02 June 2010

MaRaH?!


Cepat lidah

A tongue quick to speak without forethought.

Kadang-kadang apabila kita marah
- terlalu cepat lidah membela diri,
kita mengeluarkan kata-kata yang tajam.

Sometimes when we are upset
- too quick to defend ourselves without thinking,
we utter words that can hurt.

aDuH saKiTNya HaTi iNi
CaMNa NaK buaT?
NaK MaRaH..buDaK2
aNaK oRaNg LaK Tu
DaH baNyaK KaLi aKu CaKap
Tapi TaK FaHaM2
MuNgKiN jugaK buaT TaK FaHaM2
aDuH saKiTNya HaTi iNi
LaNgsuNg TaKDa REaKsi
aKu NaK buaT MaCaM MaNa NgaN buDaK ni
sERabuT KEpaLa aKu
sabaR2..
sETaKaT HaRi Ni,
aKu MasiH bOLEH sabaR
HaRap2 aKu LEH KEKaL sabaR aKu Ni
agaR DapaT ELaK sEsuaTu yaNg TaK ELOK bERLaKu

Ya Allah, bantu dan lindungilah aku dari menjadi sebahagian dari golongan IFRATH.

Golongan ifrath iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. 

Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:

* Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.

* Diam atau tidak berbicara.

* Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.

* Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

Kesimpulan Tentang Marah :-


Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah. 

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara.

01 June 2010

sEMuT KeR?!


sEMuT Ni sEjeNis sERaNgga yaNg SaNgaT RajiN
aLaNgKaH BagusNya KaLau KiTa iKuT caRa Dia BeKERja
juga HaMBa yaNg TaaT paDa pEMERiNTaHNya
sEMaNgaT BERpaSuKaN yaNg giTu

ENjiT2 sEMuT sapa saKiT NaiK aTas..
Lagu KaNaK2 yaNG FaMOus
Tapi KENapa LiRiKNya MaCaM Tu?

ENjiT2 sEMuT sapa saKiT NaiK aTas..
MuNgKiNKaH?
BiLa sEMuT gigiT..
KiTa KENa CEpaT2 LaRi..

ENjiT2 sEMuT sapa saKiT NaiK aTas..
KaLau KaT Opis Ni..
BaRu ja sEMuT Nga2 NaK gigiT
aDa yaNg DaH LaRi CaBuT TaK Tau pi MaNa

yaNg BEsT jaDi sEMuT
Tapi TaK LEH suKa2 gigiT oRaNg
Tapi Tak LEH suKa2 MELata MERaTa2
NaNTi KENa sEMBuR


Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas kumenjawab
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu kujelaskan
Kita sudah saling jatuh cinta

Kau hadir saat aku memerlukan penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada Tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandang mu
Janganlah engkau pergi dariku...


Rs : Tamally Maak..

31 May 2010

Maafkan aku kawan.. tetapi Aku Perlu Cakap

Pagi tadi semasa aku telefon HQ berkenaan dengan permohonan ke Luar Negeri.. tapi bila aku bagitau nama aku.. dia cakap TAHNIAH! Terkejut aku.. kenapa tiba2 tak pasal2 nak ucap2 tahniah plak kat aku. Katanya "tak tau lagi ker? On the way la tu.." Apa tu? Mungkin salah orang kot. Katanya dah memang kerja dia, tu yang dia tau tu. Aku minta dia tukar orang leh tak.. dia plak tanya kenapa.. Ya la takut kecoh plak opis ni nanti..

Masa aku tengah daftar surat2 masuk aku pun terbaca surat tu. Memang tak percaya tapi memang tertera nama aku kat surat tu.
Jam dah 5 lebih, ramai yang dah balik, bos panggil masuk bilik dia ambil buku daftar surat menyurat. N dia serahkan surat tu padaku beserta dengan ucapan tahniah. Tapi raut wajahnya kelat tiada segaris senyuman pun.. :(

Buat teman2ku..
Maaf ya.. tiada langsung niat di hati nak rahsia2 dari korang. Dan tak tau macam mana nak sampaikan berita ni. Tapi bila baca n3 ni, secara rasminya aku nak bagitau yang akulah penerima APC 2009. Minta maaf banyak2 ya..

Sebenarnya, ku rasa diri ini belum layak untuk  anugerah ini. Aku masih baru di sini dan aku juga masih baru dalam servis ni. Banyak lagi yang aku tak tau, banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Mungkin kali ini rezeki aku. Mungkin tahun ni milik korang. Aku juga sentiasa doa untuk korang. Terima kasih teman2 ku.. tanpa korang, siapalah aku. Jasa korang tetap ku kenang.

Teman2 ku..
Terimalah diri ini seadanya. Aku tak bersalah, aku tak tahu langsung bab ni. Aku harap korang dapat faham apa yang aku rasa di saat ini. Aku juga takut.. takut kena serang lagi ngan super senior. Macam mana aku nak hadapi? Hanya korang penguat semangat ku kat opis tu.

Kawan2.. Maafkan aku.

Setitis Airmata Dan Seulas Senyuman

Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.

Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.

Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.

Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.

Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.

Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.

Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan seulas senyuman.

Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.

Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai  segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.

Menuju samudera cinta dan keindahan – kepada Tuhan.
~ Khalil Gibran

Berbaur Rasa

Hai cepatnya.. hari ni dah isnin yer.. Walaupun 3 hari cuti tapi badan ni rasa letih sangat.. entah kenapa.. 3 hari cuti pun, macam biasa la takleh nak rehat. Biasalah perempuan kan.. suri dalam rumah.

Semalam Rafiq kena pergi peraduan mewarna kat D'Futsal, Batu Dua.. Hubby plak kena kerja, escot Raja Muda Perlis round satu negeri. Sebenarnya aku belum pernah drive kereta bawa 2 beradik tu ja. Ingat nak ajak biras2 ku tapi depa nak p sendiri. Terasa gak nak tumpang ipar2ku tapi tak dipelawa. Nak wat camna kan.. berasa la jugak hati ni.

Nak ditinggal si adik, tiada pengasuh. Aku cuma risau takut 2 beradik tu duduk main2 dalam kereta tu n aku tak leh nak fokus. Ku tunggu juga hubby kot2 habis kerja awal tapi lewat lah plak. Terpaksalah ku beranikan diri bawa anak2 ku. Rafiq kata mama meh kita baca doa naik kereta. Ya Allah lapang skit dada ni. Ada bawa slow jer.. puas gak pujuk2 ajak sembang2 ngan diorang akhirnya berjaya sampai ke destinasi juga. YES!

Kat sana, Syakir plak tak duduk diam. Nak tengok orang mai futsal yang Rafiq la nak start mewarna dah ni.. Sibaik la pihak penganjur tu cakap ikut suka nak p warna kat na pun.. Apa lagi heret si abang ajak warna kat gelanggang futsal la. Tiba2 plak adik nak warna jugak. Saja jer aku kata kat dia " Adik, ni yang abang, adik p mintak kat cikgu len.." Saja nak duga akal dia. Sekali dia terus p kat cikgu "Cikgu, nak satu!" La budak ni, p minta sungguh.. Aku pun malu2 tapi try gak minta kot2 cikgu ada extra. Ada gak habuan untuk si kecil ni. Suka sungguh dia.

Tiba2 dengar suara orang menyapa kami. Macam ku kenal sangat suara tu. Laa papa.. Sukanyer.. Tak sangka dia aku tercegat kat depan kami. Dia cakap dia memang letih tapi kesian plak kat anak. Kejayaan seorang anak memerlukan sokongan kuat dari ibubapanya. Terima kasih, papa..

Selesai acara tu, elok2 jer aku keluar dari D'futsal tu.. BAMM! Ada eksiden la.. aku tak sedar pun. Tapi kata hubby, elok2 jer aku lepas ada kereta kancil yang keluar dari simpang bertembung dengan motosikal. Yang bawa motor tu sampai terpelanting atas bonet kereta kancil tu. Yang membonceng plak jatuh n terus terduduk kat atas jalan tak leh bangun. Wah! nasibaik la aku dapat berita ni bila dah sampai umah kalau tak, ketaq juga la nak bawa budak2 ni balik umah. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Sampai umah letak barang keluar plak.. Hubby ajak teman dia makan, anak2 pun lapar. Makan kat kedai depan umah tu jer.. Papa n anak2 makan nasi goreng. Mama memang belum jamah nasi lagi tapi entah tak rasa nak makan. Mungkin letih sangat kot.. Tapi bila kena marah ngan papa, mama order gak lah k/teow goreng. Nasibaik ada anak sedara entah mai dari mana, mama bagi half kat dia.. banyak sangat.

Lepas makan kami round2 kampung.. tengok2 sawah2 padi orang..he3.. tengok tapak umah.. emm bila la nak leh pindah nii..

Malam tu nampak muka papa, letih sangat... Rafiq pun letih tapi dia tetap nak pergi ngaji.. Alhamdulillah, rajin anak mama.. sekarang dah masuk Iqra' 2 dah. Syakir plak.. macam bateri energiser.. masih aktif, tak penat pun aku tengok dia.. n puas pujuk ajak tido n macam biasa dia la orang yang last sekali tido.

Hari ni Rafiq cuti.. Kawan2 pun ramai yang cuti dalam opis ni.. Rasa aku pun camna nak balik jer.. tapi kerja banyak la.. tapi biasalah kena spend masa kat blog nii kalau tak, tension la.. Ni pun dah mula rasa sakit kepala nii.

27 May 2010

Mengapa WANITA sangat Istimewa......?

Hari ni semasa check e-mail official aku.. dapatlah satu e-mail ni satu insan yang aku sendiri tak pasti siapakah gerangannya. Tapi best gak layan e-mail ni..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
basuh....penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap jelah...tik...bunyi airdah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak...telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

Ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..." "..yelah
nak tido la ni..nak smayang jap..."

Masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

Bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..

Dgr suara papa lagi "..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

Ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyaknya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah...

ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die...la.. napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...

aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus.. setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting.. ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm..sedapnya lelapkan mata...

Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini... mohon keberkatan dari mu tuhan... papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Wanita tu hebat, kan? well, women understand women better... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...