10 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan


Petang ni tengok anak bulan ramadhan..
Rasanya esok dah puasa..
Ada juga la yang melepas kata2 yang tak sepatutnya hari ni
Ada juga yang melepas kata2 amarah hari ni
Macam2 la
Takpa harap esok tak sama seperti hari ini
Harap mulai esok, lebih baik dari hari2 yang lepas
Aku ada tekad
Tapi aku ada malu
Macam mana nak atasi malu pada insan?
Sepatutnya aku lebih rasa malu padaNya
Mampukah aku mengorak langkah setapak dua
Menjadi insan yang lebih baik dari hari2 yang lepas?
Semoga dipermudahkanNya
Semoga kalian jua dipermudahkanNya
Dalam menjalankan segala ibadah.
Tolong doa untukku juga dirimu
agar kita sama2 berjaya.

09 August 2010

Pecah Rekod

Mmuaahhs3 Rindunya kat sayangku " Bila Hati Berbicara". Lama tak dapat nak bersama meluah bicara. Bukan takdak apa yang nak dikongsi bersama tapi... kabel telefon kat kampungku kena curi la.. Ish3 hua3 Sedih la. Hari ni masuk opis, leh la ambik kesempatan skit meluah rasa.

Minggu ni minggu aku tak masak.
Sabtu ada kenduri kat kampung. Mak pesan takyah masak. Apa lagi, kemas2 rumah pastu pagi tu kami 4 beranak pergi makan nasi gulai ayam kat Kuala Sanglang. Petang plak pergi teman cikli main bola kat Stadium Utama Kangar. Balik pada tu terus singgah kedai makan.

Ahad plak, Rafiq ada program sekolah kat Dewan Kolej Matrukulasi, Arau. Sambutan Hari Lahir. Ramainya oang.. Tak sangka kek tu panjangnya 50m dan masuk Malaysian Book of Records.


06 August 2010

Hari ni 2 kali aku kena tegur ngan orang.
First, masa aku dalam lift dia cakap aku nampak letih dan pucat.
Second, dalam pejabat bos plak kata aku gemuk?!

?! Terfikir sekejap..
Betul ker apa yang depa2 tu cakap?
Mata silap menilai atau aku yang tak perasan ni?

10hb ni ada appointment ngan doktor
Dapatlah tau result nyer
Harap result tu bisa buat aku masih mampu tersenyum la..
Kalau berat badan naik sikit tu normal la
Tapi yang paling penting bebas dari masalah kesihatan.

Tak sabar rasanya nak tunggu result tu...

05 August 2010

Adat atau Adab?


Malam tadi hubby tak jadi pergi main badminton. Sukanya aku ngan anak2. Mana taknya jaranglah dia takda mood nak main badminton ni. Malam tadi sibuk me'repair' netbook dia tu..

Tiba2 dia nak makan nasi goreng.. Special for him, aku pun masak nasi goreng + ayam masak kunyit. Masak tak banyak tapi cukup la 2 or 3 orang makan. Mak Inson ngan Ayah Din pun join sekali.

Tengah makan sambil borak2 kosong.
Alhamdulillah.. ada rasa kemesraan terjalin semula dalam ikatan ini.
Kenapa selama ni dah tiada kemesraankah?
Bukan tak mesra tapi agak pudar. Mungkin keadaan sekeliling juga perbezaan pendapat or sikap semulajadi. Apapun ku harap diberi peluang olehNya untuk mengekalkan ikatan murni ini. Insyaallah...

Rancak berbual, timbul plak topik ni..
"Wanita yang baru kematian suami (dalam iddah) tak boleh keluar rumah. Adat atau adab?"
Biasa la kita orang melayu ni kuat pegang adat, kan? Sampai ada pepatah melayu berbunyi "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat". Tapi cuba fikirkan, kalau anak mati sapa nak ikut adat.

Berbalik pada persoalan tadi.
"Wanita yang baru kematian suami (dalam eddah) tak boleh keluar rumah. Adat atau adab?"
Aku kata ADAB la. Nak kata pandai pun tak tapi rasa2nya dalam Islam ada garis panduan mengenainya.


So hari ni, aku search juga kes ni..
Alhamdulillah.. Akhirnya dah jelas la yang Islam telah menggariskan panduan untuk kita terus menyelusuri hidup ini.

Jom singgah sini untuk penjelasan lebih lanjut ...





04 August 2010

Augustus kini tiba..

Cepat sungguh masa berlalu..
Sekarang ni dah masuk bulan Ogos dan tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Semalam bawa Syakir ke Hospital, apalagi appointment ngan Unit Ortopedik la.
Lama betul dok kat situ. Pukul 11 baru panggil nama untuk buat x-ray.
Tapi Alhamdulillah, result x-ray tu menunjukkan ada perkembangan pada tulang Syakir yang crack tu. Tulang tu dah bercantum tapi nampak timbul skit la. Ada pun dah discharge la.
Takpayah wat rawatan susulan lagi..

Syakir sekarang dah banyak akal + aktif tersangat
Kalau nak minum susu mesti nak suruh tambah milo.
Last2 best susu perisa coklat la..
Kalau main ngan abang pasti nak menang.
Macam semalam main lawan2 ala ultraman.
Sekali dia flying kick kena betul2 kat mulut abang dia.
Berdarah2.. cuak gak tengok..
Rupanya 2 batang gigi bawah yang beberapa hari selepas Rafiq bagitau kata macam jongkang-jongkit tu dah nak tercabut.
Aku ambil towel lap, ambik ketul ais tuamkan tapi darah masih banyak..
Last panggil papa dia..
Apa lagi papa dia cabut 2 batang gigi tu.

Rafiq plak ingat dah tercabut 2 batang gigi tu takutlah nak makan..
Ish! Takdalah.. Lagi kuat makan..
Baru ja makan kteow goreng sebungkus tup2 nak rasa kteow sup pastu nak makan nasi plak.
Haish kurus semangat aku tengok dia makan, berselera sungguh.

Satu yang penting dalam RS Family kini sudah bermula..
Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu.
<3 <3 <3

02 August 2010


Ketawa dalam duka,
Senyum dalam tangisan...
Maknanya cuba gembirakan hati orang lain,
Orang yang kita tau dia sayangkan kita,
Mungkin juga kita taknak berkongsi kisah hidup kita dengannya.
Sebab ini juga timbul ayat,
"Hati menangis siapa tahu..."

Tapi agak pelik bunyinya
Agak janggal lakunya
Mungkin ini terjadi?

Di saat hati kita riang gembira
Tapi bibir tak mampu mengukir walau secebis senyuman
Selalu menggambarkan luka lara bergelodah di jiwa..
Kenapa tidak ingin berkongsi bahagia
Bersama orang lain

Entahlah.. sehingga hari ini,
Belum ketemui orang sebegini
Yang rela menangis di hadapan orang
Tapi yang sebenar2nya hati sedang melonjak riang


Rs: Ingin ku kongsi rasa bahagia bersamamu jua anak2 kita.. Semoga kau sudi setia bersamaku.

Sakit Kepala plak

Aduh.. Sakit kepala mula menyerang!!
Semalam, k 12 tengah hari baru masak. Tu pun yang simple jer. Telor goreng kicap + ayam masak kunyit jer..

Lepas bagi anak2 makan, sambung letak kepala kejap. Si adik pun tertidur kat tepi. Si abang ajak teman main games kat pc. Sori la mama teman ja, mama sakit kepala..
Mujurlah papa balik, dia la yang tolong tengok anak2 pastu. Mama yang dah mabuk ubat ni tidur la tapi kepala ni ngap2 macam ada benda dok gigit ja dalam kepala ni..

Bila kepala sakit, badan pun rasa lemah jer..
Malas nak wat kerja tapi kena wat gak..
Kalau tak buat sapa nak tolong..
Kena gagahkan diri gak wat pelan2.
Akhirnya siap jua walaupun macam siput ja..

Lemas la ngat sakit kepala ni...?
Camna nak hilangkan, yer?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...