03 February 2010

Nak Kurus Ke Gemuk?

Aik?! Konfius ni.. Ada ka orang yang nak jadi gemuk.. tapi kalau kurus sangat pun tak cantik, kan? Itulah yang saya fikir tapi tak taula orang lain. Kata orang dulu2, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Emm zaman sekarang ni, rambut pun dah tak sama kaler..

Kat sini ada tips yang berguna untuk semua.. Bacalah.. Renunglah.. Fikir2kanlah.. and jom kita sama2 mempraktikkannya.

Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat
  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi  menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Boleh ka nak praktik ni? Nak kena ada displin dalam diri ini. Cakap memang senang kan.. tapi kena himpunkan kekuatan jasmani dan rohani ni.. baru leh menjadi.
 
Tips Tambahan Yang Boleh Membantu Mengekalkan Bentuk Badan Ideal
 
Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak. (InsyaAllah.. boleh ni..)

Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.(Hah.. Tul tue.)

Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat. (Ingat! Jangan wat pandai sendiri..nanti makan diri)

Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula. (emm..kalau berat maintain jer?! kira oklah lah yer..hehhehehe)

Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak. (Bersenam ngan anak2 kat umah jer)

Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat. (Camna nak wat target tu jer..keep maintain jer boleh?)

Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu. ( ok jer)

Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa. ( Coklat n aiskrim sedap tu..)

Jom try.. Nak me'maintain'kan diri.. InsyaAllah.. Tapi satu jer perangai buruk yang agak sukar nak buang.. kalu marah @ bengang @ tension, habislah diet aku entah ke mana.. camna nak slim ni.. isk3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...