantikkan hubungan silaturrahim ini. Bersabarlah, renung pada diri dan bertanyalah pada suami atau mertua sendiri andai ada sikap kita yang tidak disenangi. Mungkin dengan cara ini kita mampu merapatkan jurang kasih di hati mertua.

Andai telah kita ikhtiar sedayanya namun dia tetap sama. Masih belum mampu menerima kita, sabarlah. Insyaallah dengan izinNya terbuka juga hatinya suatu hati nanti untuk menerima kita.

Walau bagaimanapun cubalah untuk tidak menderhakai ibu mertua kerana ibu mertua wajib ditaati selagi mana dia tidak menyuruh melakukan perkara2 yang mungkar.

Daripada Abu Dzar r.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik. (riwayat Al-Tirmidzi)

30 June 2010


aLa bELuM aDa KEsEMpaTaN La
NaK upLOaD gaMbaR
uNTuK N3 APC
baNyaK pLaK KeRja KeNa sEtTLe
NaNTi2 Ja LaH.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...