10 February 2010

Ya Habib

Habib
Air mataku menitis tika kau terima akad itu
Bukan kerana ku sedih untuk tinggalkan zaman soloku
Bukan kerana ku takut untuk hidup bersama keluargamu

Habib
Air jenih yang mengalir dari mata ku
Adalah bukti keikhlasan ku menerima cintamu
Juga tanda aku telah bersedia menghadapi dugaan bersamamu

Habib
Titis air mataku ini
Bukti betapa bahagianya aku
Di saat kau menikahi aku

Habib
Akulah rusuk yang rapuh itu
Diciptakan bukanlah untuk dijunjung
Bukan jua untuk dijadikan pengalas
Tapi rusuk kananmu ini
Yang berada dekat di hatimu untuk disayangi dan dikasihi
Jua di sisimu untuk dijadikan teman dan dilindungi

Habib
Damaikan kalbu ku dengan kasihmu
Sebagai penyejuk di mata jua penawar di hatiku
Semailah cinta yang di jiwa
Agar bertaut dan bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa

Habib
Ingin ku jadi kejora yang setia menemani purnama tika malam
Ingin ku jadi pantai yang setia walau ombak seringkali menghempas pantai
Ingin ku jadi bunga indah yang menyeri dan mengharumkan tamanmu

Habib
Suatu ketika dulu kau pernah berjanji
Menghapus air mata ku
Menghapus kesakitanku
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah salahku di mana silapku
Air mata ku kini mengalir laju

Habib
Mengapa ada dia di antara kita
Mengapa harus aku berkongsi kasih dengannya
Bagaimana harus ku terima semua ini

Habib
Aku tak pernah ingkar padamu
Segala kehendakmu aku patuhi
Di mana kurangnya aku di mata hatimu

Habib
Kalaulah ini suratan takdir buatku
Walaupun perit terpaksa jua kutelan
Namun ku pinta kau faham
Khabar yang kau berikan padaku
Sudah cukup menyakitikan hatiku

Habib
Ku pohon padamu
Kau lupakanlah dia
Aku telah lama mengenali dirimu
Dia bukanlah yang terbaik untukmu

Habib
Andai kau benar-benar mampu
Andai kau betul-betul perlu
Kau carilah wanita yang mampu menampung kekuranganku
Carilah wanita yang mampu menjaga martabat dan hartamu
Carilah wanita yang mampu mendidik dan membimbing anak-anakmu

Habib
Carilah madu yang menjadi penawar buatku
Bukan racun yang bisa bunuh minda dan hati

Habib
Kau sentiasa kekal di sanubari
Dan anak-anak kita adalah penyeri
Walau apapun yang terjadi
Kau tetap ku cintai sepenuh hati

1 comment:

NuRKaSiH said...

bila akan kutemui habib yg akan m'bawa aku mnuju syurgaMu Ya Allah...yg dpt m'jd imam dlm solatku..aku akn terus b'doa smg d permudahkan sglanya..Amin..

Smg rumahtangga kalian bahagia hingga ke syurga b'sama2 dgn anak2 yg soleh & solehah..Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...