27 January 2010

Sketsa Cinta



P : Awak.. saya nak tanya sikit boleh?
L : Awak ni.. nak tanya apa? InsyaAllah saya jawab.
P: Jawab dengan jujur ya.. takyah selindung.
L : Ok.. ok. Tanya la..
P : Awak ni ramai kawan. Kawan perempuan pun ramai. Dari dulu sebelum awak kenal saya sampai  la sekarang ni pun awak ramai kawan perempuan. Semuanya cantik, comel, gebu dan pandai bersolek dan bergaya. Anak dara lak tu.. jeles saya, wak..
L : Awak ni.. tu semua kawan jer la. Takda apa-apapun..
P : Betul ker awak? Tapi saya rasa rendah diri la. Ya lah.. siapalah saya ni.. tak cantik, kulit tak putih gebu.. tak pandai make-up dan bergaya lak tu.. siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan perempuan awak tu.
L : Hai.. ke situ pulak..? siapa kata awak tak cantik?
P : Tapi… itu yang saya rasa.
L : Awak.. Macam buah la.. Nampak cantik kat luar..
P : Contoh?! Macam buah pelam ka?
L : Ha.. camtu la.. Nampak cantik tapi makan.. masam.
P : Jadi.. saya ni macam buah apa yerk?
L : Dah la tu, awak.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya dah pilih awak.
P : Awak sure.. tak tersalah pilih?
L : Awak.. Harus diingat.. Sesuatu pilihan yang kita dah buat, itulah yang terbaik kan.. Jadi awak adalah yang terbaik itu.. luv u..
P : Terima kasih awak.. kerana sayalah pilihan itu. Semoga saya sentiasa berharap untuk kekal menjadi pilihanmu yang terbaik dan agar awak takkan merasa kesal dengan pilihanmu.

1 comment:

Sofya said...

kerana diriku telah kau pilih..
kepada dirimu setia ku kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...