20 January 2011

Alkisahya...

Ha3.. Nak tergelak pun ada ni.. Alkisahnya macam ni..

Hari selasa baru ni ada Mesyuarat PIBG tadika Syakir. Awal2 lagi papa tolak, taknak pergi sebab dia tahun lepas dia terkena jadi Naib Pengerusi. Jadi kali ni dia taknak la nanti kalau dia pergi sure orang latik dia lagi. So, mama malas nak cakap banyak, ok ja.. Bila mama pergi tunjuk muka kat tadika, memang getah getah la.. Tak pasal2 aku kena lantik ganti jadi Naib Pengerusi. Bila story kat papa, dia gelak la.. sebab dia dah agak dah..ha3 sabar jelah..

Semalam baca surat yang Rafiq bawa balik, hari ni ada gotong-royong kat Tadika dia. Mama minta papa yang attend sebab baru jer curi masa opis selasa  tu hari. Tak best la kerap2 curi masa pejabat.. Kesian plak kat Rafiq tak der orang support aktiviti dia kat sekolah. Dan semalam pun dia dah warning mama or papa kena pergi jugak esok ada gotong-royong kat sekolah, kalau tak.. TAK MAU KAWAN!

Selepas o-som, papa yang kena attend. Ha3 selamat mama.. Papa ok ja sebab majlis gotong-royong kan.. Sekali dapat sms dari papa, "Kena getah.. Pengerusi terus." Ha3 rupa2nya Majlis Gotong-royong merangkap PIBG.. Tak jadi Naib Pengerusi tapi jadi Pengerusi..

Hah3 lawak2...

1 comment:

Alin Marlini said...

hehehe..oklah tu tp berat tanggungjawab...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...