Sekadar berkongsi rasa.. Bukan untuk membuka pekung di dada.. Bukan jua nak mendabik dada.. Sekadar luahan rasa.. insan kerdil yang tak punya apa.. cuma hati yang menyimpan rasa.
13 September 2010
Kerana KasihMu
Syukur padaMu Ya Rabbi
Atas kurniaan rasa kasih dalam diri ini
Sesungguhnya kasih ini lebih mendekatkan aku denganMu
Dengan kasih ini dapat ku nilai hati budi seorang insan
Ya Illahi
Ku mohon padaMu
Agar dikuatkan ikatan kasih antara kami
Agar disambung kasih yang terputus di tengah jalan
Agar dieratkan simpulan kasih yang kian terurai
Ya Rahman..
Ya Rahim..
Semoga dengan limpahan kurnia kasihmu
Kami terus bersatu dalam ikatan silaturrahim
Bersama bergading menuju ke syurgaMu
Labels:
Bisikan Hati Kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment