30 December 2010

Baik2 Saja..


Kata Fadilah Come To Me, " Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali. Kenapa jangan sekali? Buat banyak kali takpa. Macam aku. Ha3."

Kalau kita nak orang baik ngan kita, kita pun kena rajin2 buat balik dengan orang..
Tak rugi buat berbuat baik ni, orang pun suka kita dan mungkin agak mudah nak minta tolong orang tika kita dalam kesusahan. Itulah resam hidup, buat baik dibalas baik...

Namun tak semua yang kan kita hadapi dalam hidup ini indah belaka. Akan ada pahit manisnya kehidupan. Kadang niat baik juga boleh disalah erti. Semuanya bermula dari hati. Kalau tak suka, buat baik macam mana pun mungkin terselindung dek awan gelap yang melitupi hati tu.

Tapi janganlah kita jemu untuk berbuat baik kerana tak mungkin ianya akan sia2. Insyaallah kejernihan hati yang mulia itu akan terpancar juga memecah litupan awan gelap itu.

Bak pesan arwah ayahku, "Buat baik jangan jemu, buat jahat jangan sekali."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...