Bila baca berita metro hari ni 'Saya cari ibu', teringat aku peristiwa sebulan lepas....
Hari jumaat lebih kurang 8 malam..
Kami pergi pasar malam.
Oleh kerana parking xda walau dah banyak kali pusing..
Papa n Syakir tinggal kat kereta.
Mama n Rafiq turun beli makan..
Beli nasi bungkus.. mood malas masak malam tu..
Pastu Rafiq ajak jalan ke depan lagi..
Katanya nak tengok2 mainan ja bukan nak beli pun..
Hujan mula turun renai2.. Sampai la kat org jual mainan banyak tu dia cakap, "Mama, sat abg nak tengok mainan ni.." xpalah.. aku jawab.. pastu aku pusing belakang ada orang jual sosej/bebola.. stall jual sosej/bebola tu memang betul2 bertentangan dengan stall mainan tu.. Aku bagitau Rafiq nak beli sosej..
Lepas beli aku pusing belakang.. Rafiq dah xda.. cuak memang cuak.. mana dia pergi ke depan lagi ka ke belakang ni.. berderau darah Tuhan ja yang tahu.. Rasa lemah dah lutut macam nak jatuh.. Tapi aku takleh lemah.. Ya Allah kuatkanlah hati aku.. Selamatkan anakku Ya Allah.. Jangan ada orang ambik dia..
Hujan pulak makin lebat ni.. Hati makin tak tentu arah.. aku berlari cari ke depan.. pastu lari patah balik.. anak orang pun dah aku nampak macam anak aku dah.. Ya Allah.. Tolonglah..
Satu pasar malam aku cari takda.. Jadi aku terus meluru ke kereta dengan harapan Papa leh tolong cari.. Sampai ja kat kereta.. Papa kata Rafiq dah ada kat belakang tu..
Ya Allah syukur... aku tengok Rafiq teresak2 menangis.. Papa cakap jangan tanya apa2 lagi biar dia cool dulu.. aku peluk dakap Rafiq.. Ya Allah tak sanggupnya aku hilang anak.. Syukur kau kembalikan dia pada kami dengan selamat..
Selepas2 tu Rafiq cerita..
Katanya bila dia pusing belakang dia tak nampak aku..
Dia pun xdengar aku cakap nak pergi beli sosej..
Mungkin tengah excited tengok mainan kot..
Rafiq cari mama.. Rafiq tengok orang tu pakai baju macam mama tapi bukan mama..
Pastu Rafiq jalan sampai situ.. tunggu situ..
Pastu abang jual air tu tanya nak pi mana..
Rafiq tunjuk kereta papa.. dia tolong hantar Rafiq lintas jalan..
Syakir plak tanya, "awat mama tinggal abang...?"
Ish.. takkanlah mama nak tinggal abang..
Lain kali pegang tangan mama k..
Walaupun 10 minit ja aku kehilangan anak..
Teringat bagaimanalah perasaan Ibubapa yang anaknya hilang tak jumpa2..
Perasaan tu hanya Dia yang tahu..
Syukur atas peringatNya pada kami..
Supaya lebih waspada di lain masa dan ketika..
8 comments:
Ya Allah... takunnya kalau perkara mcm tu terjadi..nasib baik tak jadi apa2
salam sofya.tu la mmg xdpt bygkn kluarga yg kehilangan anak..diculik/dibunuh.Kita yg xnampak kelibat anak pon dah brdebar & gelabah.
saya anak sendiri takde kak tapi sy penah hilang anak buah sy kat shopping mall..dia punya perasaan tak dapat nak digambarkan..mujur laa dia tak ilang..cuma sy tak nampak..hehe
Regards,
-Strider-
Alhamdulillah, Rafiq tak apa2.. akak pun pernah ada pengalaman yg sama.. mmg menakutkan dan mendebarkan.. sampaikan nak ingat semula pun rasa tak sanggup.. minta dijauhkan dari berulang lagi.. takut sgt2..
Hilang duit boleh cari, hilang anak...x tau nk gambarkan rasa. Yg pernah rasa sj tau mcmana..
Sy klu pi pasar malam mmg pegang tgn x lepas tp jrg pun pi, sesak. Klu pi mall, 3-3 bubuh dlm troley..ada 2 troley, 1 buh anak 1 buh brg hehe
Allahu akbar..takutnya..Alhamdulillah tak ke mana dia, jumpa balik.
Alhamdulillah nasib baik rafiq tak hilang. Mesti dia pun takut kan time tu, sian dia. Benda camni laa yang mama risau tiap tiap kali bawak si kembar kluar mana mana pun. Tambah plak coz diorang tak pandai cakap lagi, kalau hilang/terlepas cam rafiq tu, diorang nak mintak tolong kat sapa sapa pun blum pandai. Tu yg kalau kitorang kluar, samada si kembar dok dlm stroller, troli or pakaikan beg yg ada tali ikat tu, biarlah org nak kata nampak kejam, tp at least slamat skit. Risau kan...
alahiiii panic punya situasi...nasib takde apa2 yang buruk berlaku. jadi peringatan untuk diri saya jugak nih untuk masa akan datang
Post a Comment