07 May 2010

Exercise ler..

Aku ni memang jenis payah nak berpeluh. Kurang exercise sama.. Tapi kalu time rajin nak jogging tu pun habis pusing satu denai, peluh nii baru keluar setitik dua. Kalau orang len ni, ada yang dah leh perah baju tu.. basah peluh.

Tapi memang dah lama aku tak jogging or men badminton. Entah la.. teringin jugak tapi masa tak mengizinkan. Banyak tugas menanti di rumah selepas waktu kerja. Lagipun badan aku cepat letih akhir2 ni.. 

Tapi hari ni...
Wah! Pagi2 lagi aku kena exercise.. Peluh berjerau2.. Penat siut tu.. sakit tangan ngan kaki aku.. motor kesayangan wat hal lak plak.. terpaksa aku tolak wave s merah tu sejauh 1 km untuk suatu pertolongan. Nasib baik la ada yang baik hati menolong walau pagi masih awal. toce2..

Jadi terpaksa masuk opis lambat hari. Dalam perjalanan nak ke opis.. alamak! Tetiba ja si jebon lintas. Jebon? Apa tu? tak pernah tengok or kenal jebon? Entah la dulu aku pun tak kenal.. ingatkan jebon tu gibbon tapi bukan rupanya. Kenal jebon pun sebab mai dok perlis nii la.. kat sini banyak jebon tak da tupai. Jebon tu macam tupai lah tapi tak leh lompat2 cam tupai. Ya ka? Entahlah.. tapi bila mertua n hubby tunjuk jebon 1st time tu memang mati aku ingat tupai rupanya jebon..

Ni tupai, kenal kan?

Ni la Jebon


Ni plak chipmunks, paling famous ni

06 May 2010

Entah kenapa hati aku rasa panas jer..
ada sakit di hati..
juga secubik iri yang meresap dalam hati..
Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan untuk menangkis dugaan ini..
aku tak suka masam muka..
aku tak tambah derita..
tapi telinga yang mendengar
membuatkan hati terus berbicara..
Mungkin kepala aku akan kembali sakit lagi

Kenapa harus ada kata2 yang menikam jiwa
Kenapa harus ada kata2 yang menimbul sangsi di dada

Rs: Sayang.. Hiburkanlah hatiku.. Nak balik gak la..

05 May 2010

L.O.V.E
















 
L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you


Rs : I Love You More.


04 May 2010

Sakit Kepala Pulak


Adoii la...
Sakit kepala pulak ni..
Tadi dok elok..
Hai.. tiba2 ja sakit kepala plak..
Dua tiga menjak ni..
Aku asyik sakit kepala ja..
Rasa nak hantuk2 kat dinding..
Isk mana boleh..
Kalu kena panadol ni mau
Aku pengsan plak sampai pagi esok
He3 mabuk ubat
Takpa leh tahan lagi nii
Try pekena 100plus tengok
Kot mau lega..
He3 ada orang petua bagi pulih tenaga
He3 bunyi2 orang penakut makan ubat ja

Rs : Tolong kami.. Bantu kami.. Sakit Kepala Datang lagi..

03 May 2010

UJIAN



Tak sampai sebulan ja lagi aku kena mengahadapi exam KPSL. Ni lah 1st time aku nak ambik exam ni selama servis aku ni. Banyak yang aku dengar susah nak lulus exam ni. Eee takutlah.. Camna nak jawap ni? Soalan yang nak keluar tu alahai.. camna lah rupanya. Memandangkan ni 1st time, so rasa2 cam pi tengok soalan jer la dulu..he3. Malu juga kalau kena perli ngan kawan2 kalau tak lulus. Takpalah eden torai dulu lah, yerk.. he3

Nanti bulan 6, aku kena buat ujian darah buat kali kedua untuk test ' High Cholesterol'. Yang ni aku memang harap sangat2lah aku bebas dari HC. HC ni tak kira saiz badan kita tapi kira kuantiti kolestrol dalam badan kita.. Bahaya tau! Kata orang HC ni lebih dasyat dari 'Heart Attack'. HC ni tak dak bagi signal dah.. Tak tentulah bila2 masa pun boleh dipanggil Ilahi.

Sebenarnya hidup kita ini tak pernah lekang dari ujian @ dugaan dariNya. Kadang kita diuji dengan  rasa sakit, perit, miskin, susah.. Jadi kita sujud memohon dan mengharap pertolongan dan dipermudahkan olehNya. Tapi jangan kita lupa..kesenangan, kemewahan, kesihatan juga ujian dariNya. Ujian inilah yang paling sukar dihadapi kerana kebanyakan kita leka menikmati kurniaanNya hinggakan lupa untuk sujud syukur padaNya.

 Rs : Usaha + Doa + Tawakal = Berjaya > Syukur.


02 May 2010

Like A Princess


Syoknya hidup..
Bagaikan puteri kisah khayalan..
Bangun, xkisah k berapa pun..
Xyah kisah bab baju..
Sbb ada org akan kutip basuh, jemur, angkat lipat..
Xyah fikir bab makan..
Cukup time confirm leh makan..
N nasib la org len kalu xsempat mkn..
Janji perut aku kenyang..
Pinggan cawan xyah susah2 nak basuh..
Periuk?! Lagi la sori beb..
Xyah susah2 nak pegang penyapu..
Coz rumah sentiasa clean n clear..
Ikut suka2 nak pi mana2 pun..
Xda sapa yang tegur..

Tapi syukur aku tak macam tu..
Kalau tidak..
Mesti badan aku besar tong..
Jenuh pulak kena makan ubat kurus, jogging, senamrobik..
Ya lah nak bagi slim..
Tentu aku tak reti masak..
Tentu aku xpandai wat kerja rumah..
Kalu sapa2 xda  nak tolong..
Mesti rumah aku macam tongkang pecah..
Ni semua boleh kasi laki blah..
Sibaik aku tak macam tu..
Syukur sangat2.
Biarlah jadi cam cinderella pun..
Semua ini mendisplinkan aku..
Bila dah ada rumah sendiri
Insyaallah..
aku akan praktikkan semua ini.


Rs : Syurkur padaNya kerana aku masih ada kamu dan anak2.

Aku Yang Bernama Suri


 

Hari pertama ku dalam bulan Mei 2010..
** mengajar aku erti tanggungjawab.
** menguji kesabaran dan keikhlasan ku.
** mengenal erti penat dan letih.

Ku terima cabaran ini dengan hati yang terbuka dengan fikiran yang positif. Ya, Hari ini aku masih mampu melalui semua itu dengan agak tenang dan sabar. Aku pasti juga yakin dengan pengorbanan ku ini. Dengan inzinNya, aku akan kecap nikmat kebahagiaan dalam hidupku.

Tiada yang lebih bermakna dan manis buatku selain menggembirakan suami dan anak2 ku. Keselesaan dan makan minum yang terjaga menjadi tanggungjawab ku. Alhamdulillah, aku masih diberi kudrat olehNya untuk ku lakukan semua ini.

Semoga aku akan terus tabah untuk terus mejadi suri di rumah ini. Cabaran dan dugaan seringkali mengganggu emosi tetapi akal yang waras mampu menepis anasir yang menerpa. Insyaallah..

Rs: Kau dan anak2 adalah kekuatan ku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...