Beberapa jam lalu termainkan lagu Lafaz Yang Tersimpan - UNIC yang ada kat playlist handphone. Memang tersentuh dengan bait2 lirik yang ngam dengan melodinya. Kalau nak dengar lagu ni cari kat Melodi Hati Berbisik kat bawah page ni dan ini liriknya...
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Satu hari ni sampai saat ini..
Asyik teringatkan mak..
Aku kasihan kan mak..
Dalam meniti usia emas tanpa ayah di sisi lagi
Kerana dia telah pergi dan takkan kembali
Cuma yang ada bait2 kata darinya masih segar
buat semangat meneruskan hidup bersama anak2
Semalam baru ku tahu, sekali lagi
Ujian dariNya cukup memberi tamparan hebat buat mak
Anak yg dikasih akan pergi melangkah ke alam baru
Alam bahagia bersama pasangan baru
Langkah baru itu juga disertakan hasrat
yang menjarakkan kasihnya pada cucu yang diasuh sejak dilahirkan ke dunia ini
Kasihan mak..
Dia tak pernah berlaku buruk terhadap ibunya
Tapi Tuhan mahu menduganya dengan ujian seberat ini
Telah ku nyatakan hasrat agar dia tinggal dengan ku
Suami pun setuju tapi mak kata nanti dulu
Aku tak tahu harus bagaimana
Ku serah juga bermohon agar diberikan hidayah
Semoga diringankan beban yang tertanggung..
No comments:
Post a Comment