08 April 2011

Apa...?! Pregnant..?!

Makin hari makin banyak plak soklan cepusmas ni
Nak kata sesak dengan soklan2 tu tak la cuma rimas sikit

Tok : Bila lagi nak tambah ni, kalau orang dulu2 dah boleh dah ni.
Mak sedara : Hang bila lagi? Waktu muda ni beranak la cepat2.
Mak : Ish! Takkan 2 ja kot..
Kawan : Kak ya bila lagi..?
Kawan lama : Aku doakan hang cepat2 boleh baby girl plak.
Aduh.. macam2 lagi la..

Kadang2 aku senyum ja, tak tau dah nak jawab apa

Sebenarnya bukan aku tak nak pregnant lagi
Aku tahu anak tu rezeki
Tapi aku tak lupa anak juga amanah buat ibubapa
Kalau nak ikut nak beranak, tiap2 tahun pun boleh
Tapi kena juga fikir kemampuan dari segala segi
Kestabilan ekonomi keluarga, kasih sayang yang sama rata, ilmu didikan untuk membentuk anak2 menjadi manusia yang berguna
Kalau banyak kuantiti tapi takda kualiti, tak guna jugak.. betul tak?!

Kadang2 seronok tengok orang bawa perut, bawa baby kecik (time hati senang la)
Kadang2 aku rimas dgn kerenah budak kecik (malas nak layan bila time sibuk n letih)

Semalam aku terima berita baik, seorang rakan sepejabat disahkan pregnant. Alhamdulillah akhirnya makbul jugak hajat nak pregnant lagi. Lagipun anak sulung dia dah masuk 5 tahun.

Aku plak anak sulung 6 tahun dan anak kedua 4 tahun baru... dua2 anak laki. Jadi kat umah tu 3 hero + aku heroin tunggal la. Teringin gak nak ambik heroin lagi. Tapi itu hanya impian kita tak tau la nak dapat ke tidak, itu urusan Illahi.

Semalam dah sembang2 ngan Cik Abang..
Nampaknya lambat lagi la sebab banyak checklist belum settle.
Checklist ni ha... (setakat hari ni la..)

/     Ada umah sendiri

x     syakir belum genap 4 tahun ( 14.12.2011 baru cukup)

x     loan pinjaman pelajaran kena settle (insyallah kalau rajin bayar habis la tahun ni)

x      loan kereta kena settle ( kereta 2nd tu rafiq darjah 2 baru abis)

x     mampu bayar upah mengasuh baby (xnak menyusahkan orang tua dah)



6 comments:

munna said...

betul tu sofya... mmg beranak bagi yg mudah dapat anak ni bila2 je boleh .. tapi kena juga pikir dari segi kemampuan kita untuk menambah bilangan ahli keluarga... munna pun dah ada 2 girls klu dpt baby boy cukuplah agaknya...

Puan Kutu said...

emmsy pun org selalu tnya soklan bila nk tmbh..mmg teringin..tp tula byk jugak checklist.hehe..

Sofya said...

munna dah ada 2 girl nak boy.. terbalik lak kita yerk..

Sofya said...

Emmsy : he3 banyak checklist juga.. eloklah kan plan yg terbaik untuk family kan..

LilyGrynn said...

Saya dah hebohkan satu kampung yang mungkin rezeki saya cuma ada satu anak aje. Yalah, bukan senang nak jaga anak sekarang ni. Mcm2 mara bahaya yg kena difikirkan. Lagipun faktor usia nak kena fikir gak (Eh, eh, ngaku tua lah pulak!) Tetiba dah canang satu dunia takda baby lagi, hah amik! Tuhan nak bagi rezeki....Insyaallah, 11.11.11 ni dptlah baby lagi!

Sofya said...

LilyGrynn.. he3 rezeki dari Tuhan.. Kita hanya merancangkan.. tapi duedate tu cantik la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...