16 May 2011

Selamat Hari Guru

Terlewat plak nak wish Selamat Hari Guru buat semua guru kat Malaysia.

Guru..
Beratnya galas tanggungjawabmu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang tak kira dari apa juga bidang.
Terima kasih Cikgu.. kerana tanpamu siapalah aku di waktu ini.

Yang tolong tunjuk ajar blog pun Cikgu gak kan..
Toceh3..

Dalam kul 8 lebih tadi..
Aku ada tanya Rafiq,
"Rafiq tak ucap Selamat Hari Guru ka kat Cikgu?!"
"Mama tak beli pun hadiah kat cikgu.."
Aik?! Aku pulak yang salah..
"Cikgu kata sapa tak bagi hadiah kat cikgu.. dia tak sayang cikgu la.."
"Ish! Bagitau la cikgu.. sayang tu tak semestinya kena bagi hadiah.."
Dia diam ja..

Budak2 zaman sekarang..
Mesti dah wajib nak kasi present kat cikgu..
Kalau tak bagi, rasa terpinggir plak..
Sebab kawan2 semua bagi..
Nak bagi plak yang mahal2..
Ish! Takda dia terpikir pun mak ayah ada tak duit..
Yang penting hadiah untuk cikgu.

Cikgu sekarang pun best kan..
Macam2 hadiah tiap2 tahun dari anak murid
Rasa2 ada tak cikgu yang tak dapat hadiah langsung?
Rasanya takda kot...

Waktu dulu..
Aku pun tak pernah bagi hadiah kat cikgu (yang kena beli)
Sebab kita bukan orang senang..
Dulu buat kad ucapan ngan kad manila
Deko sendiri.. konon habis cantiklah..
Itu pun best bila lihat cikgu tersenyum hepi

Aku percaya..
Cikgu Rafiq juga cikgu2 lain
Tak pernah terlintas (angan2) nak hadiah dari anak murid
Ada ka cikgu lawan sapa dapat hadiah paling banyak or paling sempoi?!
Tak pernah dengar lagi
Dan aku rasa takda la camtu..
Cikgu ikhlas menabur ilmu
Kata2 seperti cikgu Rafiq tu hanya gurauan kasih semata2..

Teruskan perjuangan mu..
Happy Teacher's Day

3 comments:

munna said...

teringat sambutah hari guru masa munna sekolah rendah dulu... berbeza dah sekarang ini

anakcikgu said...

mama saya pun seorang guru....tiap-tiap tahun dia dpt hadiah pmberian murid2...hadiah2 tu akan d ltkkan ke dlm almari....tp tahun ni ada antara hadiah tu xsempat nk disimpan(ada jgk yang blm sempat d buka bungkusannya)sbb cucu kesayangan telah rosakkan hadiah2 tersebut....(mklum la cucu sulung kesayangan)

p/s: mama,sori....terima kasih kerana mama la cikgu terbaik d dunia....u light up my life...LoVE U 4 EVER....

Sofya said...

Munna : Lain kan dulu & skrg

Diana : janji ikhlas kan..

AnakCikgu : Ha3 cucu cikgu tolong bukakan.. he3 sweet apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...