Mak mertuaku memang hebat masak kuih2 lama..
Kuih-muih seperti tepung bungkus, Pulut Sekaya, Pelbagai jenis lepat, Bengkang Ubi Kayu & macam2 lagi
Dulu dia buat jual kuih2 ni untuk tampung keluarga
Sekarang buat jual gak tapi suka2 saja.. Isi masa lapang
Kadang2 dapat tempahan gak untuk majlis2 kecil
Isnin baru ni aku tempah Pulut Sekaya
Saja2 tumpang wat kenduri kat opis
Sedap kata teman sekerja..
Ni haa.. tayang skit rupa kuih tu..
Ada yang teringin nak tempah?!
Ops lupa la nak story
Ayah mertua teringin nak makan tapai
Apalagi mak mertua buatkanlah
Yang best tu.. ingin gak dia nak hulur2 kat menantu dia ni
Tapai pulut ni special
Sebab ini Tapai Pulut Hitam
Tak semua orang buat tapai menjadi
Dah Jarang jumpa orang buat tapai guna pulut hitam
Bila dah jadi orang Perlis baru tau, baru lihat & baru dapat rasa Tapai Pulut Hitam
Walaupun rupanya hitam tapi sedap dan manis
Teringin gak nak belajar dengannya..
Tapi malu plak bersuara..
Sudikah dia jadi guru masakku.. hu3
No comments:
Post a Comment