Showing posts with label Dari Dapur RS. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur RS. Show all posts

30 July 2011

Cuba jangan tak cuba...

Ehem.. Testing3..
He3 cuba jangan tak cuba..
Tak rugi pun...


Hari ni saja suka suki nak try benda baru....
1st : try wat ayam panggang..
Bukan nak wat jual kat pasar ramadhan nanti..
Tapi saja2 suka..
Alkisahnya semalam ada org wat ayam golek kat opis hubby untuk jamuan..
Hubby yang rajin plak tanya resipi ayam golek tu..
Dia la semangat berkobar2 nak wat tu..
Kebetulan hari ni cuti n xpergi mana2..
Jadi pergi pasar tangkap ayam sekor la..
Oven la yg tolong golekkan..he3



Oklah untuk cubaan pertama.. Cuma garam tu kurang skit.. Kalau perap lama sikit mungkin lebih terasa sampai ke tulang sum2 kot.. he3
Resepi yang mudah.. Bawang merah + Bawang putih (2 ulas ja) + Halia + Lengkuas + Serai + Kunyit + Garam + Gula. Semua blend sekali then perap ayam tu.. kurang 1/2 jam.


2nd : Try cara moden ni plak.. dah lama teringin nak wat tapi rajin tu tak mai lagi he3 teruknya.. bini sapa la ni..:P ni plak dapat resepi dari sini => Blog IzahDaut 
Izah buat nampak cantik dan menarik.. Aku punya plak.. ;) kira jadi ka kalau camni?!





02 April 2011

Karipap SulungKu

Semalam tengok banyak lagi ubi kentang yang balance buat kurma daging minggu lepas. Sayang plak kalau dibiarkan kat situ tanpa buat apa2.
Nanti busuk la. Membazir pulak..
Tengok kat dalam peti sejuk ada sikit lagi daging cicang.
Rempah kari pun ada.
Jadi, dapat dah idea..
Karipap Daging.
Dah lama tak buat.
Dulu buat ngan mak.
Tolong mak buat kuih jual.
Ni 1st time kot wat sorang..
Kira2 cubaan pertama lah..
Rasa macam something's missing
tapi tak jumpa lagi la apa yang missing tu.. herm

Ini intinya.. dah sedap rasanya.


Tengoklah rupa karipap sulungku..
Hodoh la rupanya..
Berkerutu.. (api terpanas sangat)


Nanti kena rujuk pada yang pakar gak ni.
Ermm tak puas hati la plak..


30 March 2011

Tayang airtangan Ibu Mertuaku

Mak mertuaku memang hebat masak kuih2 lama..
Kuih-muih seperti tepung bungkus, Pulut Sekaya, Pelbagai jenis lepat, Bengkang Ubi Kayu & macam2 lagi
Dulu dia buat jual kuih2 ni untuk tampung keluarga
Sekarang buat jual gak tapi suka2 saja.. Isi masa lapang
Kadang2 dapat tempahan gak untuk majlis2 kecil
Isnin baru ni aku tempah Pulut Sekaya
Saja2 tumpang wat kenduri kat opis
Sedap kata teman sekerja..
Ni haa.. tayang skit rupa kuih tu..


Ada yang teringin nak tempah?!
Ops lupa la nak story
Ayah mertua teringin nak makan tapai
Apalagi mak mertua buatkanlah
Yang best tu.. ingin gak dia nak hulur2 kat menantu dia ni


Tapai pulut ni special
Sebab ini Tapai Pulut Hitam
Tak semua orang buat tapai menjadi
Dah Jarang jumpa orang buat tapai guna pulut hitam
Bila dah jadi orang Perlis baru tau, baru lihat & baru dapat rasa Tapai Pulut Hitam
Walaupun rupanya hitam tapi sedap dan manis


Teringin gak nak belajar dengannya..
Tapi malu plak bersuara..
Sudikah dia jadi guru masakku.. hu3


26 March 2011

Cuba Puding ABC

Hari ni cuba buat Puding ABC kat MYR..
Memang mudah, semudah ABC..
Tak caya?! Cubalah.. klik ja kat sini..

Ni rupa puding yang saya cuba tu...



Senyap dan sunyi buat puding petang ni..
Xda gangguan..
Hubby kena kerja hari ni..
Rafiq sibuk main games..
Syakir plak...


He3 rupa2nya dah tertidur dah..
Rehatlah dik..
Nanti bangun rasa puding special untuk adik k..




16 February 2011

Kek Coklat Lembab KakNi

Kali ni nak kongsi resipi plak..
Resipi ni aku bagi nama Kek Coklat Lembab KakNi..
Kek ni kami buat khas untuk majlis bacaan Yassin sempena perasmian Teratak Kasih RS.
Simple sangat.. Cara masak kukus tau.. tapi nak bakar pun boleh gak.



Bahan2 untuk kek :
  •  1 1/2 cawan     Minyak masak         
  • 2 cawan            Tepung      
  • 4 biji                Telur                           
  • 2 cawan            Gula                             
  • 1 cawan            Serbuk koko                 
  • 1 cawan            Air suam                       
  • 1 cawan            Susu pekat                     
  • 1 penutup          Esen vanilla                   
  • 1 penutup          Baking powder             
  • 1 penutup          Soda bikarbonat     

Cara2nya:
  1. Tepung+ serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat => ayak sekali
  2. Pukul minyak + gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu demi satu. Pukul lagi.
  4. Masukkan susu + esen vanilla.
  5. Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit berselangseli dengan air.
  6. Pukul hingga sebati.
  7. Masukkan adunan dalam bekas comel2. Jangan letak penuh, separuhnya ja tau.
  8. Kukus selama 15 minit.
  9. Biar sejuk, letak topping n hias mengikut citarasa.
 Bahan2 untuk topping :
  • 1/4 buttercup
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan serbuk koko
Cara2nya : Masukan semua bahan tersebut dan kacau sampai sebati di atas api yang perlahan.

Selamat mencuba.. sedap tau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...