12 February 2011

Adab Masuk Rumah Baru?!

Sebagai orang melayu yang juga beragama Islam kita kaya dengan adab. Oleh kerana saya n family bakal telah berpindah ke kediaman baru, saja saya search this topic untuk panduan saya juga buat berkongsi dengan teman2 sekalian. (sebenarnya n3 ni terperap kat draft, lupa nak publish)

Selepas dok godek2 mouse, tekan2 keyboard ni.. inilah hasilnya :-

Antara amalan yg sepatutnya dan sesuai diamalkan dgn ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw apabila memasuki rumah baru, termasuklah :

LAUANGAN AZAN : Para ulama' berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat sekiranya ianya dikosongkan lebih drpd 40 hari; ada juga berpandangan sekiranya rumah itu dikosongkan lebih 15 hari. Dalam sebuah hadis; Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak penghuni.

Dlm hadis yg lain pula, Rasulullah saw bersabda yg maksudnya : "Ketika zan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri.."

MEMBACA SURAH AL_BAQARAH : Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Abu Huhairah r.a, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : "Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah Al-Baqarah."

SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN : Dlm sebuah hadis lain, Rasulullah juga menggalakkan agar memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran. Bagianda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)

BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS : Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

PAGAR RUMAH CARA ISLAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...