05 May 2011

SEGMEN 6 : Kata-kata yang mengubah diriku!

Kesiannya kat Kak Liza..
Dia buat segmen baru kita tak support
Maaflah akak..
Bukan tak sudi tapi agak busy sikit
Tak caya tengoklah kat blog archive kat sebelah tu
Lama tu blog ni bersawang..
Ni dah start cuci sawang2 kat blog ni biar cantik semula

Sapa yang nak join cepat masih sempat lagi
Dilanjutkan sampai 6hb Mei 2011 ni
Kalau nak join, Klik ja kat gambar atas tu

Sebenarnya aku ni seorang agak sensitif dengan kata2
Tapi sejak makin matang ni kurang la sikit nak terasa
Lebih banyak berfikir bila terima kata2 yg menyentuh hati

Banyak kata2 yg bagaikan tergiang2
di cuping telinga sampai ke hari ni
Semua tu ku terima untuk kuatkan semangat juang hidupku

Pernah suatu ketika
Seorang kawan menegurku supaya jangan berkawan dengan RS
Sebab dia tu kerja pun tak tetap nanti nak makan apa?
Takkan nak makan pasir plak

Seorang lagi kenalan tegurku supaya jangan berkawan dengan RS
Sebab dia loklaq dan takut2 nanti pisang berbuah 2 kali

Entah kenapa aku tak terusik pun dengan kata2 mereka
Persahabatan aku dengan RS ikhlas
Dan aku tak pernah mengharap apa2 darinya
Tapi akhirnya ku tahu jua yg RS ada simpan dlm hati untuk memiliki ku

Sifat RS yang pandai mengambil hati orang tua
Meyakinkan ayah menerimanya
Terima kasih ayah..
Orang yakin pilihan ayah yang terbaik untuk orang..
(hu3 teringat arwah ayah plak..airmata rindu berlinangan)

Beberapa bulan setelah kami dinikahkan,
Aku dikejutkan dengan berita kehamilan ku
Masa tu aku rasa tak bersedia
Sebab waktu tu aku baru ja berhenti kerja
Sebab nak ikut RS tinggal bersama2nya di rumah orang tuanya
Waktu tu dia pulak hanya tolong ayahnya mengerjakan sawah dan sambil2 cari kerja
Alhamdulillah dapat juga kerja kat pejabat gomen biarpun hanya status sambilan (makan gaji hari)

Masa tu la ada sedara perempuan ni cakap
Lazernya mulut dia sampaikan aku kelu tak terkata
Tapi rasanya sampai bila2 aku tak leh lupa

Inilah kata yang terpancul dari mulut perempuan tu
"Hah! Mengandung?! Dah la tak da kerja, Laki pun kerja apa ja..
Entah2 lepas ni makan pasir.."

Sakit hati aku hanya Tuhan ja yang tahu masa tu
Masa tu aku berdoa pada Tuhan semoga kata2 perempuan tak jadi kenyataan dan aku yakin bahawa rezeki kita Tuhan yang tentukan tapi kita kena berusaha

Alhamdulillah..
Walaupun masa tu kami berdua ni
ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang
RS rajin, kami tak pernah tak la sampai tak makan
Cuma bila teringin sesuatu macam org lain
Perasaan tu terpaksa diketepikan
Ya lah kita kan kena ukur periuk nasi kita besar mana kan?

Alhamdulillah..
Genap umur Rafiq 17 bulan,
Aku dapat kerja kerani kat Gomen

Tapi lepas 4 bulan, aku plak disahkan mengandung anak ke 2
Waktu tu aku risau sgt
Ya lah baru dapat kerja, nak boleh baby plak
Semua tu kan nak pakai duit
Tapi takkan la tergamak nak buang anak yg tak bersalah tu dari rahim kita?
Dia bukan saja rezeki malah amanah dari Allah buat kita
Kata org tua, setiap anak tu bawa rezeki buat ibubapa

Alhamdulillah..
Selepas 4 bulan, RS ditawarkan kerja tetap ngan gomen gak
Tapi bukanlah berpangkat besar hanya gred 11 ja

RS jua ada tolong ayahnya kat sawah
RS pun rajin mencari duit lebih dengan kerja sampingan
Aku cuma tolong sikit2 ja.. setakat yang mampu.

Alhamdulillah..
Kini kami dah ada rumah sendiri
Walaupun tak lengkap dengan pelbagai perabot
Tapi yang asas pun sudah cukup selesa bagi kami jalani kehidupan sendiri

Bukan aku nak bermegah dengan apa yang aku kecapi sekarang ni
Namun terima kasih banyak2 pada dia kerana kata2 itu
Dari situ kami tekad untuk memperbaiki hidup kami
Dari kata2 tu kami belajar sesuatu
Bahawa jangan sesekali hanya tahu berserah pada takdir dan keadaan tanpa berusaha memperbaiki kelemahan diri.

6 comments:

mila.ibunajihah said...

kadang2 orang ni nk bcakap langsung tak fikir perasaan kita kan..sib baik awak kuat semangat, demi suami dan anak. Adik sy nak kawin tahun depan, bakal suami dia belum ada kerja tetap, tapi ada keluarga yg baik, dia pn bbudi bahasa dan rajin cari rezeki.. kami doakan yg tbaik sj buat adik. semua org patut mcm tu, doakan yg tbaik buat org yg kita syg..bukan merendah2kan semangat org tu.

Liza @ Adzriel AB said...

sofya.. kisah yg menyentuh hati kak liza. rasa mcm nak lempang je mulut pompuan tu. tak pe..takkan lempang pun. kalau kita happy dgn apa yg ada & bahagia dgn kasih sayang suami, kenapa dia nak menyibuk? dia tu dah bahagia sgt ke?

nanti kak liza review. pagi ni nak ke KL dulu. TQ sofya sebab kesian kat akak.. ehhh... he..he..

Sofya said...

Mila : mungkin orang dah tak suka kat kita kot.. tu pasal la main cakap ja...

Kak Chik : kes jeles kot..

Liza @ Adzriel AB said...

http://adzriel.blogspot.com/2011/05/aku-terima-kata-kata-itu-untuk-kuatkan.html

nur said...

kalau banyak harta tapi tak bahagia pun tak guna juga kan?.. ibarat makan nasik rasa pasir juge la kan..

caiyok2.. keep moving for future,,

Sofya said...

Nur : tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...