Rafiq, anak sulungku biasanya penuh semangat nak ke sekolah..
Tapi malam ni tiba2 ja dia bersuara taknak pergi sekolah esok..
Erm kenapa plak?!
Rupanya bergaduh ngan sepupu juga teman sekolahnya, Aiman.
Ada 2 biji bola yg cikgu minta tolong Rafiq isikan angin, esok bawa semula ke sekolah. Rafiq dengan senang hati nak tolong cikgu. Semasa Hubby nak ambik dia ngan adik dari rumah ibu mertuaku (Aiman pun tinggal sekali kat situ), tiba2 ibu mertuaku dah terpekik terlolong minta tolong. Ingatkan apa.. rupanya Aiman & Rafiq dok main tarik2 beg plastik hitam yg berisi 2 biji bola yg siap diisi angin. Masing2 taknak mengalah.. Last hubby marah n bagi kat Aiman sebiji. Rafiq balik umah dengan tangisan tak henti. Mungkin geram agaknya, dia yang ambil 2 bola dari cikgu, mestilah nak bagi balik kat cikgu 2 biji gak. Mungkin juga dia pk apa nak jawab ngan cikgu bila dia hanya bawa 1 ja bola. Terus ja dia cakap dia taknak p sekolah...
Hubby dah out dah takleh nak pujuk2.. Dia plak naik temper..
Budak2 gaduh biarkanlah.. nanti2 ok balik..
Kita cuba hentikan kalau nampak keadaan makin teruk..
Jangan pulak mak bapak masuk campur gaduh sekali..
Nak pulak sedara sendiri.. Hah! Kes ni jadi meleret2 la..
Ada kes, anak2 elok main balik.. siap kongsi makan..
Yang mak bapak plak sampai haramkan pijak tanah.
Jadi aku cuba pujuk sedaya mungkin..
Bukan apa risau la bila anak mula pk taknak pergi sekolah..
Sedangkan kita nak mereka jadi budak yang berilmu, bercita2 supaya nanti jadi insan yang cemerlang.
Alhamdulillah aku berjaya untuk pujuk dia malam ni..
Jenuh jugak la nak explain a-z..
Tapi aku mampu menarik nafaz lega..:)
6 comments:
lucu btol kanak-kanak ni kan sis...macam2 ragam..so, esok dia jd la pergi sekolah?hehehe
Budak2 mmg camni SOfya..pantang ada benda tak kena mesti buat perangai...
biasalah budak2.. klu dia tahu barang tu dia punya, mmg susah org lain nak dapat.. kita org tua ni pun patutnya tak perlu masuk campur.. sbb takut perkara kecil jd besar kan.. baguslah sofya dapat pujuk dia dgn baik..
mmg biasa budak gaduh2..sekejap je dah baik semula...tapi kita yg org tua tak payah masuk campur.. takut lain pula jadinya nanti
mendidik anak mmg pernuh kesabaran y tinggi kan... budak2.. pemikirannya x sama mcm pemikiran kita.. mungkin dia takut ke skolah, sbb bola tu hanya tinggal 1 jer.. hrp2... rafiq dah ok :-)
najihah : alhamdulillah dah mau p sekolah.
Alin : budak2 kan tak pandai nak sembunyi perasaan...
Hanis : alhamdulillah berjaya pujuk dia kali ni.
Munna : kalau org tua masuk campur, perang la jawapnya
Diana : syukur andai itu tandanya dia dah belajar erti tanggungjawab.
Lya : tq. Rafiq dah ok.
Post a Comment