26 February 2010

Tercapai Jua Akhirnya..

Setelah hampir 6 tahun usia perkahwinan aku dan suami.. daripada kami hidup berdua hingga sekarang anak dah dua.. yang kecil pun baru ja mencecah umurnya 2 tahun 14hb Disember lalu.. Akhirnya dia telah kotakan janjinya untuk membawaku Pulau Langkawi. Bukan jauh sangat dari rumah ku tapi itulah kan kita hanya merancang tuhan yang menentu. Dan akhirnya Tuhan permudahkan perjalanan kami sekeluarga ke Pulau Idaman...Pulau Langkawi.

20.02.2010
Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Tak drive kereta sendiri tapi minta tolong adik sedara hantarkan. Bertolak dengan feri Lada 2 pukul 11.30 pagi.. Macam-macam ragam anak2ku.. dari rumah ke ruangan menunggu, atas feri.. bersemangat sungguh... Sempat lagi CikLi berbisik di telinga, Semoga percutian ini menjadi suatu percutian yang menggembirakan dan the best.. Aku yang mengukir senyum dan mengharapkan yang sama sepertinya. 
  
  

Sesampai ja di sana kami sewa kereta.. senang sikit nak bergerak he3.. Terus jer menghala ker Pantai Chenang.. Ingat nak cari tempat penginapan area tu... last dapat juga.. AB Motel.. Rehat kejap.. mandi, pastu keluar pergi Under Water World...( sempat lagi beli gadjet..)

 
  
  
 
 
 
Ronda2 sekitar Langkawi.. tak ingat nama apa tapi dekat dengan Porto Malai..

 
  


Lepas tu, balik motel tukar baju anak2 n terus ke pantai kat belakang.. Bersantai di persisiran Pantai Chenang..(Subhanallah.. sungguh indah alam ciptaan Tuhan). Seronok tengok gelagat anak2.. CikLi pun sama naik ngan anak2nya...Bahagia rasa.. Ya Allah, Ku  mohon padaMu kekalkanlah nikmat kebahagiaan ini pada kami dan kuatkanlah hati dan iman kami di jalanMu Ya Allah..
 
 
 

Selepas puas main air, balik ke bilik, mandi dan bersiap2 untuk makan malam..dah lapar la.. Kami pergi makan malam kat kawasan sekitar tu jer.. Aliah Corner.. CikLi pernah makan kat situ sedap dia kata.. dia pesan Nasi Goreng Aliah Special, aku pun ikut order menu yang sama. Rafiq nak makan maggi jer.. puas pujuk suruh makan yang lain tapi tak jalan.. takpalah dah nak makan jua.. Habis semangkuk dia sorang makan! Syakir plak tak nak makan apa2 cuma nak air soya jer..

Lepas makan anak dah ngantuk lak plak.. nak minum susu lah.. aktiviti malam terhenti di sini jer.. apa lagi balik bilik la. bagi tidur anak.. letih sangat kot siang tadi.. kejap jer dua beradik tu dah tertidur. Seronoklah dapat tidur dengan dingin air-corn.. ish rasa rugi lah sewa keta tapi tak guna sepenuhnya.. takpalah takkan nak paksa anak2 dah letih..

21.02.2010
Check out pagi tu dan menghala ke Gunung Mat Cincang.. pergi breakfast kat sana.. tapi tak naik kereta kabel pun.. Rafiq kata nak naik tapi papa dia pun gayat.. mama?! takutlah.. anak2 dok tak diam kat atas kereta kabel tu... haish! tak takut nak bayangkan.. so, tunggu diorang besar sikit la..

Dalam perjalanan menghala ke pekan kuah.. Kereta kami kena tahan dengan JPJ. Hah! sudahlah kalau kena saman.. aku tak sempat nak tarik sit belt tadi.. Pegawai JPJ tu suruh park tepi lepas tengok lesen.. setelah disoal selidik.. Rupanya kereta yang kami sewa tu takda permit.. Kami lepaslah.. tuan kereta tu kena saman... Nasibaik...

Time for shopping... bestnyer! Dah niat nak cari perfumes, coklat, beg ( mak n mak mertua kirim) dan kain batik. Selesai shopping kami makan dia KFC dan akan bertolak balik dengan feri 1 Malaysia jam 4.00. Sementara tunggu feri, sempat lagi beli set pinggan mangkuk..1st time beli tak pandai nak pilih, CikLi ler yang pilih gak akhirnya. beli yang biasa2 ja.. nak guna bila duduk rumah sendiri nanti.

Oopss! Sempat lagi singgah kat Dataran Lang..
 
Masing2 dah letih.. tapi kami bahagia sangat kerana bukan senang nak spend time satu family cam gini.. Harap ada lagi percutian sebegini selepas ni.. Terima kasih awak.. terima kasih sangat.. kerana sudi meluangkan masa dan semuanya untuk keceriaan dan kebahagian kita sekeluarga.. Terima kasih, awak.. jangan jemu nanti ajak lagi yer..



2 comments:

Nurkasih said...

Bestnya...smg b'bahgia slalu..nnt ajak g sabah plak..hehe

Sofya said...

Terima Kasih..Semoga awak jua peroleh bahagia.
Sabah? Wah! Jauh tu.. InsyaAllah ada rezeki lebih boleh la kot... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...