Salam.. Bersua kita kembali.. lamanya cuti berblogging nii.. rindu sangat..
Selama 1 minggu ini.. macam2 yang ku harungi..
suka + duka + letih + tawa + air mata..
Semua tu mengajarku membawa aku melangkah ke depan dengan lebih matang..
Walaupun statusku adalah isteri orang tapi kasihku tanggungjawabku pada mak, belum terputus. Mak adalah segalanya.. Alhamdulillah, aku diberi peluang memiliki seorang suami yang matang dan bertanggungjawab. Dia beri aku sedikit kebebasan untuk meluangkan masa bersama mak, berkongsi rasa dengan mak. Terima kasih abang kerana izinkan sayang membalas jasa mak selama ini. Walaupun ku tahu, terlalu sukar untuk membalas harga setitis susu ibu namun tak bermakna aku menyerah kalah tanpa berbuat apa2pun untuknya. Mak.. orang sayang mak. Orang takmau mak sedih2.. Kalau boleh orang nak hapus airmata mak tapi sapa lah orang ni.. tapi orang janji, orang akan jaga mak, orang akan doakan mak bahagia di samping semua anak2 mak.. Insyaallah mak, minggu ni orang balik sana. Bukan sebab orang lain tapi sebab mak.. Mak, kita doakanlah agar dia bahagia sebagaimana yang diimpikannya.. Semoga dengan redha mak, doakan kita diperkenankan olehNya.
Oopps! emo plak.. korang semua tolong doakan ketenangan hati mak saya, ya..
Terima kasih banyak2.. luv u all..
"Mak, kaulah Ratu Hatiku.."
Kamal & Ekin
Doakan juga buat dua merpati sejoli ini agar meraih bahagia.. Cinta sampai ke Syurga..
No comments:
Post a Comment