" Salam.. Nama saya Syaaban. Saya ingin ingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan telah datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu rezeki & kedua anaknya iaitu sahur & Iftaar. Mereka akan ditemanni oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampuanan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Mohon mereka dihargai & anda akan mendapat hadiah pemberian dari Tuan yang empunya. Jadi gandaka usaha untuk meraikan tamu tersebut. Insyaallah.. Amin.. Kemaafan jua dipinta.."
Kejap ja dah 1 Ramadhan...
Hari ni semua umat islam seluruh dunia mula berpuasa.
Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa pada kali ini.
Semalam Mak Inson berangkat ke KL pergi rumah kak ipar semata2 nak lepas rindu kat cucu yang tersayang. Siapa lagi kalu bukan Fatin Insyirah yang dia jaga sejak lahir yang kini belajar kat CyberJaya. Rafiq ngan Aiman tekad nak posa. Niat posa pun berkali2. Jadi kena paksa tido awal takut tak terjaga untuk sahur.
Lawak la... Ha3 Rafiq la. Puas pujuk bangun sahur. Memang liat nak bangun. Sayangkan tidur. Lagipun ni lah 1st time dia nak bangun sahur. Last2 terpaksa aku dukung bawa ke meja makan. Dah plak silau tak mau lampu. Jenuh plak ajak dok kat ruang tamu. Makan la dalam samar, tu pun kena suap. Kalau tak buat camtu kesian plak esok nak puasa. Harap dia mampu bertahan. Berjaya atau tidak?! Tunggu..
Tapi ada satu berita yang tak best di dengar.
Malam tadi, hubby bagitau ada couple kena tangkap khalwat kat belakang sekolah cina Kun Aik, Kangar. Hari ini terus ada pertuduhan ke atas kes ni. Couple tu memang dah lama wat kerja tu kat situ cuma tunggu untuk tangkapan ja. Ish3 malu saja.. Orang semua tengah sibuk tengah prepare nak sambut puasa, ada yang kalut dok tengok anak bulan ramadhan.. depa plak wat maksiat. Bini orang ngan laki orang lak tu.. Astagfirullah.. Sedih dengar berita ni.. Semoga terbuka pintu taubat buat mereka juga keinsafan buat kita.
" Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andai RAMADHAN ini yang terakhir moga ini yang terbaik disisiNya.. SELAMAT BERPUASA.."
No comments:
Post a Comment