Showing posts with label Secebis Rasa. Show all posts
Showing posts with label Secebis Rasa. Show all posts

22 September 2011

Letihnya...

Assalamualaikum semua..
Pernah tak rasa letih yang melampau..
Letih sangat2.. apa korang buat?

Aku kalau terlampau letih..
Rasa bukan saja kaki berat nak melangkah..
Tapi segala anggota terasa amatlah lemah nak berfungsi..

Aku vs my hubby..
Aku heran kenapa la dia tak pernah kenal letih.. agak aku la
Sebab aku tengok dia macam kuat ja..
Kadang lepas kerja main bola
Kadang hari kerja, malam men badminton sampai tengah malam..
Hari cuti plak wat kerja bendang..
Tapi aku ni.. kadang2 letih sangat..
Tapi bukanlah buat kerja berat mana pun..
Kerja pejabat n kerja rumah ja pun..
Kadang.. badan ni terasa amat letih..
Selalunya airmata akan menitis sendiri..
Lebih letih bila fikiran pun letih..hu3

Nangis hanya boleh kurangkan rasa beban..
Marah.. buat cari pasal ja.
Anak2 juga jadi penawar keletihan mama nganpapa ni..

Korang wat camna xnak bagi letih ni?!

Jom klik sini Cara Mengatasi Masalah Badan Letih 

12 September 2011

Kini ku sedar

Sabar ya awak..
Hidup ini xkan sunyi dari ujian..
Ujian yang mengajar kita erti hidup..
Dan ada hikmah disebalik setiap ujian tu..
Saya tahu awak kuat..

Sesuatu yang terjadi sememangnya ada hikmahnya..
Terpaparlah siapa kita..
Terungkaplah siapa dia..

Kasih sayang yang tersemai utuh dengan keikhlasan takkan sia2..
Pasti suatu tika, kasih sayang itu juga menjadi semangat juang
Kasih sayang itulah yang menjadi penawar lara..

Senyuman dan gelak tawa dari seseorang yang kita sayang
Mampu melegakan hati yang gundah
Juga mengukir kembali senyuman di bibir yang lama hilang dek kerisauan


 

11 July 2011

Kenapa perkara baik perlu sembunyi?!

Kalau padi katakan padi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak kami ternanti-nanti

Kenapa perkara baik perlu sembunyi?!
Taknak kongsi or tak berani nak kongsi?

Peliklah..
Tunang diam2 tu biasalah sebab biasa pun org xheboh
Majlis pun sedara mara rapat ja..
Tapi orang tanya xngaku pulak..
Tapi ko publish kat blog kat fb

Peliklah..
Nikah kawin pun diam2 ja..
Biasa dengar golongan artis ja
Tapi sekarang ni bukan artis pun banyak yang wat camni
Kenapa ekk?! Kenapa nak sorok2..
Budget xcukup ka? Buat ala kadar pun ok dah..
Bukankah walimatulurus tu perlu supaya tidak timbulnya fitnah

Peliklah
Pregnant tapi malu
Bukan xkawin.. Bukan xnikah
Tapi kenapa plak nak malu bila pregnant
Bukan tak berlaki..
Tapi sampai bila nak sorok..
Nanti2 orang nampak jugak..
Terboyot perut tu.. nak sorok sampai bila..

Pelik bagi aku..
Mungkin xpelik bagi dia..
Mugkin dia punya alasan yang tak tercapai akal kita..

27 May 2011

Masalah Problem la..

Setiap orang pasti pernah ada masalah..
Masalah tu ujian buat kita untuk lebih mengenali diri kita juga lumrah kehidupan

Jangan nak lari dari masalah..
Sebab lagi kita lari lagi ia mengejar kita..
Mungkin juga bertambah pula masalah lain

Bagaimana cara nak settle kan masalah?
Berdiam, berfikir sendiri.. elok juga pk la sendiri dulu..
Punca dan cara atasinya..

Tapi ada masalah elok juga tanya2 pendapat orang yang rapat ngan kita
Tanya2 teman atau orang yang lebih pengalaman hidup
Tapi ingat biar pada orang yang betul
Kata orang, biar kena tempat..

"Bukannya dia leh tolong.."
Ish janganlah sesekali pk macam tu
Walaupun dia tak dapat nak tolong banyak, mungkin boleh sikit..
Kurang2, ringan sikit beban masalah dengan meluahkan padanya

Tapi susah juga ya..
Kalau kita tahu orang yang rapat ngan kita ada masalah..
Tapi dia tak nak cakap kat kita..
Or orang rapat ngan kita bagai menjerumuskan diri dalam masalah..
Kalau korang nak wat apa?

Aku tengah pikir ni..
Nak buat camna?
Susah hati + serba salah la..
Nak kena jadi cam Detective Conan plak ka?
Ish3 ni bukan suka2 cari masalah tau..

18 April 2011

Tolong Ingatkan Aku : Kesan Pil Perancang

Assalamualaikum kawan2..
Korang ok? Aku tak berapa nak oklah.. 
Sebenarnya soklan ni berputar2 berpusing2 menari2 berenang2 kat dalam kepala otak aku ni.. Hu3 sedihnya pikir sorang2.. jomlah tolong pk sekali..

Apa soklan nak buat aku pk tak tak abih2 nak masuk minggu ke 2 dah ni?!
Betulkah Kesan Ubat Perancang ni boleh sebabkan Kanser?

Doktor, Misi, tolong...
Yang ada info bab ni tolong...
Yang ada pengalaman mungkin leh la kongsi..
Please.. Please.. please..

Info ni terbaca di Berita Harian,
  • Sememangnya semua pil perancang keluarga boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi. 
  • Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti.  Jumlah yang sedikit ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa. 
  • Pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Disarankan melakukan saringan ujian  pap smear untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim. 
  • Boleh menggunakan kaedah perancang lain tanpa hormon seperti alat dalam rahim. 
Saya dah 3 tahun ambik pil perancang kat Klinik Kesihatan. Bukan sebab free suka ambik kat sini tapi setiap kali pergi klinik nurse akan cek berat, tekanan darah, ujian darah ( 1 tahun sekali) dan pap smear ( 1 tahun sekali gak). Sehingga hari ni tak plak diaorang suggest suruh stop or diorang tak perasan aku dah lama ambik pil ni.

Masa aku attend ceramah LPPKP awal tahun ni, ada aku tanya penceramah tu sebab aku ada dengar dia kata amik pil berterusan dalam jangka masa lama tak elok. Jadi aku tanya dia berapa jangka masa yang dikategorikan lama tu? Tapi soklan tu tak terjawab cuma dia kata bergantung kita nak rancang lama mana.. erm tak puas hati tapi ramai sangat orang tanya soklan.. mungkin dia pun tak pasti gak kot.. hu3

Baru ni kawan cakap mak dia juga mak sedara dia amik pil perancang. Lepas stop dapat kanser. Mula aku start mikir balik bab ni..erm

Perlukah aku stop ambik pil?! Aku juga husband belum sedia nak ada baby baru..(checklist byk) Lagipun aku belum cukup kuat nak bawa budak lagi. Diri sendiri pun tak stabil (aku ada anemia , tekanan darah rendah). Tapi kadang2 pk dari aku sakit kanser baiklah aku mati beranak.. boleh pahala.. kan?

Kawan2, tolong.. Kalau taknak comment kat blog ni boleh saja email terus aku kat address ni .




13 April 2011

Tolong ingatkan aku : Tiba2 terasa hati?!


Pernah tak korang terasa macam aku rasa sekarang ni?
Entah lah kadang2 aku pun pelik dengan diri sendiri..
Mood ok, normal tapi tiba2 terasa hati
Selalunya perasaan tu hadir terhadap orang2 yang rapat dengan kita
Ikatan yang terjalin bukan sekadar pengerat silaturrahim
Tapi ikatan ini melibat hati

Kadang2 kita pikir perasaan kita dengan dia sama
Tapi memang tak sama
Termasuklah cara berfikir

Kadang2 kita rasa kita sudah rapat dengan dia
Tapi mungkin juga dia anggap kita ni biasa2 saja

Kadang2 kita fikir suka berkongsi suka duka dengannya
Tapi kita lupa mungkin tak semua dia nak kongsi dengan kita

Tak mengapalah..
Yang penting dia bahagia
Dan kita doakan kejayaan dia
Walaupun pada hakikatnya tertunggu2 berita baik dari mulut empunya diri

Anyway.. TAHNIAH!
Awak memang layak menerimanya.
Selamat Maju Jaya.

26 January 2011

Isu sensitif ni..

Isu Mak memang very sensitive buat aku..
Setelah kedewasaan hari ini, aku akui aku lebih pentingkan mak dalam hidupku jika mahu dibandingkan hari2 ku sebelum2 ini. Bagi aku, setelah kehilangan ayah, hubungan aku dengan mak semakin erat. Bukan kerana ayah penghalang hubungan kami tapi aku lebih rapat dengan arwah ayah. Banyak hasrat dan niat murni terhadap kedua orang tua ku hanya Tuhan, Ayah dan aku yang tahu. Tapi Tuhan lebih sayangkan ayah.. tanpa beriku peluang untuk menjaganya di saat2 akhir. Pemergian yang sungguh tak terduga juga sekelip mata bersama rindu yang tak terbendung..

Sejak itu aku mulai mendekatkan diri dengan mak.. menagih kasih ibu juga sekaligus berusaha melunaskan kata janjiku pada arwah ayah. Maaf ya kawan andai aku terdiam atau terlontar kata jika soal tanggungjawab pada seorang ibu. Aku taknak argue dengan sapa2 soal tangungjawab anak kepada ibu bapa juga family. Hidup kita ibarat air tasik yang tenang tapi kita belum tahu isi di dalam tasiknya. Dan ku akui.. Aku bukanlah sempurna. Ku hanya cuba terkadar yang mampu dan ku sedar apa yang aku lakukan untuk mereka mungkin cuma terbayar setitis daripada jutaan titisan keringat + jutaan titisan airmata + jutaan air liur + titis air susu yang telah dikorbankan mereka demi aku hanya seorang anak. 

25 January 2011

Lafaz Yang Simpan

Beberapa jam lalu termainkan lagu Lafaz Yang Tersimpan - UNIC yang ada kat playlist handphone. Memang tersentuh dengan bait2 lirik yang ngam dengan melodinya. Kalau nak dengar lagu ni cari kat Melodi Hati Berbisik kat bawah page ni dan ini liriknya...

Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Satu hari ni sampai saat ini..
Asyik teringatkan mak..
Aku kasihan kan mak..
Dalam meniti usia emas tanpa ayah di sisi lagi
Kerana dia telah pergi dan takkan kembali
Cuma yang ada bait2 kata darinya masih segar 
buat semangat meneruskan hidup bersama anak2
Semalam baru ku tahu, sekali lagi
Ujian dariNya cukup memberi tamparan hebat buat mak
Anak yg dikasih akan pergi melangkah ke alam baru
Alam bahagia bersama pasangan baru
Langkah baru itu juga disertakan hasrat
yang menjarakkan kasihnya pada cucu yang diasuh sejak dilahirkan ke dunia ini
Kasihan mak..
Dia tak pernah berlaku buruk terhadap ibunya
Tapi Tuhan mahu menduganya dengan ujian seberat ini
Telah ku nyatakan hasrat agar dia tinggal dengan ku
Suami pun setuju tapi mak kata nanti dulu
Aku tak tahu harus bagaimana
Ku serah juga bermohon agar diberikan hidayah
Semoga diringankan beban yang tertanggung..


20 January 2011

Toing3

Ah! aku mula pening..
Jiran depan aku ni dah mula buka lagu2 yang membiolkan kepala otak ku..
Toing3.. makin mula terasa..
Dia bukak playlist dia tapi dia ntah hilang p mana..
Aduhhh mau saja aku p tutup pelan2..
Argghh tak tahan la..
Kenapa tinggal gini.. lagu ntah apa2 ntah..

14 January 2011

Hati Rojak, Jiwa Kacau

Hari ni aku rasa hati ni dah macam rojak buah dah..
Masam + manis + masin + kelat + pedas 
Semua cukup lengkaplah..
Airmata air hidung pun keluar...

Masa kat opis tadi ada yang tiba2 tarik muka masam
Entah kenapa tak tahu plak
Dengar2 dia minta izin pegawai keluar awal
Tapi tak setuju plak bila pegawai minta di masuk awal
Ok apa.. cover baliklah kan..
Terus petang tu tak masuk opis dah dan sempat mesej kat sorang staf kat opis tu yang dia mungkin MC sebab JIWA KACAU..

Petang tadi bab adik bongsu ku plak..
Dulu lepas spm belajar half way
Sebab tak leh nak carry + bila minta duit orang tak nak kasi
Now selepas kena tarbiah ngan maksu
Dia nak belajar semula
Betul2 nak belajar or sekadar hangat2 tahi ayam..
Adus masalah duit la plak..
Bukan tak nak support adik nak belajar...
Aku hepi sangat bila ni ada semangat nak belajar balik
But nak support dari segi kewangan xda berapa nak ada
Lepas buat loan umah bina Teratak Kasih RS
Duit makan pun kadang2 kena pau kat CikLi
Adik aku tu takda langsung duit saving
Sementara nak dapatkan loan teruk jugak la..
Adooii bukan nak kedekut tapi takda dah duit nak kasi ni..
Lepas tolak loan gaji tinggal half..
Tolak duit untuk Mak, Pinjam Pelajaran, dll
Tinggal kat aku.. duit makan + minyak
Tapi aku tahu ada yang tak percaya..
Nak explain pun tak pasti la nak leh faham tak..

Bila tepon cakap ngan mak tadi..
Sedih sangat..
My sister macam dah nak ambik peduli apa2pun nak jadi kat dalam family
Itu baru bertunang, lepas nii?!
Kesian mak..

Balik umah plak..
Terkejut aku..
CikLi bagitau Tam cerita kat dia kejadian siang tadi
Rafiq on pc (biasa la xbuat apa2 kat umah, layan komputer la.. main games + dengar lagu)  pastu dia panggil PakTam! PakTam! Mai sini...
Bila Tam tengok rupa2nya video Blue..
Ya Allah terkejut la..
Bila dengar camtu terus susah hati sangat2
Apa taknya.. kami pergi kerja dua tinggal anak2 kat umah
Ish3 tak sanggupla pikir yang jauh2 lagi..
Awal tahun lepas aku terjumpa benda tu sampai satu folder tu..
Aku bising2 kat CikLi suruh warning adik dia sebelum aku warning..
Kalau mulut aku yang tak puas hati ni cakap..
Mau makan dalam sebulan kot tak bertegur..
CikLi dah sound..
Minggu lepas aku terjumpa plak..
Ingat dah sedia maklum tak buat la..
Nasib baik mood aku ok masa tu jadi aku tak pergi sound kat dia, kat CikLi pun tak bagitau.. Eh! Bukan taknak bagitau tapi tak sempat nak bagi tau..
Lagipun aku fikir tak lama lagi ja nak duduk sekali kat umah ni..
Pasni bila Teratak Kasih RS dah siap, semua aku angkut..
Senang aku nak set lain komputer..
Aku try delete folder or file tu satu2 tapi tak leh..
Then aku tak tau nak buat camna aku hidden kan ja..
Ingatkan dah selamatkan benda tu dari anak2ku
Rupanya tidak..
Puas aku ngan CikLi godek2 komputer tu..
Tak tau nak buat camna.. pasni nak format lah kott
Tapi sementara ni CikLi tukar nama fail tu then hidden
Bila Rafiq balik ngaji tadi, aku tanya "Abg tunjuk apa kat PakTam siang tadi?"
Terus dia tunjuk... masuk D, masuk folder ini, folder itu.. tup2 "yang nii la mama.."
Aku cakap kita tak baik tengok yang tu.. dia balas.."dah tengok pun..."
Aduuhh Ya Allah selamatkanlah jiwa dan minda anak2 ku dari perkara yang tidak elok..
Apa lagi aku terus buat langkah semacam CikLi
Terus tukar tajuk folder n hidden..
Langkah sementara.. tak agak tidak selamat..
Ada yang tahu tak intaller apa yang nak digunakan untuk sekat dari buka adult punya program? Tolonglah..

Kalau betul2 makan rojak kan sedap.. tapi dah malam, orang jual rojak pun dah balik daa..

13 January 2011

Hati yang kau sakiti

Sakit mata telinga hati bila dengar "orang tu" lawan cakap pegawai. Bukan nak kata aku pro pegawai tu. Tapi aku pun dah alami benda tu.. Rasa lagi teruk la dari yang aku nampak "orang tu" lawan pegawai. Rasa macam nak menjawab tapi aku masih pegang pada janji aku. Biarpun orang yang aku lafaz janji tu blah tapi janji tu tetap janji. Tuhan lebih mengetahui. Kalau tak, dah lama aku sembur dah "orang tu".

Bukan salah ibu mengandung..
Jangan pula salahkan ayah yang memberi nafkah..
Pandang diri, nilai diri dahulu sebelum menafikan kesilapan kita..
Yang salah tu mengaku ja la.. masih ada peluang untuk perbetulkan diri andai itu kemahuan diri sendiri..
Bila menegur biarlah diam dari terus berbicara pada orang tak mampu terima kesilapan jua teguran sebab ini akan menambahkan sakit hati..
Ibarat mencurah air di daun keladi..
Diam tak bererti kita kalah..
Sabar adalah lebih baik..
Biarkan Tuhan saja yang membuka mata hatinya..

30 October 2010

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka

Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih

Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
 




Ya Allah.. 
Sungguh ku terharu dengan kurniaanMu padaku..
Mengalir airmataku tanda syukur padaMu, Ya Allah..

Ya Allah... 
Kau telah bukakan mata hatiku untuk untuk melihat juga menilai sucinya sebuah persahabatan yang terbina ikhlas atas redhaMu

Ya Allah..
Ku panjatkan syukur padaMu kerana anugerah sahabat sejati untukku
Walaupun sekejap saja kami Kau satukan, Kau temukan
MasyaAllah ikatan ukhwah yang terjalin atas redhaMu
Masih utuh hingga ke saat ni

Setiap detik kami bersama, tetap segar diingatannya..
Tapi kenapa aku tak dapat bayangan waktu dulu
Aku tak ingat sedikitpun walau berkali2 cuba
Bagaikan aku hilang ingatan
Sayangnya aku tak mampu terbias kenangan lalu
Tapi aku masih kenal dan ingat dia sahabat baik ku sewaktu dulu hingga ke saat ini.

Sahabat... 
Maafkan aku kerana menyakiti hatimu, insan yang sungguh mulia juga istimewa
Saya sayang awak..
Saya rindu awak..
Berilah saya peluang untuk kali ini..
InsyaAllah, ikatan ukhwah antara kita kekal selamanya dengan redha Tuhan Yang Esa.
Terima kasih atas kasihmu sahabatku..


Ya Allah..
Hanya padaMu tempat aku meminta dan memohon
Redhailah ikatan ukhwah yang terbina atas keranaMu
Biarlah kami saling menyayangi keranaMu
Lindungilah kami dari fitnah dan badai yang mampu memisahkan kami




20 October 2010

Pesanan Buatmu


Selamat jalan sayang..
Doaku sentiasa mengiringmu..
Semoga cepat kembali..
Aku mula merinduimu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...