Semalam, masa nak mandikan Syakir pagi2 tu tengok2 kat hidung dia ada kesan darah beku. Bila check semua.. takda pula yang terluka..
Hari ni masa hantar Syakir kat tadika tadi, cikgu dia kata nampak syakir dok lap hidung dengan tisu tapi ada darah. Bila cikgu minta nak tengok, dia tak bagi.
Risaunya..
Tapi hari ni bangun ok ja dah takda darah. Kenapa ekk? Mungkinkah "Pecah Lindung"? Nak buat camna ni..?
So, aku pun try search kat en google ni n dapat la sikit info
:
:
:
:
Menurut Info Sihat drpd KKM :
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Punca hidung berdarah?
■Kecederaan di hidung (xda plak luka tu)
■Udara yang terlampau sejuk atau kering (mungkin jugak, skrg ni cuaca sejuk sgt malam2)
■Menghembus hidung dengan kuat (budak.. kuat sangat ker nak hembus nafas tu..?!)
■Terlalu kerap bersin (tak bersin pun.. batuk2 ada la)
■Ketumbuhan dalam rongga hidung (ish! minta dijauhkanlah..)
Apakah yang perlu dilakukan? Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera: (ala boleh ke nak buat kat kanak2 step ni...?!)
■Duduk dan tunduk ke hadapan
■Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
■Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
■Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
■Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
■Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
No comments:
Post a Comment