30 October 2010

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka

Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih

Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
 




Ya Allah.. 
Sungguh ku terharu dengan kurniaanMu padaku..
Mengalir airmataku tanda syukur padaMu, Ya Allah..

Ya Allah... 
Kau telah bukakan mata hatiku untuk untuk melihat juga menilai sucinya sebuah persahabatan yang terbina ikhlas atas redhaMu

Ya Allah..
Ku panjatkan syukur padaMu kerana anugerah sahabat sejati untukku
Walaupun sekejap saja kami Kau satukan, Kau temukan
MasyaAllah ikatan ukhwah yang terjalin atas redhaMu
Masih utuh hingga ke saat ni

Setiap detik kami bersama, tetap segar diingatannya..
Tapi kenapa aku tak dapat bayangan waktu dulu
Aku tak ingat sedikitpun walau berkali2 cuba
Bagaikan aku hilang ingatan
Sayangnya aku tak mampu terbias kenangan lalu
Tapi aku masih kenal dan ingat dia sahabat baik ku sewaktu dulu hingga ke saat ini.

Sahabat... 
Maafkan aku kerana menyakiti hatimu, insan yang sungguh mulia juga istimewa
Saya sayang awak..
Saya rindu awak..
Berilah saya peluang untuk kali ini..
InsyaAllah, ikatan ukhwah antara kita kekal selamanya dengan redha Tuhan Yang Esa.
Terima kasih atas kasihmu sahabatku..


Ya Allah..
Hanya padaMu tempat aku meminta dan memohon
Redhailah ikatan ukhwah yang terbina atas keranaMu
Biarlah kami saling menyayangi keranaMu
Lindungilah kami dari fitnah dan badai yang mampu memisahkan kami




29 October 2010

Kenapa Abang Cintakan Sayang ek???


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

28 October 2010

Kisah Kekasih Sejati


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana

Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu



26 October 2010

Pedih menikam di hatiku


Lumrah hidup insan di dunia ini..
Di lahir dan ditempatkan di dunia fana ini..
Tidak sunyi dengan dugaan
Tidak berseri tanpa ujian

Walau setitis ujian
Walau secebis dugaan
Yakinkah kita untuk mengatasinya
Kuatkan kita untuk menepisnya

Kadang kala terasa mampu ku tempuhi
Kadang pula terasa lemah sungguh diri ini
Bagaimana mahu ku himpun kekuatan untuk menangkis semua ini
Di manakah permulaan sebuah keyakinan

Ya Allah..
Hanya padaMu ku mohon sebuah kekuatan hati
Hanya padaMu ku mohon ketenangan hati
Hanya padaMu penyejuk hatiku
 

Hargai Bila Berdua,
Sayangi Bila bersama,
Ingati Bila Terasa Sunyi.
Dan Saling Memaafkan Saat Terluka..

by Iman Al-Haya'

25 October 2010

Penat tapi berbaloi2...

Dah lama tak update blog kesayangku ini..
Banyak story yang nak ku kongsi bersama tapi kesibukan dengan memikul tugas2 harian tanpa suami di sisi (pergi kursus) membuatkan badan ni letih2 dan sakit2. Sebagai seorang isteri + ibu + anak menantu dalam sebuah rumah, memanglah suatu yang bukan mudah untuk dilakukan seorang diri tanpa bantuan insan2 lain yang prihatin. Namun alhamdulillah.. masih ada yang berhati mulia menghulur tangan membantu meringankan beban. Atas rasa tanggungjawab, walaupun adakala sesuatu itu aku sendiri tak pasti akan kemampuanku tapi semangat anak2 juga erti tanggungjawab itu sendiri membuatkan aku terpaksa menggalas sebuah keyakinan. Alhamdulillah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

~~ Rafiq dah selamat buat persembahan puppet dgn jayanya untuk Pesta Tadika Rama Perpaduan yang diadakan di Dewan Warisan semalam.
~~ Aku boleh drive keta manual.. (he3 lepas dapat lesen tak pernah pun dapat peluang bawa keta manual.)
~~ Hari ni hubby balik.. dah tamat kursus..

21 October 2010

Ku Tunggu Engkau Datang...



Teringat selalu wajah kekasihku
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Yakinkan ku tetap milikmu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...