Showing posts with label Cerita d dapur RS. Show all posts
Showing posts with label Cerita d dapur RS. Show all posts

07 May 2011

Pulut Asmara

Hai.. citer makan2 plak ekk
Cam biasa sapa lagi yang rajin buat kuih2 cengini kalau tak Ibu Mertua ku
Kali ni bila aku singgah umah dia
Dia tengah nak buat kuih Pulut Asmara
Tak pernah dengar ka?
Nama ni Ibu Mertua ku yang bagi
Atau nama lainnya Pulut Dakap
Sebab apa nama gitu

Pulut yang ditanak, letak atas daun pisang yang dibersihkan
Penyek2 sikit pastu tengah letak pisang yang dibelah dua

Then balut, Ikat dua2 ngan tali rapia
Then letak dalam loyang@ bekas, Kukus sampai masak
Sebab kena ikat dua2 tu kot...
Jadi orang bagi nama Pulut Dakap @ Pulut Asmara he3

07 March 2011

Cuba resipi dari myresipi.com

Alhamdulillah...
Dah berasa sihat sikit..
Siang tak batuk tapi malam start batuk balik bila tidur pasang kipas..
Kalau tak pasang, panas la plak.. hu3

Jadi minggu ni suka2 hati try resipi kat myresipi.com
Hari sabtu try wat Daging Masak Merah untuk lunch..
Menjadi.. sedap tau.. Rafiq leh request la lagi suruh lagi camni.. Dia suka..

Petang ni.. boring la plak rasa dok kat umah..
Buat Puding Pelangi plak..
Walaupun kurang seninya..
Tapi sedap ooo..
Pasni ni nak cuba resipi len plak..

Seronoknya bila apa yang kita cuba itu menjadi..
Bila ada yang puji lagi seronoklah..
Bukan dah kembang setalam tapi ada pembakar semangat tu..


23 February 2011

Masak lemak nenas

Tadi mana singgah pasaraya nak beli sabun untuk budak2 tu..
Nampak orang jual buah2 yang siap potong juga rojak..
Bukan teringin rojak la..
Baru ja makan rojak masa balik penang haritu...
Salah satu hantaran pihak lelaki buah2an beserta kuah rojak..
Apa lagi diorang proses petang kenduri tu jugak, makan ramai2.. best!


Tapi petang tadi bila tengok nenas tu, teringat mak selalu buat masak lemak time bulan puasa..  Jadi aku beli 2 potong nenas.. n siap berangan dah atas motor nak buat masak lemak.

Balik umah terus proses..
Senang ja nak buat masak lemak nenas ni
Nenas potong kecil2 + bawang merah + bawang putih + cili padi + udang kering@bilis + santan + garam + gula + asam keping
Masuk semua kacau atas api sederhana sampai mendidih
Tadaaa..

Dan lagi tapau skit untuk mertua beserta 2 ekor ikan tamban kering
he3 saja nak ambilhati orang tua...

1st menu Teratak Kasih Rs

Menu pertama yang ku masak di dapur Teratak Kasih RS..
Jeng3.. Paling simple sekali..
Bukan malas ekk.. tapi itu ja yang ada kat dapur masa tu..
Mula2 nak buat telur masak sos..
tapi sos pun tak da..
aii teruk tul kan..
jadi tukar la jadi telur masak kicap..


Untung punya suami dan anak2 yang tak kisah
tak banyak songeh
Habis licin kami makan..
Alhamdulillah itu la rezeki kami malam tu..
Esoknya baru keluar cari barang2 lain buat stok
Senang bila nak makan ada ja..

15 February 2011

Bawang oo bawang..

Kalau dulu  aku selalu gak la mengeluh
sebab tiap kali nak masak
mesti bawang habis, nak kena beli len
aku lebih suka kalau nak masak tu semua dah ada
tak payah susah2 kelam kabut nak p kedai


Dek kerana suka wat stok kat umah tu
bawang merah yang ku beli untuk masak kat Teratak Kasih RS
Bila tengok, nak masak...
eee berair camna nak buruk dah
aku letak kat luar cam sebelum ni..


dulu hari2 guna bawang
sekarang pun sama
tapi ahli dah kurang
jadi masak pun cukup2 ja


lepas ni kalau nak buat stok kena letak dalam peti sejuk la kot
atau ada cara lain ekk?!


Apa nak buat ngan bawang buruk ku itu..
nak dibuat sayang..
jadi kena la kupas semua..


Cara ini boleh la nak try...
confirm lebih cepat n tak pedihkan mata..
mudah jer..
rendam lah dulu macam ni



Jadi tak yah nangis2 lagi bila nak kupas bawang k
Ini plak gambar bawang merah yang telah ku selamatkan
berjaya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...