Pagi tadi semasa aku telefon HQ berkenaan dengan permohonan ke Luar Negeri.. tapi bila aku bagitau nama aku.. dia cakap TAHNIAH! Terkejut aku.. kenapa tiba2 tak pasal2 nak ucap2 tahniah plak kat aku. Katanya "tak tau lagi ker? On the way la tu.." Apa tu? Mungkin salah orang kot. Katanya dah memang kerja dia, tu yang dia tau tu. Aku minta dia tukar orang leh tak.. dia plak tanya kenapa.. Ya la takut kecoh plak opis ni nanti..
Masa aku tengah daftar surat2 masuk aku pun terbaca surat tu. Memang tak percaya tapi memang tertera nama aku kat surat tu.
Jam dah 5 lebih, ramai yang dah balik, bos panggil masuk bilik dia ambil buku daftar surat menyurat. N dia serahkan surat tu padaku beserta dengan ucapan tahniah. Tapi raut wajahnya kelat tiada segaris senyuman pun.. :(
Buat teman2ku..
Maaf ya.. tiada langsung niat di hati nak rahsia2 dari korang. Dan tak tau macam mana nak sampaikan berita ni. Tapi bila baca n3 ni, secara rasminya aku nak bagitau yang akulah penerima APC 2009. Minta maaf banyak2 ya..
Sebenarnya, ku rasa diri ini belum layak untuk anugerah ini. Aku masih baru di sini dan aku juga masih baru dalam servis ni. Banyak lagi yang aku tak tau, banyak lagi yang perlu aku pelajari.
Mungkin kali ini rezeki aku. Mungkin tahun ni milik korang. Aku juga sentiasa doa untuk korang. Terima kasih teman2 ku.. tanpa korang, siapalah aku. Jasa korang tetap ku kenang.
Teman2 ku..
Terimalah diri ini seadanya. Aku tak bersalah, aku tak tahu langsung bab ni. Aku harap korang dapat faham apa yang aku rasa di saat ini. Aku juga takut.. takut kena serang lagi ngan super senior. Macam mana aku nak hadapi? Hanya korang penguat semangat ku kat opis tu.
Kawan2.. Maafkan aku.
No comments:
Post a Comment