12 February 2011

Adab Masuk Rumah Baru?!

Sebagai orang melayu yang juga beragama Islam kita kaya dengan adab. Oleh kerana saya n family bakal telah berpindah ke kediaman baru, saja saya search this topic untuk panduan saya juga buat berkongsi dengan teman2 sekalian. (sebenarnya n3 ni terperap kat draft, lupa nak publish)

Selepas dok godek2 mouse, tekan2 keyboard ni.. inilah hasilnya :-

Antara amalan yg sepatutnya dan sesuai diamalkan dgn ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw apabila memasuki rumah baru, termasuklah :

LAUANGAN AZAN : Para ulama' berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat sekiranya ianya dikosongkan lebih drpd 40 hari; ada juga berpandangan sekiranya rumah itu dikosongkan lebih 15 hari. Dalam sebuah hadis; Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak penghuni.

Dlm hadis yg lain pula, Rasulullah saw bersabda yg maksudnya : "Ketika zan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri.."

MEMBACA SURAH AL_BAQARAH : Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Abu Huhairah r.a, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : "Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah Al-Baqarah."

SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN : Dlm sebuah hadis lain, Rasulullah juga menggalakkan agar memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran. Bagianda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)

BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS : Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

PAGAR RUMAH CARA ISLAM

11 February 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Try GA contest lagi sekali..
Jom kita try pulak..
Suka2 saja..

Meh la klik blog Tote Boutique's

Ni ha hadiahnya..

Comey kan hadiahnya..

Alamak! Lupa baca doa la...

Kisah malam tadi..
Semua dah siap2 nak tido..
Rafiq memang dah ngantuk sangat, baca doa terus tido..
Tinggal Syakir ni banyak songeh sungguh la..
Agaknya dah puas tido siang kot..
Itu yang liat sangat nak tido
Nak susu, aku bancuhkan..
Pastu bila tutup lampu pun dok asyik cakap tak abis2 lagi
Last aku gempaq dia.. tido cepat nanti jebon mai ambik adik..
Then dia kata doa tido tak baca lagi..
Macammana ntah adik lupa la...
Kena ajar dia baca doa tido sebab masih bertatih lagi..
Tak leh nak hafal penuh lagi.
Bila dah baca, orang suruh tido..
Dia cakap.. Alamak! tadi masa makan lupa nak baca doa makan la..
He3 nanti2 ja la adik baca len kalau nak makan...
Haii banyak songeh sungguh la budak kecik ni

10 February 2011

Segenggam Tabah

Wahai Sahabatku,

Kita seringkali mengeluh setiap kali dilanda masalah.
Malah kadangkala kita mempersoalkan takdir Tuhan atas musibah yang menimpa kita.
Tanpa kita sedari musibah itu bukan sekadar menyedarkan diri daripada lena
tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Jadi, tabah dan redhalah atas segala ketentuan Allah swt.

Tabahkanlah hatimu sahabatku

Nak story skit bab kawan saya ni..
Kami ditakdirkan bertemu di Kolej tahun 2000. Dia jadi roomate saya tapi ambik course len. Setahun jadi roomate, ukhwah tu kekal sampai ke hari ni.

Dia baik sangat tapi dia tak ramai kawan. Entah kenapa tapi dia memang baik. Mungkin fizikalnya yang menjarak dia dalam pergaulan dia dengan yang lain. Dia seorang yang istimewa.

Kenangan kami masih kekal dalam ingatan. Dia seorang yang jujur dan juga cukup suka berahsia. Sekarang, dia dah berkahwin tapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Beberapa minggu yang lepas, entah bagaimana dia meluahkan perasaan dia pada saya. Cukup lama dia simpan, sampai la hari tu dia sms.

Perkhabaran itu benar2 mengejutkan saya. Selama ni dia pendam tak cakap kat sapa2 kecuali husband dia. Family dia pun tak tahu. Saya orang kedua yang dia khabar berita tu. Rupa2nya kawan baikku sakit. Jantung bengkak. Setiap hari kena suntik untuk redakan bengkak. Bernafas pun sakit. Sekarang ni dia perlukan wang untuk bedah. Kos RM30,000. Dia dah kumpul, dah jual handphone, dah gadai rantai kawin tapi masih belum mencukupi. Tambah sedikit duit dariku masih lagi tak cukup RM450.

Aku cuma minta dia sabar kejap. Jangan putus asa. Ingat Allah. Insyaallah ada rezeki lebih, ada la untuknya. Semoga dipermudahkan.

Setiap hari ku mampu tanya khabarnya dari kejauhan. Setiap hari terpaksa kupujuk hati yang seakan hilang semangat untuk hidup.

Ya Allah..
Kau tabahkanlah hati sahabatku ini.
Kau permudahkanlah segala urusan buatnya.
Amin.


Nak tolong cat.... boleh la..


Inilah gambar anak2 ku yang rajin nak tolong mama & papa..
Gambar ni snap masa 1st day cat dinding Teratak Kasih RS. Bersungguh abang & adik nak tolong cat sampai nangis2 la bila tak kasi cat. At last, papa kasi peluang kat depa cat. Tengoklah bertapa tekunnya budak2 tu.. sampai buang2 kasut.. sampai tertonggek2 la mengecat.. Lepas cat tu.. baju + seluar tu harus dah tak leh nak pakai.. basuh pun tak keluar dah.. mana taknya penuh dengan cat. Bukan setakat baju, kaki, tangan, muka, rambut.. semua kena cat. Masa nak mandikan depa, teruklah kena sental.

Tapi papa bagi cat untuk 1st layer je ekk.. lagipun budak2 kejap je nak menyibuk pastu jemu la. Nasib baik la... kalu tak, apa jadi la entah..


08 February 2011

Curi2 intai..

Lama tak buat n3 baru..
Kesibukan dengan tugas2 seharian..
Tanggal 4hb Februari 2011 menjadi sejarah dalam hidup kami..
Nak tahu kenapa?
Sebab kami secara rasminya dah jadi penghuni di Teratak Kasih RS..
Masih dalam tempoh penyesuaian diri kat umah baru..
Kat sini tak banyak barang..
Yang ada pun yang asas ja..
Tengah menglengkapkan keperluan rumah sedikit demi sedikit
Astro dah pasang.. tapi streamyx tak pasang lagi..
hu3 terpaksa curi2 masa kat opis nak jengok2 blog kawan2 n buat n3 kalau sempat..
K la nt kalu dah pasang streamyx.. hope dapatlah mengganas kat blog kesayangan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...