Petang semalam, semasa dalam lift nak pulang dari tempat kerja, aku terdengar perbualan sekumpulan staff sebangunan ngan tempat kerja ku.
Kata Mamat tu,"Gaji saya tolak2 semua.. tingal RM200 ja."
Dalam hati ku, "Hai macam aku gak ni.. tu baru kira kasar. Kalau kira bersih, bersih la gaji aku.."
Kata Mamat tu lagi,"Lainlah Kak Na.. gaji bulan lepas pun tak usik.."
"Kita kena pokok.. guna pakai yang ranting2 saja dah la.." jawab wanita yang agak berumur tu.
Best kan kalau camtu? Takpalah.. susah2 dulu. Insyallah ada rezeki lebih senang2 kemudian. Perbelanjan ku hari ini juga merupakan suatu pengorbanan untuk hari2 esok.
Teringat plak..
Ada yang pernah kata pada ku,"entah2 nanti makan pasir". Dan kata2 tu tak mungkin aku lupa sepanjang hayat ku. Dengan kata tu juga, aku bangkit.. Aku nak buktikan yang aku n hubby mampu menyara hidup kami bersama anak2 dengan hasil titik peluh kami sendiri. Bukan ego tapi bagaikan suatu semangat untuk buktikan bahawa tiada yang mustahil. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Dan bila nak bercakap tu biarlah berpada2 jangan sampai sakitkan hati orang lain.
Tapi bukan senang nak senang.. Tanpa usaha dan pengorbanan mustahil sesuatu itu akan menghasilkan kejayaan. Rezeki kita tuhan yang tentukan. Kita kena redha dengan setiap pemberianNya.
Teringat lagi..
Arwah ayah pernah kata..
"Aku susah tapi aku takmau anak2 aku susah"
"Aku bodoh tapi aku taknak anak2 aku macam aku"
Dengan kata2 ini jua aku akan pegang sebagai prinsip hidup aku. Tapi aku tak nak anak2 kami jadi macam Anakku Sazali.. Insyaallah secara perlahan2 kami akan didik mereka supaya menjadi insan yang berguna. Semoga DipermudahkanNya.
Rs: Sama2 kita usahakannya, ya..
No comments:
Post a Comment