29 July 2010

Kasihmu Membawa Ke Syurga


Kasih ibu sampai ke syurga
Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia yang fana ini.
Ibu adalah insan yang tinggi kedudukan dan martabatnya di sisi Islam sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.
Ia bermakna seseorang anak sudah pasti tidak dapat masuk syurga tanpa keredaan ibunya walaupun sebaik mana sekalipun amal salih yang dilakukannya.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, perlu menjadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya." (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.

Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu."

Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa. Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu.



Ujian dan dugaan tidak pernah asing selagi nyawa di kandung badan.
Setiap manusia di bumi Allah tidak akan terlepas dari dugaan.
Tuhan nak duga samada ingat tak kat Dia.
Sebab tu di saat kita rasa bahagia,
Dia bagi ujian pada kita agar kita tak lupa padaNya.
Dan ingat.. ujian yang kita hadapi adalah mengikut kemampuan kita.
Allah takkan duga dengan ujian yang berat kecuali pada hambaNya yang mampu menempuhi ujian itu.
Mohon dan berserahlah padaNya agar ditunjukkan jalan yang terbaik.

Bila ujian datang menerpa
Janganlah cepat melatah
Jangan pula cepat mengalah
Berusahalah untuk menempuh ujian itu
Dan mohon diberi petunjuk Illahi

Andai kita telah berusaha dan sedang menunggu petunjuk dariNya
Bersabarlah dan terus berusaha dan berdoa
Jangan sesekali marah kenapa Tuhan tak beri kita petunjuk
Kita hanya memohon, Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita
Jangan sesekali putus asa dan kecewa
Andai belum ada sebarang petunjuk dari Illahi
Kerana Dia Maha Mengetahui
Bila saat dan ketikanya
Cepat atau lambat itu bukan kerja atau hak kita
Yang penting berusaha, berdoa, bertawakkal dan bersabar
Insyaallah hidayah itu ada untuk kita

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

27 July 2010


Semalam saya 2 kali mimpikan awak...

Mulanya saya mimpi awak tengok lawan bola kat astro
Sebab itu kesukaan awak, walaupun saya tak minat saya relakan diri teman awak
Tapi ada tetamu yang saya tak undang tiba2 hadir
Rasa macam tak nak sangat dia join sekali
Tapi awak larang..
Kata awak tetamu tu, tak baik buat camtu..
Jemput dia masuk
Lagipun awak bertegas menyatakan yang awak dengan dia tiada apa2
Alhamdulillah..
Lepas saya percaya cakap awak itu benar jujur
Walaupun mulanya saya sangsi
Akhirnya berkat Tuhan
Saya dapat atasi perasaan cemburu itu

Kemudian saya mimpikan awak lagi
Saya join awak santai ngan kawan2 awak
Sampai kat pantai..
Awak cakap seluar awak kotor
Oleh kerana tempat kita menginap tu dekat jer
Saya balik ambik seluar baru untuk awak
Tapi bila saya call cari awak,
Awak cakap yang awak dah takda kat tempat tadi
Awak ngan kawan2 awak pergi tengok pameran tanpa saya
Sampai hati awak tinggal saya
Sampai hati awak terlupa pada saya
Kecil hati saya

Terus saya terjaga dan dapatkan awak
Terima kasih sebab tenangkan saya
Terima kasih atas janji2 awak pada saya
Saya harap sangat.. Bait2 kata itu menjadi doa yang dimakbulkan Allah

Awak..
Saya sayang awak..
Saya sayang awak sangat2..
Awak janji ya..?
Janji jangan tinggal saya tau..!


Alhamdulillah...
Awan hitam itu kian berarak lalu..
Moga kelibat mentari jingga kan menjelma..

Maafkan ku sayang..
Telah lama ku pendam hasrat hati
Ingin ku benam jauh ke dalam lubuk hati
Tak ingin lagi ada sangsi di hati
Tak ingin lagi ada ragu di jiwa

Alhamdulillah..
Syukur padaNya..
Atas pemberian firasat yang kuat kepada ku yang bergelar isteri
Akhirnya segalanya terungkai jua

Suamiku..
Ku harap kata2 yang kau lafazkan itu menjadi suatu doa
Ku harap jua doa2 itu dimakbulkanNya

Alhamdulillah..
Kita masih diberi peluang olehNya
Untuk memperbaiki kesilapan kita
Moga kita terus tabah untuk menghadapi dugaan mendatang


Izinkan cinta ku
Berbunga di hatimu
Biar terus mekar
Jadi kenyataan

Telah lama ku dahaga
Belaian seorang insan
Semoga bersama mu
Ceria hidup ku

Ku tak akan bersuara
Walau diri mu kekurangan
Hanya setiamu itu ku harapkan
Ku tak akan menduakan
Walau kilauan menggoda
Kasih dan sayang ku
Tetap utuh untuk mu

Hanya ku pinta darimu
Terimalah selamanya
Sehingga abadi
Cinta ini sayang
Itu ku doakan

Tak mungkin kan terjadi
Kehancuran cinta kita
Andainya hati mu
Seperti hati ku

25 July 2010

Padamu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu..

Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang
gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
Hati yang sedih tak mampu nak diselindung.. 
Walau diukir secebis senyuman.. 
Manisnya langsung tak kelihatan.
Segalanya tawar dan pudar.

24 July 2010

Aku menyayangimu dengan tulus dan jujur
tapi ku rasa.. kau tidak..!
Cukup... jangan tambah lagi luka ku di dalam hati
biarkan aku sendiri, kasih..
cukup jangan dusta lagi...!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...