14 February 2011

Ku kenalkan Teratak Kasih RS

Dah lama nak updated pasai Teratak Kasih RS buat tatapan teman2..
Memandangkan ramai yang asyik bertanyakan gambar tu..
Jadi hari ni saya try upload beberapa gambar buat tatapan semua.

Kenapa hari ni?! Sebab hot tiket dah hampir tamat.. free 24 jam internet..
Kalau nak tunggu guna streamyx kat umah tak dapat lagi la..
Semalam orang TMnet datang nak pasang streamyx kat umah..
Tapi jiran sebelah tak kasi pacak tiang telefon kat area rumah dia..
Kalau tak, dah selamat pasang dah semalam dengan caj RM150.
Jadi, nak kena tarik wayar internet tu dari jalan besar la..
Entah berapa batang tiang la nak cukup..
Caj dia plak... mesti lebih lagi.. postpone dulu la.. hu3

Oklah lupakan kejap cerita sedih tu..
Nak tayang umah baru nii..
Tapi lupa la plak nak snap rupa Teratak Kasih dari depan..
(hutang dulu la yang tu..sorry ekk)

Ni la langsir idaman.. dah jugak akhirnya..
Senyum sampai ke telinga.
Kakak Ipar yang jahitkan. Bukan jahit saja  berserta dengan upahnya.
Mula2 nak beli kain n post kat kak ipar di Batu Gajah, Perak tapi peningla nak pilih yang mana satu + dengan kos nak hantar lagi. Last2, masuk ja RM n dia urus semua. Dia mms gambar kain n kami setuju. Pastu tunggu dia balik mai pasang. Senangkan.. he3 tapi puas hati la.

Kipas, pilih warna hitam..
Yang 1st tu letak kat ruang tamu n dapur.
Yang 2nd tu letak kat setiap bilik.

Tv Toshiba Regza + Speaker + Astro + DVD Player.
Rak Tv tu macam kat Westcourt kan..
Tapi yang ni beli kat Kedai perabot Kuala Sanglang, Perlis ja
Rak yang sama tapi harga lebih murah.
I memang suka bab leh cut cost ni..He3

Sofa ni matching tak?!
Isnin 07.02.2011 baru sampai.


Inilah tempat aku berkungfu dengan periuk belanga segala.
Masih belum sempurna.
Pintu kabinet belum buat lagi.
Kalau ada lagi kemas, kan?
Bila la nak buatkan ekk.. tunggu duit kut kot..he3
Kesian dia, malu xda tutup.
Sebenarnya dah jahitkan skirt untuk dia.
Bukan aku yang jahitkanlah..
He3 nak jahit seluar koyak pun berpeluh2..
Sapa lagi kalau bukan mak mertua yang satu tu la yang tolong jahitkan. (sayang gak dia kat aku ekk..He3)
Tapi entah bila la cik hubby nak pakaikan skirt dia tu..

Alamak! Panjang plak n3 kali ni..
Gini la bila dah lama pendam nak publish ni..
Nah kau.. tak larat layan kan..
Ok la.. stop kat sini dulu ya..
Kang ada pulak yang dok uwek2

6 comments:

Ibu Muda 30series said...

cantiknya rumah :)

Sofya said...

AIM : Terima kasih.. :)

Mama Kembar Tiga said...

nice house! best laa u ada rumah sendiri :-)

Sofya said...

Tq Mama Kembar 3..
Itulah akhirnya ada juga rezeki buat kami. Syukur pada Yg Esa.

CikDibah ;P said...

bestnyeeeeeeeeee..ade rumah sendiri..kami pulak skrg masih menyewa sbb tgh proses tok kompem..then baru nak beli..plan nak beli rumah yg sewa tuh..dah diskus dgn tn umah pun..hehehhe..jadi hari2 dok berangan nak hias + renovate itu ini..hahahha

Sofya said...

IbuAmirAmirah : insyaallah angan2 awak n suami kan jadi kenyataan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...