Opis saja buat Sessi Public Speaking
Semua orang pasti kena.. Aku dah kena.
Sebenarnya aku xsuka bercakap di khalayak ramai.
Bersembang tu lain la..
Aku ada darah gemuruh. Keturunan kot.. (waris dari arwah ayah)
Aku orang kedua minggu tu..
Masa orang 1st tu dok cakap..
Aku takleh nak masuk otak dah...
Orang kata aku dok ambik feel
Ceh! Padahal aku dok tahan ketaq..
Duduk n baca ja apa yang aku nak share tu
Dengan suara terketar2 aku pun start..
Bila aku pandang depan..
Tertengok muka depa yang dok tekun dengar apa yang aku dok merapu..
Nampak ada riak manghayati kata2 ku
Nampak mata yang merah menahan airmata..
Apa lagi aku lagi la..
Jadi speech aku ketaq +syahdu..
Inilah petikannya..
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Seharusnya kita bersyukur pada insan yang melahirkan kita ke dunia ini (ibu). Juga pada ayah yang bertanggunjawab membesarkan dan mendidik kita
Andai di susun emas segunung
Andai di rantai permata mutiara
Andai di hitung pasir segurun
Andai di empang air di lautan
Takkan mampu menandingi pengorbanan serta kasih sayang ibubapa
Kadang2 kita lupa tanya khabar dia
Sedangkan dia ambil berat tentang kita
Kadang2 kita ingat dia tak ingat kita
Tapi kita tak sedar dia sayang kita
Kadang2 kita tak sedar yang kita buat dia kecewa
Kadang2 kita xsedar kita sakitkan hati dia
Jangan pula kita ingat dia bila waktu kita perlu
Kadang2 kita lupa dia ketika kita gembira
Sedangkan waktu sedih, dia setia menangkis derita
Jangan pula jadi seperti kacang lupakan kulit..
Di usia emas mereka, mengapa kita tidak merebut peluang yang ada untuk berbakti kepada mereka..? Memanglah banyak mana sekalipun kita lakukan, xmampu untuk membalas kasih sayang mereka. Itu xbermakna kita xperlu berbuat apa2 untuk menyenangi hati mereka.
Contoh :-
Sering bertanya khabar?
Ambil berat tentang kesihatan, makan pakainya..
Menunaikan permintaan mereka walau kadang xmasuk dek akal dengan wajah yang ikhlas
Ingat suatu ketika dulu..
"Dengan keikhlasan hati, hajat kita dipenuhi menyebabkan dia tak rasa terbeban malah tabah memenuhi pelbagai permintaan kita hinggalah kita dewasa."
Gembirakanlah mereka selagi peluang itu masih ada.. masih diberi peluang untuk kita. Tak perlu malu untuk melafazkan kata sayang pada mereka.
Ingatlah..
Jangan sampai..
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helahan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan
Dan pada ketika itu..
Hanya doa yang menggantikannya
Agar tenang dan bahagia di sana.
ps: saya bukanlah baik sangat.. tapi tak salah rasa bila sama2 ingat mengingati..
10 comments:
patut ah diorang merah mate.. super mantop ah teks mcm ni..
bagusnya speech sofya... sampai ada yg merah matanya
public speaking..ai like :))
ucapan yang menyentuh hati...
patutlah semua yang mendengar khusyuk dan tersentuh jiwa...
public speaking... luluh jiwa raga.. tp ok jer..nk mulakan tu..ketar sket...
lya dh xde ayah... sejak umur 5 thn lg.. cuma doa jer y mampu lya balas..
salam kenai,
gemuruh rasanya :)
ha...teringat public speaking masa studi dulu..dpt masuk final..tapi sbb hafal kan..if tak mmg hagham la nak mask final..agagaga
lawaklah kalau ingat balik time tu.. sebab terketaq2 tapi dengan hati yg ikhlas tu.. alhamdulillah sama2 dpt kongsi rasa..
thniah....speech yang menyentuh perasaan....terima kasih kerana sudi mengingatkan diri yang hina ini....
little qaliph : kalau hari ini saya ingatkan awak.. esok2 awak plak ingatkan saya.. :)
Post a Comment