28 October 2010

Kisah Kekasih Sejati


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana

Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu



26 October 2010

Pedih menikam di hatiku


Lumrah hidup insan di dunia ini..
Di lahir dan ditempatkan di dunia fana ini..
Tidak sunyi dengan dugaan
Tidak berseri tanpa ujian

Walau setitis ujian
Walau secebis dugaan
Yakinkah kita untuk mengatasinya
Kuatkan kita untuk menepisnya

Kadang kala terasa mampu ku tempuhi
Kadang pula terasa lemah sungguh diri ini
Bagaimana mahu ku himpun kekuatan untuk menangkis semua ini
Di manakah permulaan sebuah keyakinan

Ya Allah..
Hanya padaMu ku mohon sebuah kekuatan hati
Hanya padaMu ku mohon ketenangan hati
Hanya padaMu penyejuk hatiku
 

Hargai Bila Berdua,
Sayangi Bila bersama,
Ingati Bila Terasa Sunyi.
Dan Saling Memaafkan Saat Terluka..

by Iman Al-Haya'

25 October 2010

Penat tapi berbaloi2...

Dah lama tak update blog kesayangku ini..
Banyak story yang nak ku kongsi bersama tapi kesibukan dengan memikul tugas2 harian tanpa suami di sisi (pergi kursus) membuatkan badan ni letih2 dan sakit2. Sebagai seorang isteri + ibu + anak menantu dalam sebuah rumah, memanglah suatu yang bukan mudah untuk dilakukan seorang diri tanpa bantuan insan2 lain yang prihatin. Namun alhamdulillah.. masih ada yang berhati mulia menghulur tangan membantu meringankan beban. Atas rasa tanggungjawab, walaupun adakala sesuatu itu aku sendiri tak pasti akan kemampuanku tapi semangat anak2 juga erti tanggungjawab itu sendiri membuatkan aku terpaksa menggalas sebuah keyakinan. Alhamdulillah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

~~ Rafiq dah selamat buat persembahan puppet dgn jayanya untuk Pesta Tadika Rama Perpaduan yang diadakan di Dewan Warisan semalam.
~~ Aku boleh drive keta manual.. (he3 lepas dapat lesen tak pernah pun dapat peluang bawa keta manual.)
~~ Hari ni hubby balik.. dah tamat kursus..

21 October 2010

Ku Tunggu Engkau Datang...



Teringat selalu wajah kekasihku
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Yakinkan ku tetap milikmu 

20 October 2010

Pesanan Buatmu


Selamat jalan sayang..
Doaku sentiasa mengiringmu..
Semoga cepat kembali..
Aku mula merinduimu..

Secebis Nota Dari Mak


Kadang2 tu terfikir sejenak..
Ya Allah..
Betapa sabarnya mak ngan ayah mendidik dan membesarku
Bagaimana nakalnya aku diwaktu kecil
Dengan sikapku yang agak degil
Mak ngan ayah tak pernah putus asa
Mendoakan kesejahteraan, kesenangan juga kebahagiaan buatku

Bila kini aku telah bergelar seorang isteri juga ibu
Aku juga tak pernah lupa yang aku tetap seorang anak
Anak mak dan ayah sampai bila2
Walau ayah sudah tiada tapi kasih sayangnya tak pernah lekang di sudut sanubariku

Pada ayah, hanya doa kebahagiaan di sana selalu ku kirimkan
Pada mak, Insyaallah selagi terdaya takkan ku biarkan mak merasa susah

Bila dah ada anak sendiri
Baru ku tahu betapa susahnya nak melahirkan seorang bayi ke muka bumi ini
Tak mudah juga nak membesar dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna

Ya Allah..
Permudahkanlah jalan bagi kami untuk membesar dan mendidik anak2 kami agar menjadi insan yang soleh juga insan yang kamil. Amin..


Rs: Sama2 kita berusaha ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...