Showing posts with label Teratak Kasih RS. Show all posts
Showing posts with label Teratak Kasih RS. Show all posts

07 September 2011

1st Eid Ul Fitr

Bergambar kat umah mertua.. Kat umah sendiri xsnap plak pic penuh
Inilah kali pertama Aidilfitri pertama buat kami setelah menghuni Teratak Kasih RS. Debar sebagai tuan rumah rasanya lain sangat.. Alhamdulillah.. semuanya baik2 saja..

Lepas Hubby sembahyang raya, kami beratur bersalaman sesama kami..
Pastu tu tutup rumah kejap.. pergi beraya dgn mertua..
(xsampai lima minit pun jaraknya he3)
Depan umah mertua, umah abang ipar.. beraya kat sana jap..
Perkena nasi dulu.. then balik tunggu org mai raya kat umah..
Menu kami.. Kuey Teow Th'ng..
Hari raya ke2 dan ke3 balik Penang.. Raya ngan mak dan adik beradik lain..
Lepas mungkin jadi rutin setiap tahun la camni..

Alhamdulillah..
Ada juga tetamu yang sudi hadir..
Sampai malam tadi masih ada yang sudi jejak kaki kat Teratak Kasih RS..
Terima kasih banyak2.. gembira rasanya..

Teratak Kasih RS memang sudi terima tetamu..
Tak kisah raya ka tidak.. Jemput la datang..

Rumah kena serang..

Kisah raya lagi..
Jangan jemu tau.. raya kan 30 hari..he3

Syoknya raya..
Syok lagi bila nak balik kampung..
Ni 1st Aidilfitri ada umah sendiri..

Sebelum keluar rumah make sure semua plug di cabut kecuali plug peti sejuk la..
Pinggan, cawan, mangkuk, periuk semua make sure dah dicuci bersih..
Sia2 makan2 dibuang.. pendek kata dapur, ruang tamu mau clear la..
Kalau tak nanti busuk..errrkk
Pintu  & grill pun check banyak kali.. make sure kunci k..

Dan yang satu ni lupa plak nak masukkan dalam list..
Tapi lepas ni confirm kena check jugak..
Pastikan lubang saliran air kat bilik tu tertutup..

Alkisahnya..
Balik dari Penang raya ke-3 malam..
Pekena Nasi kandaq dulu..
Sampai Perlis pukul 1 dah..
Mata dah ngantuk.. xingat apa dah terus tido..

Esoknya bangun baru la hidung berfungsi..
Huwaaa mau nangis ooo..
Sakit hati sakit hidung sakit kepala semua ada..
Sebab satu rumah penuh ngan tahi ngan kencing tikus..
Rupa2nya lubang saliran air kat bilik tu terbuka..

Aku : Hu3 entah3 tikus tu dok pesta menari2 lagi.. kan tuan umah xda..hu3
Hubby : Ish3 otak kartun sungguh la...

Pagi tu memang jadi umah tertutup la..
Dua tiga kali gak aku mop..
Biar puas hati.. biar wangi balik umah aku..
Mujur jugak xda yang bertandang pagi tu..
Satu pagi tu asyik kemas rumah n minta oof kat hubby xnak masak..
Memang xda hati nak masak selagi umah xbersih.. erkk

Elok nak habis dah aku kemas..
SIL tepon ajak makan kat umah mertua ramai2..
Selamat.. rezeki gak kan... he3

Lepas ni kena beringatlah..
Mujurlah Cik Ti ja..
Mau Cik S kejar Cik Ti tu masuk umah..
Ish3 gerun la plak...

01 August 2011

Salam Ramadhan buat semua.. :)


Assalamualaikum..
Ramadhan kini tiba lagi..
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua..

Ramadhan kali ini berbeza sedikit bukan kami sekeluarga..
Sehingga umur 24 tahun, aku masih menyambut puasa di rumah Mak Ayah di Penang..
7 tahun di rumah mertua, Perlis.. sehinggalah ramadhan lepas..
Tapi kini ramadhan aku juga family di kediaman sendiri..
Alhamdulillah syukur pada Yang Esa atas nikmat ini..

Walaupun aku, hubby & Rafiq ja yang bersahur..
Lauk ayam goreng ngan ikan masak pindang untuk 1st day sahur..
Tapi semua itu indah sekali..
Syakir sahur gak.. Minum susu sambil mata tertutup..

Syakir baru 3 tahun 7 bulan.. boleh dimaafkanlah kalau xlarat puasa pun.
Rafiq Dah 6 tahun 1 bulan.. Dia memang nak puasa. Tahun lepas boleh setengah2 hari. Harap tahun ni dia lebih kuat walaupun malam tadi dia sakit tekak macam nak demam n penat. Harap dia xda apa2. Pagi2 dah bagitau nanti nak ayam golek..he3

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati buat aku, kamu an semua.

28 April 2011

Tak sabar nak sambut tetamu

Alamak dah takda stok n3 dah ni..

Ni hah baru sempat nak karang..
Hari ni aku sibuk skit asyik terkejar2 habiskan kerja2 yang pegawai letak atas meja. Banyak plak kerja yang datang untuk aku hari ni. Macam tau2 ja aku nak ponteng esok.

Ye lah ponteng.. Ooh.. korang baik2 mesti tak pernah monteng kerja. Aku ni memang jahat tapi bukan selalu. Aku niat nak amik cuti tapi orang tak kasi aku cuti. He3 maklumlah orang yang agak penting kat opis ni. (ayat perasan.. padahal kerani cabuk ja..)

Mak aku dah otw nak mai umah aku.. Yahoo.. seronoknya.. Adik pompuan tolong antarkan. Tolong antar jer sebab hubby dia ada kerja esok. Hu3 part ni tak best la skit.. Tapi dia dah janji nanti dia mai lain..

Malam ni adik laki ngan wife dia naik bas dr Putrajaya k 8 mlm ni nak mai umah gak.. Bestnya hati ni..

Tak sabar nak jumpa tetamu istimewa..
Kalau saya tak sempat nak jenguk kawan2 tu jangan marah or merajuk tau..

07 March 2011

Penghuni baru Rs



Kat dapur Rs bertambah lagi barang.
En. Peti Sejuk, maaf ya... kena ketepi sikit..
Kau tu besar sangat..
Ada penghuni baru masuk ni..
Kenalkan..
Yang berbunga berbutterfly tu En,dispenser..
Dan yang tergantung tanpa cover tu.. En. R.O

Lepas ni takyah pergi umah mertua tahan air R.O dah..
Dulu beli pasang kat umah mertua..
Tapi bila dah keluar.. segan plak nak ambil..
Lagipun depa dok guna minum air hari2
Hubby kata kita beli len pasang baru..
he3 suka sangat..

Pastu water kettle yang f.o.c masa beli Tv hari tu
Dah rosak la.. Eh! bukan aku yang ganas ekk..
entah kenapa.. nak masak air pagi tu..
switch on ja plug terus bidas..
ala benda free biasa la kan..
Pastu hubby ajak p beli yang baru..
Ingatkan nak beli jug kettle yang ada hot cold tu
nak aii sekali dia angkat water dispenser la..
he3 apa lagi senyum sampai ke telinga la..

tenQ awak..

14 February 2011

Ku kenalkan Teratak Kasih RS

Dah lama nak updated pasai Teratak Kasih RS buat tatapan teman2..
Memandangkan ramai yang asyik bertanyakan gambar tu..
Jadi hari ni saya try upload beberapa gambar buat tatapan semua.

Kenapa hari ni?! Sebab hot tiket dah hampir tamat.. free 24 jam internet..
Kalau nak tunggu guna streamyx kat umah tak dapat lagi la..
Semalam orang TMnet datang nak pasang streamyx kat umah..
Tapi jiran sebelah tak kasi pacak tiang telefon kat area rumah dia..
Kalau tak, dah selamat pasang dah semalam dengan caj RM150.
Jadi, nak kena tarik wayar internet tu dari jalan besar la..
Entah berapa batang tiang la nak cukup..
Caj dia plak... mesti lebih lagi.. postpone dulu la.. hu3

Oklah lupakan kejap cerita sedih tu..
Nak tayang umah baru nii..
Tapi lupa la plak nak snap rupa Teratak Kasih dari depan..
(hutang dulu la yang tu..sorry ekk)

Ni la langsir idaman.. dah jugak akhirnya..
Senyum sampai ke telinga.
Kakak Ipar yang jahitkan. Bukan jahit saja  berserta dengan upahnya.
Mula2 nak beli kain n post kat kak ipar di Batu Gajah, Perak tapi peningla nak pilih yang mana satu + dengan kos nak hantar lagi. Last2, masuk ja RM n dia urus semua. Dia mms gambar kain n kami setuju. Pastu tunggu dia balik mai pasang. Senangkan.. he3 tapi puas hati la.

Kipas, pilih warna hitam..
Yang 1st tu letak kat ruang tamu n dapur.
Yang 2nd tu letak kat setiap bilik.

Tv Toshiba Regza + Speaker + Astro + DVD Player.
Rak Tv tu macam kat Westcourt kan..
Tapi yang ni beli kat Kedai perabot Kuala Sanglang, Perlis ja
Rak yang sama tapi harga lebih murah.
I memang suka bab leh cut cost ni..He3

Sofa ni matching tak?!
Isnin 07.02.2011 baru sampai.


Inilah tempat aku berkungfu dengan periuk belanga segala.
Masih belum sempurna.
Pintu kabinet belum buat lagi.
Kalau ada lagi kemas, kan?
Bila la nak buatkan ekk.. tunggu duit kut kot..he3
Kesian dia, malu xda tutup.
Sebenarnya dah jahitkan skirt untuk dia.
Bukan aku yang jahitkanlah..
He3 nak jahit seluar koyak pun berpeluh2..
Sapa lagi kalau bukan mak mertua yang satu tu la yang tolong jahitkan. (sayang gak dia kat aku ekk..He3)
Tapi entah bila la cik hubby nak pakaikan skirt dia tu..

Alamak! Panjang plak n3 kali ni..
Gini la bila dah lama pendam nak publish ni..
Nah kau.. tak larat layan kan..
Ok la.. stop kat sini dulu ya..
Kang ada pulak yang dok uwek2

12 February 2011

Adab Masuk Rumah Baru?!

Sebagai orang melayu yang juga beragama Islam kita kaya dengan adab. Oleh kerana saya n family bakal telah berpindah ke kediaman baru, saja saya search this topic untuk panduan saya juga buat berkongsi dengan teman2 sekalian. (sebenarnya n3 ni terperap kat draft, lupa nak publish)

Selepas dok godek2 mouse, tekan2 keyboard ni.. inilah hasilnya :-

Antara amalan yg sepatutnya dan sesuai diamalkan dgn ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw apabila memasuki rumah baru, termasuklah :

LAUANGAN AZAN : Para ulama' berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat sekiranya ianya dikosongkan lebih drpd 40 hari; ada juga berpandangan sekiranya rumah itu dikosongkan lebih 15 hari. Dalam sebuah hadis; Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak penghuni.

Dlm hadis yg lain pula, Rasulullah saw bersabda yg maksudnya : "Ketika zan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri.."

MEMBACA SURAH AL_BAQARAH : Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Abu Huhairah r.a, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : "Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah Al-Baqarah."

SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN : Dlm sebuah hadis lain, Rasulullah juga menggalakkan agar memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran. Bagianda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)

BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS : Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

PAGAR RUMAH CARA ISLAM

10 February 2011

Nak tolong cat.... boleh la..


Inilah gambar anak2 ku yang rajin nak tolong mama & papa..
Gambar ni snap masa 1st day cat dinding Teratak Kasih RS. Bersungguh abang & adik nak tolong cat sampai nangis2 la bila tak kasi cat. At last, papa kasi peluang kat depa cat. Tengoklah bertapa tekunnya budak2 tu.. sampai buang2 kasut.. sampai tertonggek2 la mengecat.. Lepas cat tu.. baju + seluar tu harus dah tak leh nak pakai.. basuh pun tak keluar dah.. mana taknya penuh dengan cat. Bukan setakat baju, kaki, tangan, muka, rambut.. semua kena cat. Masa nak mandikan depa, teruklah kena sental.

Tapi papa bagi cat untuk 1st layer je ekk.. lagipun budak2 kejap je nak menyibuk pastu jemu la. Nasib baik la... kalu tak, apa jadi la entah..


12 January 2011

Cerita Semalam..

Malam tadi ingat nak update blog tapi line streamyx gelong.. kejap ok kejap k.o tambah plak mata dah kuyu2 ( menahan ngantuk). Sementara tunggu Rafiq balik mengaji, aku iron baju siap2 untuk esok sambil melayan si adik yang banyak songeh.. Aku basuh baju, dia pun sibuk nak basuh gak.. see..

Kain yang elok2 dah siap, dia kata tak elok ni kena lipat len..


Rafiq balik mengaji, aku dah siap kemas umah, basuh baju, iron baju. Malam ni dapat nasi bungkus, ada orang wat kenduri. Apalagi makan lagi dia. Campur yang ini dah 4 kali di makan nasi satu hari ni.. Takpalah.. makan jangan tak makan. Waktu ada selera, makan la.. Nanti tak selera nak makan, mama jugak yang termenung, susah hati.


Sebenarnya nak n3 kan yang ni..
Semua berlaku semalam..
Habis kerja hubby kata nak cari toilet spray kat kedai hardware. Apalagi aku ajak pergi survey untuk kabinet dapur baruku.. suker sangat..

1st tanya kedai kayu..
Tengok design biasa ja..
Guna kayu jenis nyatuh..
Bagi panjang kabinet kat dia..
Dia bagi harga RM 900..

2nd tanya kedai aluminium plak..
Pergh.. cantikk..
Ada kaca, ada polyglass n tinted..
Design lama out of dated tapi harga dia kasi sama ja ngan design baru..
Kalu diberi pilihan of course sapa2 pun akan pilih yang new design kan..
Bagitau ukuran kabinet..
Bagi dia calculate dulu..
Nak tahu ker harga dia...
Barang yang baik n cantik, harga dia pun cantik..
Jeng3 RM1700..

Ish3 kena balik pikir masak2 dulu tapi rasa hati ni macam dah tertarik dengan sesuatu jer..
Aku suka, dia pun suka... hurmm

Singgah jap kat Teratak Kasih RS..
Hari ni orang datang pasang tingkap. Ingatkan tingkap jer.. rupa2 pintu pun dah siap pasang.. cuma tinggal pintu depan jer belum lagi.. Hari ni kot datang pasang..

Hari nii plan nak p survey curtain plak..
Survey area Kangar jer dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...