Cepat sungguh masa berlalu..
Sekarang ni dah masuk bulan Ogos dan tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Semalam bawa Syakir ke Hospital, apalagi appointment ngan Unit Ortopedik la.
Lama betul dok kat situ. Pukul 11 baru panggil nama untuk buat x-ray.
Tapi Alhamdulillah, result x-ray tu menunjukkan ada perkembangan pada tulang Syakir yang crack tu. Tulang tu dah bercantum tapi nampak timbul skit la. Ada pun dah discharge la.
Takpayah wat rawatan susulan lagi..
Syakir sekarang dah banyak akal + aktif tersangat
Kalau nak minum susu mesti nak suruh tambah milo.
Last2 best susu perisa coklat la..
Kalau main ngan abang pasti nak menang.
Macam semalam main lawan2 ala ultraman.
Sekali dia flying kick kena betul2 kat mulut abang dia.
Berdarah2.. cuak gak tengok..
Rupanya 2 batang gigi bawah yang beberapa hari selepas Rafiq bagitau kata macam jongkang-jongkit tu dah nak tercabut.
Aku ambil towel lap, ambik ketul ais tuamkan tapi darah masih banyak..
Last panggil papa dia..
Apa lagi papa dia cabut 2 batang gigi tu.
Rafiq plak ingat dah tercabut 2 batang gigi tu takutlah nak makan..
Ish! Takdalah.. Lagi kuat makan..
Baru ja makan kteow goreng sebungkus tup2 nak rasa kteow sup pastu nak makan nasi plak.
Haish kurus semangat aku tengok dia makan, berselera sungguh.
Satu yang penting dalam RS Family kini sudah bermula..
Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu.
<3 <3 <3
No comments:
Post a Comment