21 April 2011

Suka kena ngorat..?!

Masa zaman sekolah ku :
Jeles plak kat kawan2. Ramai yg minat kat depa.. Jalan ja.. banyak laki2 buat bunyi2 tikus.. usik2 la.. ada gak sampai couple. Masa tu takda sorang pun laki suka kat aku. Mungkin masa tu aku belum cukup sifat perempuan kot..(belum baligh) Ada gak kawan laki kat tempat tuisyen cakap kat aku, "hg tgk Ita tu..pergh! cantik kan badan dia.. camni.."(sambil gaya tangan) Aku tengok biasa ja.. terus dia kata "hg ni apa la.. xreti. Erm tgk badan hg pun flat ja.." (ceh kutuk aku tuh)

Masa zaman kolej ku :
Ramai gak couple. Aku xda berkenan kat sapa2. Tapi aku sakat seorang budak laki Pengajian Islam. Leh jumpa pun sebab sama kelas Bahasa Inggeris. Malu sangat sampai nak tengok org pun susah nak cakap pun susah. Aku sakat bukan tersuka kat dia yerk. Cuma sebab rasa payah tu nak kerjasama dlm 1 kumpulan.

Masa berjinak2 dgn alam pekerjaan :
Ada abg tu terlanggar pintu lif gara2 tgk aku. Terus dgn ayat cover dia terpancul dari mulut.. " Eh! Ingat adik angkat saya.. muka sama la..He3" Aku tak cakap apa2, senyum ja. Masa ni dah start tak suka kena ngorat tambah2 org yg dok lepak2 kat tepi jalan ka, stall burger ka tmpt tunggu bas ka.. Rimas la.. Bukan perasan lawa.. Saya ni tak elok pun.. tapi saya xsuka org ganggu. Tapi dah jodoh, saya kawin gak.. tapi saya memang tak layan org ngorat bunyi2 tikus tu.. ingat saya ni apa?!

Masa dah jadi bini orang :
Waktu bujang aku tak suka kena ngorat tambahlah sekarang ni. Pintu hatiku telah tertutup kerana dalam hatiku cuma ada kamu.. eceh.. ayat jiwang plak. Tapi ada gak yang nak ngorat.. ish! Takkan tak kenal kot.. Rimas n lawak la.. "Akak ni dah ada laki, anak pun dah dua dik oii.."

Peliklah zaman skrg..
Dah tak kira bini orang ka laki orang ka..
Tapi bukan semua la peel gitu..
Yang penting, bini org kena ingat status n maruah diri
Yang laki org tu, yang ada satu tu dah cukupkah tunai tanggungjawab.. Kalau satu pun tak penuh jgn berangan nak tambah yer..
Si dara juga teruna.. fikirlah masak2.. Jgn asyik nak seronok.. kahwin tu bukan macam main pondok2, bukan macam main playstation k..

3 comments:

LYAfrina said...

hehehhee..

best bila imbau memori lama.. tersenyum bia teringat..

sama la,, skarang dh jd bini org pon ada gak y mgatai.. tp nsb baik lya ni mmg jns x rpt dgn lelaki & mmg xsuka melayan..

munna said...

skrg ni dah jadi bini org pun ramai yg menggatal dgn org lelaki lain...katanya suka2 je... apa kes..

Sofya said...

Lya : nak macam anak dara kot... he3

Munna : spesis g2 saja cari masalah.. peliknya tak sayang laki ka?! ermm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...