03 May 2010

UJIAN



Tak sampai sebulan ja lagi aku kena mengahadapi exam KPSL. Ni lah 1st time aku nak ambik exam ni selama servis aku ni. Banyak yang aku dengar susah nak lulus exam ni. Eee takutlah.. Camna nak jawap ni? Soalan yang nak keluar tu alahai.. camna lah rupanya. Memandangkan ni 1st time, so rasa2 cam pi tengok soalan jer la dulu..he3. Malu juga kalau kena perli ngan kawan2 kalau tak lulus. Takpalah eden torai dulu lah, yerk.. he3

Nanti bulan 6, aku kena buat ujian darah buat kali kedua untuk test ' High Cholesterol'. Yang ni aku memang harap sangat2lah aku bebas dari HC. HC ni tak kira saiz badan kita tapi kira kuantiti kolestrol dalam badan kita.. Bahaya tau! Kata orang HC ni lebih dasyat dari 'Heart Attack'. HC ni tak dak bagi signal dah.. Tak tentulah bila2 masa pun boleh dipanggil Ilahi.

Sebenarnya hidup kita ini tak pernah lekang dari ujian @ dugaan dariNya. Kadang kita diuji dengan  rasa sakit, perit, miskin, susah.. Jadi kita sujud memohon dan mengharap pertolongan dan dipermudahkan olehNya. Tapi jangan kita lupa..kesenangan, kemewahan, kesihatan juga ujian dariNya. Ujian inilah yang paling sukar dihadapi kerana kebanyakan kita leka menikmati kurniaanNya hinggakan lupa untuk sujud syukur padaNya.

 Rs : Usaha + Doa + Tawakal = Berjaya > Syukur.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...