08 March 2011

1st Giveaway contest Alin Marlini

Rakan maya yang perkenalkan aku pada GA contest
telah lancarkan 1st GA contestnya
Sapa lagi kalau tak lain tak buat Alin Marlini
Blogger yang makin ligat mencipta nama di alam maya ni




“Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik rindu di hati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan

Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
Moga kekal menyinar dalam keredhaan”

Bestkan lirik lagu Bidadari Hidupku – DeHearty. Special dedicated to Alin Marlini semperna ulang tahun yang ke-11 n Selamat Lahir yang ke 32. Seronok baca blog dia.. Happy family. Walaupun kenal di alam maya tapi teringin sangat nak jumpa. Nak juga jumpa blogger lain. Tapi nak ka korang jumpa.. he3

Kali ni ni nak tag... IMMA, AKU IBU MUDA, MUMMY ECHA
Good luck, k...


07 March 2011

Maafkanlah sahabatku..



Maafkanlah aku sahabat..
Sebenarnya aku tersepit di tengah2 situasi ini
Antara tanggungjawab terhadap suamiku
Juga tanggungjawab denganmu sahabatku

Maafkanlah aku sabahat..
Bukan niatku untuk memberi  harapan palsu
Tapi itu semua salahku
Tanpa mohon izinnya, aku tekad membantumu

Maafkanlah aku sahabat..
Mungkin kau dah terbayang pelangi senja
Tapi sebenarnya tiada yang menjelma hingga malam menyapa

Maafkanlah aku sahabat..
Atas ketelanjuran mengukir kata
Niat ku suci namun tak direstui
Harap kau fahami niatku ini

Sahabatku..
Aku sentiasa ingatkan mu
Aku ingin kau kembali seperti sediakala
Cukup lama kau derita
Namun hanya Doa yang dapat ku panjatkan
Buatmu insan istimewa.

Maafkanlah aku sahabat..
Aku sayang kamu sebagai sahabat
Tapi aku rasa kau juga takkan tersenyum
Andai langkahku membelakangi suamiku

Maafkanlah aku..
Sesungguhnya aku tak berdaya..


Penghuni baru Rs



Kat dapur Rs bertambah lagi barang.
En. Peti Sejuk, maaf ya... kena ketepi sikit..
Kau tu besar sangat..
Ada penghuni baru masuk ni..
Kenalkan..
Yang berbunga berbutterfly tu En,dispenser..
Dan yang tergantung tanpa cover tu.. En. R.O

Lepas ni takyah pergi umah mertua tahan air R.O dah..
Dulu beli pasang kat umah mertua..
Tapi bila dah keluar.. segan plak nak ambil..
Lagipun depa dok guna minum air hari2
Hubby kata kita beli len pasang baru..
he3 suka sangat..

Pastu water kettle yang f.o.c masa beli Tv hari tu
Dah rosak la.. Eh! bukan aku yang ganas ekk..
entah kenapa.. nak masak air pagi tu..
switch on ja plug terus bidas..
ala benda free biasa la kan..
Pastu hubby ajak p beli yang baru..
Ingatkan nak beli jug kettle yang ada hot cold tu
nak aii sekali dia angkat water dispenser la..
he3 apa lagi senyum sampai ke telinga la..

tenQ awak..

Cuba resipi dari myresipi.com

Alhamdulillah...
Dah berasa sihat sikit..
Siang tak batuk tapi malam start batuk balik bila tidur pasang kipas..
Kalau tak pasang, panas la plak.. hu3

Jadi minggu ni suka2 hati try resipi kat myresipi.com
Hari sabtu try wat Daging Masak Merah untuk lunch..
Menjadi.. sedap tau.. Rafiq leh request la lagi suruh lagi camni.. Dia suka..

Petang ni.. boring la plak rasa dok kat umah..
Buat Puding Pelangi plak..
Walaupun kurang seninya..
Tapi sedap ooo..
Pasni ni nak cuba resipi len plak..

Seronoknya bila apa yang kita cuba itu menjadi..
Bila ada yang puji lagi seronoklah..
Bukan dah kembang setalam tapi ada pembakar semangat tu..


06 March 2011

JANGAN pandang camera!!!

Tq Alin sebab rajin tag GA Contest untuk saya..
Kebetulan ada gambar yang satu ni..
Yang i like.. So sweet.. ( perasan tul kan..he3)
Lokasi kat Medan Selera Teluk Tempoyak, Penang.
Abang belanja makan ikan bakar.
Time ni tengah belajar guna tepon baru husband.
Baik punya dok fokus..
Adik plak candid..
Tapi saya suka.. 
Jadi.. kupertaruhkan gambar ni.
Sila la join GA contest ni..

Good Luck 4 me n 4 u..

04 March 2011

Gerimis

Dalam Gerimis - Visa Lirik


Rindu... semakin berakar umbi
Yang kurasai
Saat kau pergi

Hujan... bagai mengundang nestapa
Titis airnya
Bersama deru tangisanmu...

Buat kali pertama
Ku melihat (oh) airmatanya
Sejakku kenali dia
Sepinya kurasa
Disaat berduka
Inikah noktahnya
Pertemuan kita

Andai
Begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir
Bersyukur pada rahmatNya

Kasih
Berpegang pada hakikat
Waktu yang bakal menjawab
Siapa yang benar

Pasti... aku kan tetap menanti
Ku dibayangi
Seribu mimpi

Hujan... menghilang dengan langkahnya
Ku merindui
Dalam gerimis
Yang menghiris... 
-------------------------------------------------------

Ketika dalam kereta bersamamu suatu hari…
Kau kata suka dengar lagu ni..
Aku pun cuba layan lagu kesukaanmu..
Ternyata bait2 lagu itu mengimbau daku kisah kita yang dulu
Waktu tu aku tengah sedih sebab ditinggal kekasih
Sebagai kawan baikku
Kau bertanya, aku enggan membebankanmu
Jadi ku jawab “saya oklah..”
Tapi awak masih terus pujuk
Kononya awak tahu yang saya sebenarnya tak ok.
Niat awak ikhlas nak tolong tapi saya tolak
Sebab awak takperlu bersusah2 kerana saya
Sebab saya taknak awak terjerumus dalam masalah saya
Biar saya urus masalah saya sendiri
Akhirnya saya tekad putus dengan dia
Dan tak sangka persahabatan kita semakin akrab
Dari sahabat awak jadi buah hati
Dari buah hati awak tunangan saya
Dari tunang kita disatukan dengan Ijab Kabul
Walaupun awak kini bapa kepada anak kita
Saya ingin awak terus kekal menjadi sahabat saya buat selama
Awaklah segalanya..
Terima kasih awak… atas segala2nya.. 

01 March 2011

Kasut oh Kasut

Erm malunya..
mungkin ada juga yang berpengalaman memalukan sama seperti ni..


Alkisahnya.. hari isnin baru ni bersama teman2 sepejabat pergi meeting puspanita. Elok ja langkah masuk bangunan Dewan Perpustakaan Awam Negeri tu..

oppp!!! kasut sandal ku terlucut.. hu3 malunya.. tak dapat nak gerak..


Nasib baik ada kawan yang baik2 hati..
yang tolong pinjamkan selipar..
yang tolong ambilkan selipar n plastik.
kalau tak.. hu3 berkaki ayam la aku..
Kawan2...toceh3

Lepas je abis meeting tu
kebetulan kawan nak pergi ambil kasut2 order
apa lagi peluanglah..
he3 akhirnya beli gak kasut baru
he3 sudah berganti..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...