Mak...
anak-anak mak ramai
tapi anak lelaki mak cuma tiga
Mak...
menantu perempuan mak pun dah tiga
mak layan tak ubah macam anak kandung mak sendiri
kita hidup dalam aman dan bahagia
Tapi mak...
andai ada perempuan lain di luar sana
yang ingin menjadi sebahagian daripada kita
sanggupkah mak terima dia
Mak..
andai kata ada yang mengetuk pintu hati anak lelaki mak
apakah mak merelakannya
Mak..
andai anak lelaki mak mahu memperisterikan dia
masih adakah ruang buatku di hatimu
Mak..
andai dia jadi menantumu
perlukah aku pergi berlalu
Mak..
Terima kasih atas segalanya
maafkanlah andai jodoh cuma di sini
- Anak Menantumu -
4 comments:
Sayangilah mertua kita sperti ibu kita sndri...smg dia jg akan trus mnyayangi dirimu salamanya...bnyakkan b'doa smg tidak ada org lain yg akan mrampas kasih sygnya...
adoooiiiii..sedihnye la. semoga xdak org len yang akan bertakhta di hati "mak" kita kecuali menantu dia yg satu-satunya iaitu kita...aminnnn
Kawan..
Ingatlah bahawa apabila kita berkahwin dengan pasangan kita, secara tak langsung kita juga telah berkawin dengan keluarganya. Baik buruk, mereka adalah sebahagian daripada hidup kita.
alhamdulillah...
sekurang-kurangnya ada usaha untuk menjadi yang terbaik di hati semua org dan kita juga mencuba yg terbaik untuk ke arah itu...
Post a Comment