Syukran Ya Allah..
kerana Kau permudahkan jalanku.
Setelah tiga hari, anak sulungku, Rafiq demam malam dan sakit kepala. Tiga hari jugalah dia tak pergi ke sekolah. Aku n suami risau sangat..tapi Alhamdulillah, semalam lepas ja bagi ubat n antibiotik, Rafiq nampak cergas. Tapi bila tanya samada dah ok ka? kalau ok leh la p sekolah esok. Jawapnya " Nanti sakit lagi kepala ni macam mana nak p sekolah.." Tapi dia minta belikan pistol mainan. Aku cakap, "Orang tak sihat, kalu beli mainan pun tak leh nak main lainlah kalau dah sihat. Kalau sihat nanti mama belikan."
Pagi tadi, aku malaslah nak paksa dia pergi sekolah. Kesian la plak.. tapi dalam hati aku taknak pulak dia jadi kaki ponteng sekolah atau sakit sikit tapi buat alasan jer taknak pi sekolah. Walau camna pun sebelum aku keluar pergi kerja.. aku suapkan ubat. Biar cepat sihat.
Masa tengah bersiap Rafiq minta belikan mainan tu. Aku kata " Minta maaf, mama akan beli kat Rafiq tapi bila dah betul-betul sihat dan boleh pergi sekolah macam biasa. sayanglah.. kawan-kawan lain semua dah pandai.. kalau lama sangat tak sekolah nanti macam mana nak pandai, kata nak jadi polis." aku sambung lagi " Hari takpa lah.. kan kata tak sihat, dah tak boleh pi sekolah lagi..rehat ja kat umah tapi ingat jangan keluar main kat luar.. jangan keluar rumah pun.. dok rehat jer kat dalam rumah, k." Emm tengok dia tak cakap apa-apa tapi macam dulu fikirkan sesuatu. Aku tak layan pun sebab dah nak keluar pergi kerja.
Sampai ja depan opis, baru jer park motor, tepon pun bunyi. Adik tepon bagitau Rafiq dah mandi dia cakap nak pergi sekolah. Dia takut nak hantar pergi sekolah takut Rafiq sakit kepala pulak. Aku kata takpa dah Rafiq nak pergi sekolah biarlah tapi minta tolong hantarkanlah.
Alhamdulillah, tengah hari tadi aku tepon tanya keadaan Rafiq. Dah ok. Sihat dah. Syukur padaMu, Ya Allah kerana kau telah sembuhnya. Tapi nampaknya nak kena pergi cari pistol mainan la..dah janji kan..
No comments:
Post a Comment