Ini bukan kes curi tau..
Tapi pernah tak terjumpa duit?
Ingat lagi aku darjah 6..
Biasanya setiap aku n the geng lepak kat Taman Mainan yg tak jauh dari rumah, area kampung tu jugak la.. Selalu kami ronda2 ngan basikal n borak2 ja mengisi waktu lapang. Petang tu ketika tengah kayuh basikal sorang2 nak jumpa geng. Pastu ada sorang apek nek motor lalu tepi aku. Dalam hati lajunya apek ni.. Bila aku panggung kepala tengok apek tu.. tengok2 melayang keluar dari poket dia not RM50, 2 keping. Tunggu apa lagi, line clear la dah takda orang, aku ambik n belanja kawan2 makan minum.. RM100 tu.. macam anak raja la kami petang tu.. beli keropok, air tin, ais krim, coklat.. tapi xlama tu duit aku hilang berganda dari duit org yg aku ambik.. n sejak tu aku xberani dah nak ambik duit orang.
Pernah dengar tak, pesan orang tua2.
Kalau terjumpa duit, jangan ambik duit tu nanti duit hilang hilang berganda dari duit yg kita hilang. Tapi kalau nak ambik jugak.. Letaklah apa2 ganti ditempat duit yg kita jumpa. Contohnya kalau kita jumpa duit RM10, ambillah ganti ngan 10 sen or ranting kayu kat sini. Kalau tak duit kita akan hilang berganda.
Ha3 mungkin juga ada yg nak tergelak..
Leh plak ganti RM10 ngan 10 sen..
Kenapa nak ganti? Takut kat sapa?
Ya ka leh hilang duit kita berganda?
Tak baikkan caya.. benda yg tak sahih.
Kesianlah kat orang yang hilang duit tu..
Mungkin dia orang susah..
Tentu dia susah hati sekarang ni..
Kita pulak suka hati dok joli duit dia..
Teringat kejadian tahun lepas..
Aku ngan Hubby pergi Nat (bahasa org perlis yg maksudnya pasar siang)
Selepas membeli kami pun menuju kat motor, nak balik dah la.
Tiba2 makcik tu tanya, "adik.. adik.. duit adik ka jatuh tu?" sambil tunjuk ke arah RM50 yg berhampiran motor kami. Jadi, teraba2 gak la dalam poket. Kot2 memang hak kami. Tapi memang bukan jadi kata ja bukan. Makcik tu dok tanya2 lagi kat orang2 lalu depan tu.. Tiba2 seorang lelaki dengan slamber lalu terus ambil duit tu tanpa bersuara pun. Tapi dalam hati aku.. aku tak rasa dia empunya duit yg hilang tu.. korang rasa?!
Semalam aku jumpa pulak duit kat depan pintu masuk pasaraya. Tapi aku takut nak ambik. Aku cuma bagitau hubby n dia terus ambik duit tu..
Yang hairannya xda sapa pun dok lalu lalang time tu..
Aku pun mula tak puas hati dok tanya soklan macam peluru..
"Papa, duit sapa lah tu?"
"Ada nampak cam org tengah cari duit hilang tak"
"RM90 tu.. nampak macam dia baru tukar duit ja.." (RM50x1 RM10x4)
"Mesti dia tengah susah hati kan..ermm"
"Entah2 dia tu org susah..ada duit banyak ni ja"
Sekali papa kata..
"Mama ni.. leh tak stop.. adoii orang taulah nak buat apa. Bukan nak ambik tapi xnampak pun kelibat orang yang tercari2 duit hilang. Pastu kalau duit ni kat guard tu mesti lesap la..Takpa kita tolong dia wat amal ngan duit nii.."
Fuhh lega rasa..
Yang pastinya aku taknak bersuka ria di atas kesusahan org len..
Korang plak nak wat apa kalau jumpa duit camtu?
4 comments:
dulu masa kecik2 klu jumpa duit mesti rasa macam dpt duit terpijak.. tak sah klu tak ambil dan buat belanja... kononnya rezeki kita.. tp skrg ni selalu sedekahkan aje duit yg jumpa tu.. at least org yg hilang duit yg sdg bersedih tu dgn kita dpt juga pahala.. InsyaAllah..
selalu jugak jumpa duit tapi tak berani nak ambik...
Alhamdulillah tolong sedekahkan, moga2 dua2 dapat pahala...
cuma nk komen. i have... bukan i has... hehe
Post a Comment