Buat rose --{@ ibuRafiq @}-- , ibu2 mengandung, bakal2 ibu mengandung, bakal2 bapa.. Meh sini org anemia nak bgtau..
Berdasarkan pengalaman 2 kali bersalin..
Dari apa yang saya lalui juga nasihat doktor sepanjang anemia..
Dari start buat buku merah tu rekod Hb merah ja memanjang..
Sampai nak bersalin dah cukup 36 minggu tu baru tukar biru..
1st baby memang terlalu ikutkan hati..
Taklalu makan tak makan..
Semua tak teringin..
Jadi camna nak naik elok darah tu kan?
Selalu bila check up mesti ken jumpa doktor..
Akulah org yang terakhir balik setiap kali check up
Biasalah.. kalau ok xperlu jumpa doktor..
Tadi kan cakap rekod merah ja.. sahihlah kena basuh ngan doktor
Pernah kena basuh ngan doktor
Sampai hari ni ingat lagi kata2 doktor tu..
"Sekarang ni saya bagi kata dua. Awak nak baby yg awak kandung cacat atau mati or awak kena usaha bagi elok HB awak ni."
Bayangkan dah la 1st baby, xda pengalaman langsung bab ni.. aku nangis kat situ sampai balik umah pun still nangis sampai kering air mata.
Jadi aku usaha makan ubat (doktor bagi double dose) n makan benda2 yg nak tambah darah.
Mungkin usaha ku agak terlewat, walaupun masuk 36 minggu rekod bertukar biru. Rafiq dapat G6PD Deficiency. Walaupun masa kat wad bersalin tu ini punca dari keturunan samada belah mak @ ayah... Walaupun family belah aku xda sakit tu dan family belah papa dia ada Talasemia (abang ipar n adik ipar ku)... aku tetap rasa bersalah..
2nd baby, aku dah lebih matang..
Anemia tetap ada tapi aku jaga dari awal kandungan
Banyak testimoni aku wat n nurse tolong nasihatkan..
Alhamdulillah, Syakir normal n bebas dari G6pd Deficiency
Jadi.. Bolehlah kalau nak ikut cara aku..
Yang penting bykkan makan sumber zat besi kerana ia membantu membina sel darah merah juga kepekatan darah (hb).
- Banyakkan ambik sayuran hijau cth bayam
- Ambik buahan segar cth jambu batu
- Hati, limpa, kerang, telur puyuh, ikan bilis, sardin pun sumber zat besi
- Banyakkan minum air kosong (air bertapis lagi elok)
- Elakkan pengambilan minuman berkafien macam kopi, nescaffe, n teh. Kalau teringin teh ais pun make sure lepas cek darah k.. tahan la skit.. Kalau tak caya, esok nak check up try minum teh ais..
- Ubat yang doktor bagi jgn lupa makan.. jangan takut baby besar, yang penting baby sihat kan?
- Kalau perlu tambah suplement leh la rujuk farmasi yang berlesen. Dulu 2nd pregnant aku ambik iron yg amway punya.
Tak susah kan? Yang penting kita cuba.. Buat yang terbaik untuk kesihatan diri juga baby dalam perut tu. Kalau semua ni dah try tapi still k.o gak HB tu.. Minta doktor buat ujian darah maybe awak ada talasemia.. kalau dah talasemia ni, usaha camna pun camtu gaklah kecuali tambah darah kot..
8 comments:
sofya..terharunya..sofya buat posting khas..thanx..:-)
mlm td sy baru mkn sup sayur bayam n mkn jambu batu pastu..eheheh kebetulan la plak..
G6PD deficiency tu apa?
ok2..sy skang dah mmg tak amek langsung teh kopi nescafe even ati memberontak nak minummmmmmmmmm huhuhuhu peberet tuu
thanx again sofya..:-)
bagus jugak bukan untuk ibu yang preggy aje tapi yang planning nak anak pun kena baca nie
munna masa preggy HB ok.. tapi masalah pada Diabetic pula..dua2 anak munna kena diabetec masa preggy ... makan kena jaga masa preggy yg tak tahan 2 minggu sekali kena ambil darah 4 x sehari
Rose : Sekadar berkongsi.
Zaidah : Sama2 la kita berkongsi..
Munna : masalah diabetes plak.. hu3 dugaan org mengandung ni xsama kan..
akak masa mengandung pun ada masalah yg sama.. mmg ikut cakap doktor.. makan hati, makan kerang semua utk tambah darah.. anak akak yg kedua pun G6PD juga..
sy ms preggy detect diabetis.2jam sblom nk check darah sy kontrol mkn.minum byk air masak.klu tak check sy bantai jer apa pun.mujur takde apa-apa.huhu
Diana : mengandung ok, masa nak bersalin la pulak ya.. tentu segar diingatankan..
Hanis : ada anak g6pd gak.. erm
Pn.Kutu : kalau diabetis kena kontrol makan tapi kesian lak kena sebab waktu pregnant la teringin nak makan mcm2
Doktor memang gitu kan, dema kena bagitau yg sebenarnya supaya kita tau dengan jelas akan risiko yg dihadapi.
Post a Comment