10 April 2011

Rafiq @ peraduan mewarna.

Assalamualaikum..
Seperti yang dijanjikan kisah i follow Rafiq p peraduan mewarna..
Tak lah best mana tapi saja nak penuhkan blog ni..
Lepas habis layan steambot baru ni, atas kereta baru dia cakap esok kena pergi peraduan warna. Barulah tergedik2 nak cari pensel kaler. Yang dok ada tu tak cukup set la. Saja taknak beli kat dia sebab asyik hilang.. kira denda la tu. Tapi sebab nak masu peraduan, kena ada set lengkap lah. Nasib baik ada kedai tu masih buka. Tu pun nyaris2.. Sebab lepas kami keluar terus dia tutup lampu... :)

Kita layan ja foto2 ni k..

Asyik tengok orag sebelah ja..
Eee geram tengok dia kaler..
Nak pilih warna apa pun lamanya fikir..

Penyertaan tak ramai sangat..
Jadi, ada gak la habuan untuk Rafiq

Tengok tu.. dapat hamper pun muka tatak senyum punya olang..

Tetamu terhormat pun datang
YM Raja Muda Perlis
Sebenarnya ini Program Titian kasih
Peraduan mewarna tu acara sampingan ja

He3 dapat zoom gambar YM Raja Muda yang ramah mesra dengan rakyat jelata


Inilah hasilnya..
Cikgu Rafiq minta tolong simpankan gambar2 yang budak2 warnakan sebab cikgu tak bawa beg. He3 apa lagi cari2 jumpa yang Rafiq terus snap. Cantik ker?!

Sempat lagi posing manja ngan mama..
Manja la.. hari ni cuma abang ngan mama..
Kerusi banyak lagi yang kosong..
Tapi atas mama gak abang nak duduk..

Sekian..
Majlis tu panjang lagi tapi kami balik awal..






1st time : Layan steambot

Salam semua... 
Hari ni lewat sikit buat n3..
Banyak agenda la..

Malam semalam keluar makan2 dengan kawan2 sempena kawan yang satu tu kena tu mulai 1hb April baru tapi dia tangguh 2 minggu. Oleh kerana dah lama dia teringin nak makan steambot jadi kami pakat la p situ... Aku pun ni ha 1st time layan steambot. Memang tak pandai, main ikut orang ja..

Aiskrim ni yang syakir. 
Yang bestnya kat sini nak ambik banyak mana pun boleh jadi habis.. 
Apalagi, asyik angkut aiskrim ja la.

Bestlah dapat aiskrim tue.. 
semua perisa Rafiq ambik..

Ni la 1st mangkuk steambot ku

Ni la yang kami masak selain fishball segala tu..

He3 sempat lagi posing kenangan..

Sebenarnya banyak lagi nak cerita..
Tapi dah letih la..
Takpa nt free aku upload foto aku teman Rafiq pergi peraduan mewarna pagi tadi k..
Tata.. jumpa lagi..

08 April 2011

Apa...?! Pregnant..?!

Makin hari makin banyak plak soklan cepusmas ni
Nak kata sesak dengan soklan2 tu tak la cuma rimas sikit

Tok : Bila lagi nak tambah ni, kalau orang dulu2 dah boleh dah ni.
Mak sedara : Hang bila lagi? Waktu muda ni beranak la cepat2.
Mak : Ish! Takkan 2 ja kot..
Kawan : Kak ya bila lagi..?
Kawan lama : Aku doakan hang cepat2 boleh baby girl plak.
Aduh.. macam2 lagi la..

Kadang2 aku senyum ja, tak tau dah nak jawab apa

Sebenarnya bukan aku tak nak pregnant lagi
Aku tahu anak tu rezeki
Tapi aku tak lupa anak juga amanah buat ibubapa
Kalau nak ikut nak beranak, tiap2 tahun pun boleh
Tapi kena juga fikir kemampuan dari segala segi
Kestabilan ekonomi keluarga, kasih sayang yang sama rata, ilmu didikan untuk membentuk anak2 menjadi manusia yang berguna
Kalau banyak kuantiti tapi takda kualiti, tak guna jugak.. betul tak?!

Kadang2 seronok tengok orang bawa perut, bawa baby kecik (time hati senang la)
Kadang2 aku rimas dgn kerenah budak kecik (malas nak layan bila time sibuk n letih)

Semalam aku terima berita baik, seorang rakan sepejabat disahkan pregnant. Alhamdulillah akhirnya makbul jugak hajat nak pregnant lagi. Lagipun anak sulung dia dah masuk 5 tahun.

Aku plak anak sulung 6 tahun dan anak kedua 4 tahun baru... dua2 anak laki. Jadi kat umah tu 3 hero + aku heroin tunggal la. Teringin gak nak ambik heroin lagi. Tapi itu hanya impian kita tak tau la nak dapat ke tidak, itu urusan Illahi.

Semalam dah sembang2 ngan Cik Abang..
Nampaknya lambat lagi la sebab banyak checklist belum settle.
Checklist ni ha... (setakat hari ni la..)

/     Ada umah sendiri

x     syakir belum genap 4 tahun ( 14.12.2011 baru cukup)

x     loan pinjaman pelajaran kena settle (insyallah kalau rajin bayar habis la tahun ni)

x      loan kereta kena settle ( kereta 2nd tu rafiq darjah 2 baru abis)

x     mampu bayar upah mengasuh baby (xnak menyusahkan orang tua dah)



07 April 2011

Jozan teman tadi..

Malam tadi bertemankan JoZan..
Tak caya?! Jeles la tue..

Malam tadi kena tinggal lagi
Cik Abang ada friendly badminton
Rafiq pulak nangis2 nak tido umah Pak Njang dia
Jadi berdua dengan Syakir ja

A'eh.. Syakir tidur
Aku bertemankan Jozan sampai k 2 pagi
Sementara tunggu Cik Abang balik

Kenapa tak tidur aja?
Tak terasa nak tidur la plak..
Teringat kat Rafiq..hu3

Jadi aku layan ja Youtube
Start dari aksi johan & ucop wilcha baru2 ni
Juga Jozan show yang lama

Ha3 belasak gelak sorang2 tak takut plak..
Tapi nak p tidur sorang, aku takut..
Nasib takda yang sampuk aku gelak yer semalam
Ish3 seram la plak..

Tolong ingatkan aku : Sakit Hati

Sakitnya hatiku..
Dapatkah aku bertahan dengan ketidakadilan ni?
Di tambah pula dengan suara2 sumbang..
Bergelodak hati ni bagai nak meletup..
Nak ku luah.. rasa banyak sangat
Ibarat peluru machine gun
Mulutku ringan nak menyampuk
Tapi terus terkunci bila dengar suara2 yang menyakitkan hati
Sakit memang sakit hati ni

Situasiku :
N bukak kes bab semua dapat cuti bencana alam pada 31.03.2011 dan 1.04.2011 sebab banjir baru2 ni.
Aku juga kawan2 yg mai rasa tak adil.
Coz kami kena stay kat opis sebab HQ tak bagi tutup opis.
Pihak SUK pun suruh cari alternatif untuk ke pejabat.
Banjir tak di semua kawasan. tak serius macam 2010.
Suara2 sumbang di keliling bagai berpusing menyumbat kat telinga kiri kanan ku
Suara 1 : Ooh nak kira adil tak adil.. susah la camni..
Suara 2 : Sapa yang dok kot sini takpa la senang nak berenang takat kat celah ni ja.
Suara 1 bersuara lagi : kenapa tak bagitau opis buka? sapa pun tak tepon akak bagitau. (padahal rumah dia masuk air awal2 lagi.. kalau tau buka hang nak mai celah mana)
Rumah N : Tak masuk air pun.. tapi nak cuti bencana konon tak leh lalu. betul ka?
Rumah V : Rumah tak masuk air gak.. tak leh mai opis.. tapi leh plak mai ronda2 kangar pada hari2 tu.

So simple ja benda ni
Sapa yang terlibat tu, dapatkan pengesahan JKKK or Pihak Polis untuk apply Cuti Bencana
Dalam G.O pun dah terang lagi bersuluh xplain bab tu.
Nak aja aku photostate letak kat meja N suruh cerdik sikit.
Taktau lah macam mana leh naik pangkat macam ni.

Wahai teman2 budiman..
Tolong ingatkan aku..
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

06 April 2011

So cute..


Comel kan...?
Comel lagi cerdik..
Mia Sara

Isu dosa besar...

Hari hebat plak kat opis ni buka isu dosa besar..
Ni semua kes muka depan Utusan Malaysia la
Tak sesuai langsung letak gambar tut kat muka depan walaupun di'blur'kan
Paper tu semua orang tengok walau yang tak reti nak baca lagi
Tapi bila tengok gambar cam2, nak plak anak2 yang bijak pandai zaman sekarang ni kalau tanya soklan cepumas tu.. mau berpeluh mak bapak nak jawab
Rasanya patut pihak media check balik la yerk..

Isu yang dibentangkan pagi ni - FITNAH
Ringan ja nak menyampuk..
Tapi kang menyampuk aku juga yang sakit hati
Jadi aku luah ja kat sini
Maaflah yer.. korang plak kena baca luahan perasaan aku ni

Sebenarnya bukan dengan FITNAH saja leh dapat dosa besar
Jangan tak tahu or buat2 ignore jerk..
TIPU pun tak lepas dari DB

Banyak lagi yang dikatakan DB
Tapi kenapa aku pilih TIPU
Sebab rasanya tipu tu dah jadi habit pulak (sesetengah oranglah yerk)
Takda nak rasa bersalah langsung
Ada plak tipu sunat untuk kebaikan
Maaflah yerk, nak kabor skit ni dunia realiti yer
Bukan kita dok dalam citer P.Ramlee

Sama2 kita cek diri
No tipu2 ya..
Sesuatu yang terlalu mudah untuk terjerumuskan kita ke lembah DB
Bersikaplah jujur serta ikhlas, agar hidup di dalam kesejahteraan

psst : Aku juga lemah.. jadi tolong ingatkan aku..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...