29 July 2011

Anak minat.. Mama pun minat

Selepas kejadian kabel TM kena curi kat area rumah.. Ni lah baru ada mood nak stori mori skit.. Biasalah.. aku bukanlah blogger tegar yang penuh dengan idea serta mood blogger yang sentiasa ada.

Hari ni last day sarapan or lunch kat opis. Pasni kalau yang uzur tu.. pandai2lah cover skit hormat org yang berpuasa kan... Selamat berpuasa buat semua.

Kali ni cuma kongsi minat anak sulungku, Rafiq (6 tahun)

Subjek yang paling dia suka kat sekolah matematik. Ada juga yang turut mama.. matematik itu mudah.. xperlu nak baca2..he3 nampak sangat masa sekolah dulu aku ni malas membaca.. he3 memang pun..

Tapi Rafiq pun dah pandai baca dan makin rajin baca tapi ikut kerelaan hati la.. he3 kalau suruh, xla disentuhnya.. Katanya lepas ni dia nak masuk peraduan membaca.. Oh! Tu pasai la rajin sangat.. xsakit tekak mama nak suruh2 ambik buku, baca..

Program tv plak sekarang ni suka sangat3..

Syoknya Sains!
Sains Comot
Anda berani? Cubalah..
Backyard Science
Semalam, sekolah Rafiq ada wat lawatan ke Taman Ular Perlis, Muzium Padi dan Pusat Sains Wilayah Utara kat Gunung Keriang, Kedah. Bila tanya Rafiq, mana satu antara 3 tempat ni yang paling best.. Rafiq pilih Pusat Sains.. Kalau boleh nak pergi lagi.. Boleh tak nanti Papa bawa pi sana lagi?!

He3 nampaknya minat pada sains mula berkembang.. 
Baguslah.. Mama pun suka ngan minat Rafiq ni..

2 comments:

Dinas Aldi said...

bagus tu, teruskan minat tu Rafiq!

Ibu Muda 30series said...

bagus kalau budak2 minat science ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...